Thursday 6 March 2014

dinner with family

thank you my darling....mr Hubby kerana memenuhi selera isterimu dan anak2...

Khabsa Chicken
Mandy Lamb
Hummus with Lamb

mmmmm yummy yummy

so delicious...terbaik dari Arabica Restaurant

masa mula2 perkahwinan kami lin tak berapa suka makanan arab ni. first time makan pun masa berbuka puasa dgn mr.hubby (masa tu tunang lagi) di KLCC. nama restaurant tu tk ingatla... hubby begitu selera sekali..tp bg beginner mcm lin ni slow sikitla sebab baru nk mencuba-cuba menu apa yg menarik selera dan tk berapa pandai nk matchkan makanan ni dgn tekak hehehehe. pas dah bertahun hidup bersama dan menjadi menu wajib setiap bulan...lin pulak yg asyik teringat-ingat nak makan Arabian delicacies ni....sodap wehhhh.....cuba try test.....

favourite kami suami isteri sudah tentunya Lamb....tp kalau kari lamb lin tk boleh....tk tau kenapa.. tp cubalah bagi lamb chop, lamb rack, lamb grill, khabsa lamb or mandy lamb....dgn sukarelanya lin makan sampai habis...hihihihihi...sodap wehhh...ehhh apasal citer pasal makan jer ni.......

anak2 pun suka... kata org lamb lg elok dari beef. alhamdulillah tk rasa pening pun lepas makan lamb.

ada satu restaurant makanan Arab yg best di area Mergong, Alor Star. Restaurant Makah.... ni lokasi wajib keluarga lin bila bertandang ke rumah in laws.. my sister in law la dok promote...hmmmm not bad...not bad at all.. memenuhi citarasa keluarga betul...cumanya kat restaurant ni dia fokus pada menu Mandy jerr tp side dish yg lain pun best gak.. cubala minced meat yg dimakan dgn roti arab sebagai appetizer dan air Barbican sebagai pembasah tekak. lin suka Barbican Strawberry....

hihihih..mesti readers pun dah terliur... cer try...best wooo...

bye bye 

Bersangka baik..."Keep Moving Forward"

sukar mendidik hati agar sentiasa positif
adakalanya berjaya dan adakalanya sentiasa ada cabaran

kehidupan sebagai seorang ibu dan isteri
mempunyai pelbagai rasa
namun jika hati itu cekal dan tabah
in shaa Allah
kejayaan dalam tangan

bila hidup telah terurus dan tenang adakalanya cerita lama diungkit semula
dengan tulisan yg amat dangkal pemikirannya
si penulis mengungkit semula kisah2 dulu dgn lagak yg agak sinikal
seperti dendam yg tiada berkesudahan

lin cuma memandang enteng provokasi yg cuba dibawakan
dan mengambil pendekatan bahawa usaha penulis itu adalah kebudak budakkan
yg penting pada lin sekrg ialah apa yg ada di depan mata

sementelah lin amat meminati cerita kartun
baru2 ni lin telah menyaksikan cerita "Meet the Robinson" bersama anak2 tersayang
ada ayat power yg membuatkan lin terus menerus membuka mata.

ayatnya "KEEP MOVING FORWARD"
"Person who has  bad moments in past and keep thinking about the sadness will be nothing,
but the person who r facing with the sadness and keep moving forward to achieve something special in their life will be succeed..."

hmmm walaupun hanya sebuah cerita kartun namun messagenya amat baik sekali...

so the readers yg pernah mengalami cerita2 sedih sebelum ini cubalah bangun dr kesedihan itu.... tinggalkan dan lupakan nama2 yg pernah menyakiti anda. Allah lebih tahu apa yg terbaik dan serasi buatmu kerana perancangan Allah itu lebih baik.Yakinlah.... segalanya telah diaturkan dgn amat cantik oleh Allah swt...

jika ada provokasi yg mahu menjatuhkan maruah anda atau menceritakan perkara yg bukan2 berkenaan anda usah dilayan. memang hati tu akan geram dan rasa nak buat bukan2 pada yg menulis...cuma ingat satu perkara.. kita  ada anak perempuan, ada saudara perempuan dan ibu kita juga perempuan. takut apa yg kita ungkit tentang buruk org lain akan terjadi pula pada waris2 kita. yg buruk jdkan sempadan yg baik jdkan tauladan.

cubala menjadi seorang yg pemaaf dan hanya fokus pada apa yg ada di dalam tangan sekarang. jaga penampilan diri sebaik mungkin, jaga tutur kata, jaga penulisan, jaga pasangan, jaga karier, jaga anak2, jaga ibu bapa, jaga siblings, jaga in laws dan  jaga sahabat2 sebaik mungkin.

jangan juruskan insan2 yg kita sayang ini untuk membaca dan mengomen tulisan kita yg memberi dosa kepada mereka. ingat! yang betul itu mengumpat dan yang tidak betul itu fitnah. kedua-duanya ada balasan dari Allah swt. perbuatan mengadu domba tak sesuai untuk yg bergelar manusia. buruk padahnya. lebih baik penulisan yg mempunyai pengikut yg ramai di urus sebaiknya ke arah kebaikan. ia akan mendatangkan pahala untuk semua.

hmm panjang pulak tulisan ni.... diharap kita akan mendapat sedikit manfaat daripada coretan ini....

coretan dari insan yang masih perlu belajar erti hidup dan masih memerlukan kasih sayang Allah swt sebanyak-banyaknya....

bye bye...