Wednesday, 10 January 2024

MAJLIS APRESIASI LTA 2023

Tugasan  pertama  handle event di tahun 2024. Amanah sebagai Pengarah Program yg digalas di tunaikan sebaiknya.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama semua. Bertemakan Desa Klasik dan semua tetamu sporting sama2 pakai busana ikut tema.

Tiada benda yang mustahil jika kita sentiasa positif dan tenang.  Percayakan bakat dan kebolehan staf yg berada bersama dengan kita. Bekerja bersama mereka bukannya kerjakan mereka.  Selain tu semua benda mesti handle dgn senyuman. nobody perfect jadi kena terima apa saja kelemahan dan kelebihan teammate kita sebagai warna warni kehidupan. yang penting tugasan mesti selesai. 

Lepaskan mereka mencipta kretiviti mereka tp tarik mereka semula jika tersasar. Bagi panduan bagi perhatian dan bagi nasihat. Jika ada pendapat untuk memudah cara sebagai ketua kita mesti kena raikan tp belum tentu kita mengikut 100%.. bawa berbincang bersama . cari pendapat semua ahli supaya aman.

saya bukanlah ketua yg hebat tapi saya sentiasa cuba belajar setiap kesilapan dan kelebihan yg ada supaya hasilnya sentiasa ada dan menjadi ingatan kepada semua yg berada di bawah pimpinan saya. ahh gicciew.. 











































Suka simpan gambar kat sini.. time2 lapang boleh buka balik tgk.. mcm album dulu2. 

Semoga 2024 memberikan lebih byk sinar yg baik buat keluarga, kerjaya, dan kehidupan saya.. Tk mau ada negative vibes di mana2. Saya dah janji kan nk ajak pembaca himpun pahala bukan dosa... saya sedang cuba utk jadi org baik.. kerana saya tau saya manusia yg sgt byk kekurangan. Saya hanya mahu pandang ke depan.. byk cita2 dan impian saya tahun ni. semoga dipermudahkan segala urusan. Aamiin

Wednesday, 25 October 2023

PROFESSIONAL GROOMING AND ETIQUETTE AS THE HOTELIER....


Mendidik dalam bidang hospitaliti ni bukan satu perkara yang mudah. kenapa? sebab kita nk ubah kebiasaan seseorang bukan semudah ABC. Yang dah biasa cakap kasar, pengotor, pemalas, tk suka make up  sgt tk mudah nk follow instruction.

Tapi walau 1001 perangai selagi bergelar pelajar mereka  perlu selalu diberi pendedahan tentang grooming dan professional etiquette terutama sekali dari pihak industri..Tugas tenaga pengajar bukan setakat membebel berkenaan PdP shj.. Apabila melibatkan hospitality, tenaga pengajar mesti cuba membentuk pelajar yg outstanding akademik dan sahsiah. Try to influence them slowly but consistently remind them the importance of being smart, beautiful, good look, acceptable body odor  with  professional  ethic

Tq my dear Joanne.. she is one of my ex certificate students about 10 years ago.. bila sesekali bertemu byk yg kita share dan bualkan..dari soal kerja hinggalah ke soal hati.  dia sgt2 komited utk menyumbang semula kepada adik2 di LTA terutama sekali my diploma students. Semoga success selalu bos...dan settle pengajian corporate comm diperingkat master with flying colors. 

Tuesday, 24 October 2023

Sambutan Hari Akademia peringkat LTA 2023 dan Majlis Sanjungan Budi

 

Sambutan Hari Akademia dan Majlis Sanjungan Budi peringkat LTA 2023. Bila kita sepakat hasilnya akan memikat.. keluarga besar LTA yg sangat supportive dan awesome. Alhamdulillah ❤



Team Ketua2 Program bersama Puan Timbalan Pengarah Akademik LTA

Alhamdulillah



Tema Melayu Klasik





Bye Bye Adik Bongsu Kami

Tahun lepas tema kerjaya,, tahun ni tema Melayu Klasik.. tahun depan???

sape busuk?? dia dia dia... hahahahaha



Ucapan dari seorang KPro...

K.A.M.I




Songket warna turqoise ni  lerrr mek idam2kan masa nk jd pengantin dulu...




Sibuk nyelit kat tempat pendaftaran

My partner in crime




EmCee versi penat.. hehehe tk pernah buat kerja ni oiii. bila dah tua2 ni lerr baru mencuba





tetap dia juga...







i love them

















Bz sangat lately ni.. outstation sana sini.. bila ada masa terluang sikit ni kita update lerr latest news.. ada yg rindu ke? hihihi.bye











Sunday, 16 July 2023

Alhamdulillah..rezeki berganda kurniaan Allah swt

 Syukur dengan anugerah ini ya Allah.. APC kali kedua sepanjang perkhidmatan setelah tahun 2017. . In Syaa Allah akan lebih bersemangat lagi selepas ini dalam usaha mendidik anak bangsa dan menabur bakti kepada masyarakat setempat.  


Terima kasih terutama sekali kepada suami yang sangat supportive dengan kerjaya saya. Sentiasa memberikan semangat dan cabaran untuk terus berkarya dan berjaya. Sanggup menguruskan  anak2 sewaktu ummie keluar daerah untuk bekerja,, tq so much dear. Terima kasih juga kepada anak2 ummie yg sentiasa behave dan pandai menjaga diri dimasa ummie sibuk.  Tidak dilupakan Bonda tercinta yg selalu menitipkan doa buat anakanda dikejauhan ini. Sahabat2 yg selalu menyokong satu sama lain. Alhamdulillah.. Terima kasih semua dengan doa dan kata2 yang positif dalam mengiringi perjuangan ini. Semoga segala yang baik itu berbalik kepada kalian.. Aamiin

















Alhamdulillah..Syukur pada Allah swt.


Thursday, 6 July 2023

Terima kasih ya Allah.. Allahuakbar

 Alhamdulillah.. berkat kerjasama berkumpulan yang mantap kami berjaya mengukir kejayaan hari ini. Produk inovasi kumpulan kami dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama kategori Pengajaran dan Pembelajaran di PNICC 23. Syukur ya Allah atas nikmat ini. Terima kasih ahli kumpulan yg percaya dan memberi kerjasama yg padu kepada akak. Semoga kita akan berjaya menghasilkan produk inovasi yang lebih mantap pada sesi2 yang akan datang. Alhamdulillah...💓💓💓💓