Monday 23 July 2018

Bos

anybody can be a chief but only somebody can be a leader...

cabaran utk kerjaya buat masa ni bila dilantik mengetuai projek penting. komitmen perlu diberi, buah fikiran kena jelas, pertimbangan kena waras dan staf perlu di uruskan dengan baik dari pelbagai sudut.

hati kena kental..
fikiran mesti tajam

ni belum masuk dokumentasi utk kenaikan pangkat pulak
EO dh tanya bila kak lin nk mohon naik gred 
iklan dah keluar
adoiiiiiii

rasa mcm otak telah mencapah ke beberapa sudut hihihihih

tawaran kenaikan pangkat ke jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan juga terpaksa ditolak mentah2.. semua tu belum ada dalam hati ni. masanya akan tiba juga nanti.. tapi bukan buat masa ni... tak mampu lagi nk pikul amanah sebesar itu. bukan menolak tuah tp belum masanya lagi

perancangan ke PhD juga belum nampak lorongnya...belum masanya lagi

perancangan utk pindah pun belum nampak lagi keperluannya

adakah aku telah memasuki ZON SELESA???

mungkin kot....
org nampak kredibiliti diri ini tp aku sendiri tidak mahu tonjolkan. kenapa???????

aku ada misi sendiri dlam masa 10 tahun ke depan ini.... FOKUS utk anak2. bila mereka sudah lepas baru aku akan lega.

bila waktu "me" time di malam hari bersama minuman kegemaran "milo ais" satu mug besar,  aku selalu membayangkan apa akan jd 10 tahun lagi. 10 tahun kebelakang penuh warna warni...walaupun aku ibu bekerjaya aku bukan jenis tido awal... "me" time biasa dalam pukul 12-1 pagi...cukup 1 jam utk rewind balik apa yg jd pd waktu siang membawa ke malam pd hari tersebut.  lepas tu solat malam dan mengaji dulu dalam 1 ain baru boleh lelapkan mata...biasanya dlm pukul 2 baru hibernate...

yg ada dalam fikiran penuh dgn aktiviti sendiri, suami, dan anak2.. klu ada terfikir tentang org lain pun sudah tentunya org itu telah lakukan sesuatu dan memberi impak yg besar pd perjalanan kehidupan ku utk hari itu. bergantung pd tahap keseriusan impak perlakuan org itu la... cerita2 yg 5 tahun 10 tahun 20 tahun lepas besar rahmat la kalau aku nk ambil peduli. 

latih diri yer utk look forward... especially kaum makcik2 yg paranoid dan taksub pd kehidupan mereka sendiri. *sayangku i tak heran pun dgn hidup u kerana i sgt pasti diluar sana lebih ramai yg memerhatikan kehidupan u dan nk ambil kesayangan you bila2 masa saja. but sayang...that person exactly not me myself. i hd flushed all the memory deeply in my Water Closet.. yewww busuk...kikikiki . 

okla.... bye