Wednesday 10 January 2024

MAJLIS APRESIASI LTA 2023

Tugasan  pertama  handle event di tahun 2024. Amanah sebagai Pengarah Program yg digalas di tunaikan sebaiknya.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama semua. Bertemakan Desa Klasik dan semua tetamu sporting sama2 pakai busana ikut tema.

Tiada benda yang mustahil jika kita sentiasa positif dan tenang.  Percayakan bakat dan kebolehan staf yg berada bersama dengan kita. Bekerja bersama mereka bukannya kerjakan mereka.  Selain tu semua benda mesti handle dgn senyuman. nobody perfect jadi kena terima apa saja kelemahan dan kelebihan teammate kita sebagai warna warni kehidupan. yang penting tugasan mesti selesai. 

Lepaskan mereka mencipta kretiviti mereka tp tarik mereka semula jika tersasar. Bagi panduan bagi perhatian dan bagi nasihat. Jika ada pendapat untuk memudah cara sebagai ketua kita mesti kena raikan tp belum tentu kita mengikut 100%.. bawa berbincang bersama . cari pendapat semua ahli supaya aman.

saya bukanlah ketua yg hebat tapi saya sentiasa cuba belajar setiap kesilapan dan kelebihan yg ada supaya hasilnya sentiasa ada dan menjadi ingatan kepada semua yg berada di bawah pimpinan saya. ahh gicciew.. 











































Suka simpan gambar kat sini.. time2 lapang boleh buka balik tgk.. mcm album dulu2. 

Semoga 2024 memberikan lebih byk sinar yg baik buat keluarga, kerjaya, dan kehidupan saya.. Tk mau ada negative vibes di mana2. Saya dah janji kan nk ajak pembaca himpun pahala bukan dosa... saya sedang cuba utk jadi org baik.. kerana saya tau saya manusia yg sgt byk kekurangan. Saya hanya mahu pandang ke depan.. byk cita2 dan impian saya tahun ni. semoga dipermudahkan segala urusan. Aamiin

No comments:

Post a Comment

Hai Assalammualaikum. Sila tinggalkan komen yang membina minda dan mengukuhkan ukhwah..tq.