Wednesday 28 January 2015

selesa

aku selesa begini..biarla apa saje org nk kata tp aku selesa berada di ruang lingkup ku sendiri. aku selesa berada di ruang privasi ku sendiri. tidak mengganggu sesiapa dan tidak diganggu sesiapa. Alhamdulillah....

semoga cara aku tidak mendatangkan kesusahan pada org lain. membuatkan hati suami ku aman kerana isterinya suka duduk dirumah, suka uruskan rumah  dan suka berbuat apa saja untuk mengamankan rumah. hehehehehehehe

setiap pagi jumaat aku akan ke pasar. sudah menjadi rutin ku... pukul 11.30 baru aku pulang dgn bermacam2 benda yg aku beli. aku selesa pergi sendiri sebab senang nk bergerak. suami biar dirumah tgkkan anak2 dan baby. balik dari pasar aku sibuk bersihkan bahan2 makanan utk kegunaan seminggu pas tu masak secepat mungkin supaya mr.hubby sempat makan sebelum pergi kerja selepas solat jumaat.  pas tu aku  uruskan hal2 rumah sampai ke malam.

aku tk pernah duduk di luar rumah berborak2 kosong.sebab aku selalu tk cukup masa. dgn jiran bertegur sapa sebelum pegi tempat kerja tu adalah. tp kalau nk melepak berborak sakan...hmmmm tk pernah buat lg.

sabtu hari laundry sedunia...aku selesa iron baju seluruh ahli keluargaku sendiri. tk payah hantar dobi.dpt bersenam bakar lemak. hahahahaha sekali iron 25 pasang baju...hihihihi so aku jadi iron lady di hari sabtu...

weekdays..rutin biasa di tempat kerja. selesa bersarapan bersama hubby sebelum masuk kerja. makan tgh hari pun sama. mungkin org kata aku manja. biarlaaaaaaa.......hihihihi

hmmmm pendek kata aku suka hidup di dlm ruang family ku sendiri...... Alhamdulillah. I love my family especially my hubby. hehehehe

No comments:

Post a Comment

Hai Assalammualaikum. Sila tinggalkan komen yang membina minda dan mengukuhkan ukhwah..tq.