Monday 26 May 2014

Apalah sangat...

"elehhh jadi lecturer konon...
setakat lecturer kolej komuniti jerrrr
student pun yg tempat lain dh tak nak
duduk kat pulau pulau tu
ade life ker"


inila kata2 sinis yg selalu menjadi pembakar semangat ku utk menjadi pendidik yg lebih baik lagi
kerana pada ku:


"Lecturer yg terbaik adalah untuk pelajar yang lemah"


tidak akan aku hiraukan semua cakap2 org berkenaan tempat ku mengajar.
yang penting kami warga pendidik kolej komuniti mampu memberi sinar harapan kepada pelajar2 yg dikatakan terbuang ini untuk mendapat kemahiran dan kelulusan bagi mencari sesuap nasi apabila habis belajar nanti.

bukan sedikit pelajar kami yg berjaya diluar sana. sama ada berjaya dalam kerjaya mahupun mampu menyambung pengajian sehingga keperingkat ijazah. itu lebih memberi kepuasan kepada kami warga pendidik Kolej Komuniti.

selalu ku katakan kepada pelajar, "rezeki manusia ni berlainan..yg penting semangat mesti kena kuat". so tugas pendidik yg dikatakan  picisan seperti kami inilah yg dipertanggungjawabkan untuk membangkitkan semangat anak bangsa ini supaya lebih kental menghadapi cabaran hari2 mendatang.

pelajar2 ini  ada yg tidak bernasib baik sewaktu di alam persekolahan sama ada kekurangan sumber kewangan ataupun atas kesilapan diri sendiri. namun wujudnya kolej komuniti ini adalah satu platform utk mereka semua berubah..menjadi somebody.

pelajar kolej  kami sendiri sebagai contohnya telah berjaya mencipta nama sehingga keperingkat antarabangsa. sehingga ke negara Jerman pelajar ini membawa nama negara ke pertandingan kemahiran peringkat dunia. pelajar tersebut pernah mendapat didikan ku sewaktu di awal2 perjuangannya di kolej ini.. masih ku ingat lagi aku mengajarnya subjek Housekeeping. waktu itu dia masih di semester kedua. terkial-kial buat bed making...kami hantar dia ke program attachment dgn hotel luar. dia ditempat di The Danna. lepas balik dari sangkutan industri selama 2 bulan itu, telah byk perubahan yg aku lihat berlaku pd dirinya..lebih berdisiplin dan lebih bersemangat.. pelajar ini seorang yg berbangsa Cina. tp budi bahasa dan sopan santunnya sangat2 terpuji.

sekarang dia menyambung pengajian diperingkat diploma di salah sebuah politeknik di utara Malaysia..aku doakan dia berjaya lebih lagi selepas ini... tidak kiralah apa bangsanya dan apa agamanya. dia permata hati kami yg menjadi kebanggaan kami...

pulau ini memberi sejuta kedamaian. sudah hampir 6 tahun aku di sini. aku semakin jatuh cinta dgn tempat ini. dgn penduduknya dgn makanannya dgn ketenangannya.aku bersyukur ditempatkan di sini.. jauh dari hiruk pikuk kota dan jammed di jalanraya. kami hidup dgn cara kami dan kedamaian kami. alhamdulillah...

 semoga aku diberi lebih ketabahan utk mendidik anak2 ini. mereka perlukan sarjana seperti kami untuk menjadi somebody. mereka perlukan buah fikiran sarjana seperti kami untuk jadi somebody. mereka perlukan kesabaran setaraf sarjana seperti kami untuk jadi somebody. mereka juga perlukan kasih sayang seorang sarjana seperti kami untuk jadi somebody. semoga perjuangan ini diberkati Allah dan kami diberikan lisan yg lancar dan mudah difahami oleh Allah swt dlm usaha untuk membentuk anak2 ini menjadi insan berhati waja serta berjaya. aamin ya rabbalalamin....





 

No comments:

Post a Comment

Hai Assalammualaikum. Sila tinggalkan komen yang membina minda dan mengukuhkan ukhwah..tq.