Showing posts with label Alam Kerjaya. Show all posts
Showing posts with label Alam Kerjaya. Show all posts

Monday, 27 May 2019

Antara Anak2 didikku.

Ummie Love All of U
Namanya Aiman..setiap semester sebelum final exam tak pernah lupa memohon restu dan doa utk dia berjaya. semoga terus berjaya anak didiku..

Kelas dara pingitan...kecuali yg pegang kek tu.. itew anak dara beranak 3

Fokus ekkkk....yg dah standby tu nampak tenang je...yg last minute preparation tu kaluittt kelauit...

Happening kelas ni...seronok ajar dorang

Ni super senior kelas Certificated in Room Division Joint Certificate with Taylor's University

Masa joint exhibition...LADA

Angkatan perang ku bersama senjata mereka...hahahahaha


Sunday, 6 September 2015

bz....

hai readers...

lama lin tk menulis . bz sikit lately. Academy ada 3 event besar, satu baru habis Jumaat lepas. Lawatan rasmi Dato' Seri Idris Jusoh. pasni Konvokesyen LTA 2015. Julung kali diadakan dan kami buat asing dari kolej lain. 10 hari lepas tu LEC pulak. tahun ni org lain pulak jadi Pengarah Program. hmmmmmmmmmmm help help help...hahahah bz but happy.

Syukur ya Allah kerana bagi peluang untuk cari rezeki.  k bye..nk siapkan FRP (fail Rekod Pensyarah). tk siap2 lagi..baru buat sikit dh nak kena meeting la lari sana lari sini. so hari ni concentrate 100%... hahaha boleh ker...? takpe lin cuba juga nk bagi settle. kalau tk siap takut kena cerca pulak..hahahaha. takutttttttt mek.

bye..nanti bila ada story lin share lagi ngan readers k. Alhamdulillah dpt feedback yg positif dr readers. tq sudi baca blog lin. pas ni lin nak buat pengisiannya lebih ilmiah dan bermanfaat untuk kita semua. tips2 penjagaan rumah, linen, pengunaan chemical untuk buat housekeeping pun akan lin share dgn semua. ilmu dlm bidang housekeeping selama 15 tahun ini akan bermanfaat buat semua.. tunggguuuuuuu....... hehehe bye..(ntah berapa kali bye lerrr...lin ni kalau dh start menaip tk boleh nk berenti la pulak). bye bye readers..........

Monday, 26 May 2014

Apalah sangat...

"elehhh jadi lecturer konon...
setakat lecturer kolej komuniti jerrrr
student pun yg tempat lain dh tak nak
duduk kat pulau pulau tu
ade life ker"


inila kata2 sinis yg selalu menjadi pembakar semangat ku utk menjadi pendidik yg lebih baik lagi
kerana pada ku:


"Lecturer yg terbaik adalah untuk pelajar yang lemah"


tidak akan aku hiraukan semua cakap2 org berkenaan tempat ku mengajar.
yang penting kami warga pendidik kolej komuniti mampu memberi sinar harapan kepada pelajar2 yg dikatakan terbuang ini untuk mendapat kemahiran dan kelulusan bagi mencari sesuap nasi apabila habis belajar nanti.

bukan sedikit pelajar kami yg berjaya diluar sana. sama ada berjaya dalam kerjaya mahupun mampu menyambung pengajian sehingga keperingkat ijazah. itu lebih memberi kepuasan kepada kami warga pendidik Kolej Komuniti.

selalu ku katakan kepada pelajar, "rezeki manusia ni berlainan..yg penting semangat mesti kena kuat". so tugas pendidik yg dikatakan  picisan seperti kami inilah yg dipertanggungjawabkan untuk membangkitkan semangat anak bangsa ini supaya lebih kental menghadapi cabaran hari2 mendatang.

pelajar2 ini  ada yg tidak bernasib baik sewaktu di alam persekolahan sama ada kekurangan sumber kewangan ataupun atas kesilapan diri sendiri. namun wujudnya kolej komuniti ini adalah satu platform utk mereka semua berubah..menjadi somebody.

pelajar kolej  kami sendiri sebagai contohnya telah berjaya mencipta nama sehingga keperingkat antarabangsa. sehingga ke negara Jerman pelajar ini membawa nama negara ke pertandingan kemahiran peringkat dunia. pelajar tersebut pernah mendapat didikan ku sewaktu di awal2 perjuangannya di kolej ini.. masih ku ingat lagi aku mengajarnya subjek Housekeeping. waktu itu dia masih di semester kedua. terkial-kial buat bed making...kami hantar dia ke program attachment dgn hotel luar. dia ditempat di The Danna. lepas balik dari sangkutan industri selama 2 bulan itu, telah byk perubahan yg aku lihat berlaku pd dirinya..lebih berdisiplin dan lebih bersemangat.. pelajar ini seorang yg berbangsa Cina. tp budi bahasa dan sopan santunnya sangat2 terpuji.

sekarang dia menyambung pengajian diperingkat diploma di salah sebuah politeknik di utara Malaysia..aku doakan dia berjaya lebih lagi selepas ini... tidak kiralah apa bangsanya dan apa agamanya. dia permata hati kami yg menjadi kebanggaan kami...

pulau ini memberi sejuta kedamaian. sudah hampir 6 tahun aku di sini. aku semakin jatuh cinta dgn tempat ini. dgn penduduknya dgn makanannya dgn ketenangannya.aku bersyukur ditempatkan di sini.. jauh dari hiruk pikuk kota dan jammed di jalanraya. kami hidup dgn cara kami dan kedamaian kami. alhamdulillah...

 semoga aku diberi lebih ketabahan utk mendidik anak2 ini. mereka perlukan sarjana seperti kami untuk menjadi somebody. mereka perlukan buah fikiran sarjana seperti kami untuk jadi somebody. mereka perlukan kesabaran setaraf sarjana seperti kami untuk jadi somebody. mereka juga perlukan kasih sayang seorang sarjana seperti kami untuk jadi somebody. semoga perjuangan ini diberkati Allah dan kami diberikan lisan yg lancar dan mudah difahami oleh Allah swt dlm usaha untuk membentuk anak2 ini menjadi insan berhati waja serta berjaya. aamin ya rabbalalamin....





 

Wednesday, 30 April 2014

Prof. Madya Dr. Asri bin Selamat

minggu cuti semester datang lagi... tp kami lecturer semua tidak dibenarkan bercuti sebab kena attend Bengkel Pembinaan Item Soalan. Sampai ke hari pertama kursus lin tk tahu siapa yg bakal memberi bimbingan untuk kursus tersebut.

hati rasa malas nk masuk sebab time student cuti nila kami para lecturer nk completekan note n prepare soalan2 midterm. punyerla malas lin ngan kawan2 nkmasuk dewan, kami leh still makan2 lg dlm office sementara nk tunggu pukul 9 pagi. tetiba Mr. Daeng masuk opis kami bg tau sistem down..."tunggu dulu yong lom start lagi bengkel tu" ..hmmm si daeng ni dari dulu panggil lin yong..dari anak first ni nak masuk yg ke tiga dia tetap dgn singkatan nickname BUYONG tu..stress mak.

tetiba si daeng gi tau yg speaker hari ni prof lin dari UTHM...hmmmm prof yg mana satu. hati mula dah berbunga2 nk gi masuk dewan....

masuk2 dewan bengkel dah start..owhhh...prof ni... tp tk ingat nama but still ingat rupa. cuma prof tk ngajar lin masa master dulu.... hmmmm nostalgia sgt bila berada dlm dewan bersama ilmuan ini. lin dan kawan2 yg sama grad dr UTHM masa master dulu dok tersenyum2 mengingat kenangan kami semasa berada di dalam dewan kuliah di UTHM... feeling2 jd student balik. grad tahun 2007 dan sekrg ni almost 8 years time ago.. hmmm tua dah mak.

genap 3 hari hati dah rasa syahdu... Prof dah nak balik. Bengkel Prof memang kebabom...bangga menjadi anak didik UTHM dan bila kawan2 puji Prof lin rasa terharu. kami di didik oleh pakar dalam bidang education...

Semoga panjang umur dan murah rezeki Prof.Madya Dr. Asri Bin Selamat, begitu juga barisan pendidik berkaliber dari UTHM yg sgt2 lin hormati, Dr.Noraini Kaprawi, Dr.Wahid, Dr.Maizam, Tuan Hj. Sapon, Tuan Hj Ali, Dr. Jailani, Mr. Tan King Hiyang (my dearest lecturer ni), dan ramai lagi cerdik pandai ilmuan yang dihormati...

Prof.Madya Dr. Asri Bin Selamat yang pakai neck tie warna merah di barisan hadapan...ni gambar kami lepas habis kursus....lecturer academy ni memang pantang tgk kamera....mcm2aksi...may Allah bless all of us as an educated academician. Aamiin...
 

Monday, 17 February 2014

opisssss

hari ni berjaya siapkan FRP ..fail rekod pensyarah dgn jayanya...
pas submit kat boss lin gi check plak FRP pensyarah dlm unit Room Division..
sorry pd lecturer yg FRPnya di komen. lin hanya menjalankan tugas...ampun beribu ampun...sila kemaskini fail anda k... mana dokumentasi yg ditegur sila buat penambahbaikan...

pagi td sebelum sibuk ngan FRP lin  dok menanda paper final student sem 1... hmmm not bad...clever anak2 mak...
bagus k... nampak gayanyer uols baca dan faham semua study notes yg mak edarkan. soalan tricky pun boleh jawab. cam tu la bagus... good good good..

sem 2 tk tau apa citer lg... baru start final exam minggu ni..  harap2 semuanya ok...
hari ni cam ceria jerrr masing2...insya Allah moga semua urusan dipermudahkan Allah swt. dari jauh dah tegur dgn muka yg sgt ceria.....Puan Lin!!!!!! katanyer. mudahkanlah usaha anak2 didikku ya Allah. aamiin...

bye bye




 

Thursday, 23 January 2014

Pesanan buat adik2 siswi...

hmmm rasenyer time belajar  ni memang tak sesuaila for those yg nak bercinta sambil belajar.
sebab org2 yg gifted jerr boleh asingkan stress belajar dgn stress nk jaga hubungan. lagipun there's a lot of choices bila dah berjaya n dah bergaji besar. hehehehe


Currently of me
tp iols dulu pun pernah terjebak jugak alam cinta monyet di university ni . zaman2 Diploma pun ada zaman2 Degree pun ade. tp paling kronik zaman degree la.. terbawa2 sampai jejaskan study...bila kena dumb rasa mcm nk pengsan.. nak ku tumbuk anak org pulak.. bercinta mcm dah confirm2 nk kawen sgt2 dan last2 nan hado.. clash n terus tk baik sampai sekarang.

selamat lepas tu mampu bangkit semula n dpt CGPA 3.63 masa zaman Masters. Zaman degree result hancus! hahaha padan muka aku.

nanti bila aimy dan harith dah melangkah ke alam sekolah dan University (amiin) aku akan cuba nasihatkan supaya tumpukan lebih pada pelajaran dan beri dua anak bertuah ini kasih sayang yg secukupnya sehingga tk perlukan org luar untuk sayangkan mereka melebihi kasih sayang Allah, abah dan ummie mereka.

cuma bila jodoh telah sampai (ku doakan setelah mereka habis study dan bekerjaya) barula aku akan beri galakkan dan panduan untuk mereka berjaya dalam hubungan itu pula. (itupun jika dipanjangkan umur).
Padaku tk sesuaila alam yg indah dgn gelak ketawa bersama kawan2..buat aktiviti hiking, camping atau ape2 pun terhalang dgn hubungan yg adakalanya bersifat sementara dan tk menjanjikan apa2 pun. buat pening kepala adeler.....uiii nyesal gilerr. heheheh padan muka aku lagi....




My Precious Mr Deary Chubby Hubby
Mujurla suami ku mula mendekati ku setelah aku habis belajar dan sudah bekerja. kami mula2 berjumpa zaman aku semester ke 5 Diploma tahun 2002 di UiTM...3 bulan je couple pas tu clash.  kami jumpa balik  masa aku semester kedua Master tahun 2007... tp dah jodoh kan...semua tu urusan Allah. kami berhubung semula tp aku tk mau jumpa dia selagi aku tk habis study.. takut kalau anything happen aku yg frust menonggeng lagi. result aku gak yg jd mangsa nanti.







my family....
akhirnya jumpa balik lepas dah habis final exam n tgh practical akhir mengajar di Kolej Komuniti Bukit Beruang. hihihihih kekok giler masa pertama kali jumpa.. dulu masa mula2 kenal perangai budak2 lagi masa tu baru 20 tahun. bila jumpa balik umor dah 25 tahun.. 5 tahun woooo tk jumpa dia. hahahaha.. hampir setahun kami hanya bercinta di telefon saje lepas berhubung semula. time tu tgh practikal mengajar di Politeknik Merlimau itupun pasal terjumpa nombor phone pelik kat dlm kamus. try call and taadaaaaaa now he is my hubby. he got me again at HELLO.  thanks to Celcom.5 bulan pas tu bertunang n 6 bulan pas tu kawen..haaa sonang keje kan....alhamdulillah...


so pada readers yg masih lagi belajar... tetapkan pendirian dalm diri utk berjaya gapai keputusan yg baik. girls or boys bayk kat luar tu dan sudah semestinya ada yg telah dijanjikan untuk kita. jangan risau.... kalau sudah jodoh tk kemana.  just focus dgn study dulu..........boleh???

 



Colaboration with Taylor's University

Meraikan kecemerlangan pelajar-- diberi penghormatan untuk mengiringi mereka semasa majlis penyampaian anugerah kecemerlangan pelajar kolej komuniti tahun 2013

something horror

pengarah program yerrrrr......

rasanyer byk dah event yg diarahkan tp tk se horror yg ni..harap semuanya ok jah.....
hmmmmmmmmmmm klaa terima jerrr. nk follow follow...tk mau follow hmmmmmm mak menanges...kuikuikui....

Monday, 9 December 2013

event..event n event sepanjang tahun....

Kerja memang seronok..kadang2 sampai leka..syok kalau sampai time bz teramat. makan pun boleh lupa. selamat still ingat solat dan keluarga..






Kerja mesti happy..tk mau stress......tk suka stresss...

Mula2 utk event LIEC ni dapat AJK Food & Beverage. risau jugak sebab tk pernah buat sebelum ni.. masa mula2 tau kena jd ketua ajk tu rasa down jugak sebab risau tk boleh perform. kawan2 yg dah pernah jd AJK tu pun cerita mcm2 tentang pengalaman ngeri dorang. hmmm hari2 berdoa minta pada Allah supaya dipermudahkan segala urusan.

Allah dah berfirman supaya meminta daripadaNya. apa saja.... alhamdulillah pekerjaan ini dipermudahkan semudah mudahnya... syukur alhamdulillah. setelah 5 tahun penganjuran event ini buat pertama kali majlis penutup diadakan di hotel dan majlis perasmian segalanya di buat oleh caterer. kami ajk F&B hanya sediakan pelajar untuk table setting dan serving sahaja. ya Allah tak sangka jalan yg Allah beri begitu mudah sekali. terima kasih ya Allah. its proven!its proven!Allah is Almighty. tk perlu lakukan perkara yg bukan2 utk menolak tugas cuma perlu berdoa kepada yg Esa dan sedikit usaha. maka kun fayakun..semuanya jadi mudah.

semoga segala urusan selepas ini dipermudahkan Allah..aamiin....

Tuesday, 26 November 2013

Assalam....pembuka bicara

Masih baru dalam arena blogger..selalu start menulis bila memerlukan ruang untuk luahan perasaan...sangat meminati bidang penulisan sama ada penulisan kreatif mahupun ilmiah. semoga readers akan mendapat faedah dari blog ini... in shaa Allah