Sunday 13 April 2014

bicara soal hati: Putus Cinta?

putus cinta????

ramai pelajar baik di IPT dan peringkat sekolah mengalami masalah ini. ramai yg kecundang melayan perasaan kecewa sehingga melibatkan diri dengan perkara2 yg tidak bermoral serta membahayakan diri sendiri. bagi lin yg bertugas sebagai pendidik ada juga terpaksa handle kes student yg nak berhenti belajar  sebab putus kasih, nk tukar course sebab nk ikut pasangan dan macam2 lagi.

nasihat lin yg paling utama....pelajaran NOMBOR SATU.

perasaan yg terbuai dgn janji2 manis dan impian yg direka di alam halusinasi semasa perasaan kasih sayang itu berada dipuncak amatlah berbahaya kepada insan yg bergelar pelajar. ada yg mampu handle perasaan sehingga menggenggam kejayaan (alhamdulillah) dan ada juga yg menjadi mangsa keadaan dan merosakkan segala impian yg di hajatkan semasa mula2 memijakkan kaki ke institusi pendidikan.

kepada yg berasa hayut dgn perasaan sedih, dendam dan amarah akibat di tinggalkan, rasanya adlah lebih afdal untuk menghentikan tindakan itu. tiada faedahnya. cuba kawal emosi, cari semula tujuan utama hidup ini dan yakinlah bahawa pertemuan dengan insan yg salah tidak bermakna kita adalah seorang insan yg useless, tak pandai menjaga hubungan atau tidak sesuai sebagai seorang kekasih.

semalam lin ada terbaca satu coretan di FB berkenaan seorang ibu yg dalam dilema untuk memberikan anaknya bermain pisau atau tidak. dia sgt mengasihi anaknya dan anak itu pula sgt gemar dgn pisau tersebut. meraung-raung si anak  sambil berguling-guling kerana hajtnya tidak dipenuhi. akhirnya si ibu membuat keputusan utk tidak memberikan pisau itu kerana dia nampak bahaya yg mendatang.

samalah juga dgn Doa yg kita panjatkan kepada Allah swt berkenaan Jodoh. kita memohon beria-ia sambil menangis supaya diperkenankan hidup bersama org yg dihajati tetapi kita tidak berjaya dlm usaha tersebut. KENAPA? MENGAPA? yesssssss!!! kerana Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk setiap hambanya. Yakini fakta itu. insya Allah hati akan tenang dan aman. cuba menjadi org yg redha.

untuk yg menghadapi depressi akibat putus cinta, jgn terlalu ikutkan perasaan. fikir secara rasional dan kembali semula kepada pencinta yg lebih mencintai kita setiap saat dan detik. Siapa? yessss!! Allah swt.


kasih Allah adalah abadi.

Tips hadapi depressi:
  1. stop dgr lagu2 cengeng putus kasih
  2. jgn menyendiri , buat aktiviti yg digemari bersama kawan2
  3. buka minda untuk menerima nasihat
  4. buka hati untuk menerima hubungan yg baru
  5. perbanyakkan solat sunat di sepertiga malam, paling  penting ialah solat taubat
  6. jgn simpan  brg2 yg boleh mengingati kenangan2 lama
  7. jgn pergi ke tempat2 yg boleh mengimbau kenangan
  8. belajar bertenang


diharapkan tips ini dpt membantu insan2 yg memerlukan.

percayalah dlm 10 tahun selepas peristiwa itu atau dgn izin Allah mungkin lebih cepat lagi anda akan mengetahui dan memahami percaturan yg telah Allah tentukan buat anda. yg penting sabar, redha dan tawakal. Perbanyakkan berdoa dan meminta dari Allah. Insya Allah jodoh anda akan sampai jua dan kemanisan disebalik kepahitan itu akan ketara apabila jodoh ketentuan Allah itula sebaik-baik pemberian buat diri anda.........alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Hai Assalammualaikum. Sila tinggalkan komen yang membina minda dan mengukuhkan ukhwah..tq.