Thursday 11 January 2024

Allah Maha Mengetahui.. Just look forward for brighter future and destiny

 2024 .. usia pun akan masuk 42.. Saya bercita2 utk hidup lebih aman tenang dan teratur. Saya telah berjaya lupakan kisah2 sedih sejak dari zaman kecil sehinggalah yg terkini dan maafkan semua orang. Alhamdulillah saya menjadi org yang sgt tenang sejak kebelakangan ini dan Alhamdulillah saya menjadi org yg sgt positif dan sentiasa senyum.. Saya tahu dan pasti segala yang Allah tentukan dalam hidup saya telah tertulis ni Loh Mahfuz.


Saya redha dan bersyukur. Alhamdulillah ya Allah kerana selama ini telah memakbulkan doa2 saya yg baik dan menghindarkan saya dari segala perkara yang akan memberikan impact yg tidak baik pd hidup saya, hati saya dan ketenangan saya. Terima kasih memberikan saya keluarga kecil yang penuh gelak tawa, kerenah dan kehendak. Saya terhibur dgn keletah anak2 yang membuat waktu saya seharian terisi dengan penuh manfaat. Saya bersyukur dikurniakan suami yang baik budi pekerti. Saya bersyukur dikurniakan keluarga yang selalu supportive. Saya beryukur dikurniakan kerjaya yang mapan. Saya bersyukur dikurniakan staf yg rajin. Saya bersyukur dikurniakan bestie yang ada semasa susah senang. Saya bersyukur dikurniakan pelajar2 yang hebat.. saya bersyukur dikurniakan segala yg terbaik itu. Alhamdulillah...


Saya panjatkan doa ya Allah semoga segala yg terbaik itu masih kekal bersama saya sehingga akhir hayat saya. Saya mohon segala aib saya ditutup rapi. Saya mohon segala dosa saya diampuni. Saya mohon kejayaan dunia dan akhirat buat saya suami anak2 dan family.  Saya bangga mempunyai mereka dalam hidup saya.. tiada kata yang lebih  indah untuk menggambarkan betapa saya bersyukur dengan takdir ini. 

Semoga yang terbaik buat semua.. In Sya Allah. Aamiin..





No comments:

Post a Comment

Hai Assalammualaikum. Sila tinggalkan komen yang membina minda dan mengukuhkan ukhwah..tq.