Thursday 16 April 2015

kepimpinan

hmmm susah nk jd pemimpin ni lebih2 lagi nk jd bos pada staf yg pelbagai ragam.
yg penting hati kena sabar..mental kena mantap..jgn cepat melatah.

ibaratnya kalau ada sepuluh staf...disitu ada 10 ragam... nk kena handle satu2 supaya tk jd conflict. hmmmm kadangkala kesabaran diuji juga bila ada staf yg suka menguji...tp bykkan senyum n terima kelebihan dan kelemahan manusia sebagai satu perkara yg common. nobody perfect same as myself.

pernah tgk satu rancangan tentang kejayaan Dato' Seri Vida.. dia kata "dulu saya selalu redah sorang2. tak perlu teman2. buat apa2 sendiri pergi sendiri". hmmmm ada betulnya juga kadang2 ada yg perlu ditemankan utk buat apa2 urusan..takut nk pergi sendiri. so statement tu penguat semangat utk tempoh apa saja halangan sendiri. KENA BERANI..jgn takut.

kadang2 tk  mau campur ngan org ni, nak pegi mana2 nak pegi dgn geng2 sendiri. sampai bila nk jd org yg mengekor??? bila pulak nak diekori? bila?? hmmm lin kalau berdepan dgn spesis ni memang bye2 la. ko tak mau ada org lain yg mau. n bila buat sesuatu walaupun sendiri kita cuba buat yg terbaik..sehabis baik. supaya kebergantungan kita pada org lain itu menjadi ZERO. hanya kebergantungan pada Allah swt sahaja yg menentukan kejayaan. jd tawakal dan usaha.selebihnya Allah akan tolong kita tanpa prejudis.

sama mcm lin kt pulau ni la. mana ada saudara mara, mak abah pun dok jauh. selain dari hubby n anak2 serta kawan2 rapat.lin ni ibaratnya tinggal sebatang kara tanpa ada saudara mara berdekatan. tp nk buat mcm mana dah tanggungjawab di situ lebih byk pahalanya. berkhidmat dan taat pd suami. tk kirala jauh mana pun suami tu berkhidmat lin akan setia di sisinya. In shaa Allah hingga hujung nyawa lin. kita isteri kena dekat dgn PEMIMPIN a.k.a en.somi...

bila mengharapkan sesuatu yg positif dr manusia biasanya perkara itu perlukan timbal balik. dan
perasaaan yg pelbagai. tp bila mengharapkan sesuatu dari Allah biasanya kita akan dpt perkara yg diharapkan dlam keadaan clean n clear tanpa ada kegusaran. tk payah susah2 nk jd hipokrit..dpn kawan cakap lain belakang dia kita cakap lain. ini satu pengkhianatan yg sgt kejam sbg seorang kawan. sahabat yg baik akan bergaul seikhlasnya. tk perlu bermuka2 semata nk jaga hati org n tak mau tinggal seorang. bila berkwan walaupun tk ramai jadikan perhubungan itu BERKUALITI dan membawa ke jalan syurga. didik hati jadi ikhlas supaya talian silaturrahim itu memberi byk kebaikan dari keburukan. tk guna kawan yg berpuluh, gelak yg berdekah2 tp hati masing2 terselit pelbagai isu yg negative. quality important than quantity...

hmmm k bye! Nampak......

 

No comments:

Post a Comment

Hai Assalammualaikum. Sila tinggalkan komen yang membina minda dan mengukuhkan ukhwah..tq.