Tuesday 8 September 2015

Motor..

Hati ni tersentuh setiap kali tgk ibu atau bapa bawa anak2 kecil naik motor. Teringat zaman2 kecil dulu. motorla pengangkutan utama kami sekeluarga dari pada start bernyawa hinggala lin dah masuk kerja mengajar di Politeknik Merlimau barula abah dpt bernafas lega memandu kereta sendiri. begitu lama sekali motor itu setia dgn keluarga kami.

ingat lagi motor pertama abah. SUZUKI warna biru. masa kecik2 dulu abah selalu bawa pegi taman permainan di Seremban. seronoknyerr naik motor. pegi pasar malam naik motor. dulu lin suka tgk bulan. duduk dlm raga motor sambil tgk bulan dan akan selalu Tanya kat abah kenapa bulan tu ikut kita? . lin belajar menunggang motor buat kali pertama pun dgn motor legend ni la. ada lagi dikampung abah simpan bawah rumah nenek...

motor abah yg kedua YAMAHA warna merah. byk jasa motor ni...selepas abah pencen abah tukar motor KERIS lepas tu yg latest YAMAHA 125.. hehehehe

lin dgn adik yg nombor dua masing2 ada kisah sedih bila kami bercerita tentang motor abah. kenangan pulang ke asrama naik motor dari Kuala Pilah ke Port Dickson. penuh dgn tangisan. org lain balik asrama naik kereta sekali dgn ibu dan adik2. tp kami naik motor dgn muatan beg yg penuh depan belakang. kami redha dgn kesusahan itu dan kami tetap sayangkan abah kami sepenuh hati.

kenangan balik asrama masa hujan lebat dekat highway paling buat kami nak berusaha jadi budak pandai dan dpt keputusan yg baik masa SPM. bila hujan lebat abah tak akan berhenti sebab nanti lewat pulak sampai ke asrama. perjalanan tetap diteruskan walaupun kadangkala kami bermandi air jirusan lopak air yg dilanggar kereta lain. ya Allah. aku redha ya Allah............ walaupun airmata mengalir deras.

hasil dari didikan abah dan mak. semangat yg mereka beri pada lin Alhamdulillah tahun 1999 lin adalah antara pelajar terbaik SPM Sekolah Menengah Teknik Port Dickson bg jurusan Pengajian Kejuruteraan Awam. Masa hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah ini pun lin dah berniat supaya menjadi antara pelajar terbaik SPM dan masa hari anugerah lin nak mak abah yg ambik hadiah sebab time tu lin dah sambung study kat university. Alhamdulillah jd kenyataan. terima kasih ya Allah.

Masa masuk UiTM Shah Alam pun lin masih kehulu kehilir naik motor dgn abah tersayang. kebetulan lin masuk diploma abah pun dpt keje kat UiTM Shah Alam . setiap hujung minggu abah jemput lin balik naik motor jugak. tp adik yg nombor dua abah tk jemput dia balik naik motor la sebab dia masuk UiTM Machang. jauh betul kalau naik motor tu....

Cuma tragedi masa tahun pertama Degree tk dpt lin lupakan. mcm biasa abah jemput lin petang tu. malang tk berbau kami mengalami kemalangan. ya Allah inikah kemalangan ya Allah sakitnya Ya Allah kakiku berdarah ya Allah mcm mana dgn abah. ya Allah siapa yg hantar aku ke hospital ni. ya Allah nanti sampai kat hospital dorang buat apa kat aku.......hmmmmmmmmmmm Allah memberi dugaan itu. Alhamdulillah lin dn abah masih lagi bernafas hari ini walaupun masa jatuh di atas highway kebetulan trailer lalu betul2 disebelahku. Kami masih dipanjangkan umur...Alhamdulillah

kini Alhamdulillah kenderaan utama keluarga kami adalah kereta. start dari adik nombor 3 & 4 mereka dihantar pulang ke asrama dgn kereta. tak pernah berhujan berpanas mcm kami. Alhamdulillah yg Allah. kepayahan itu membuatkan  kami tidak leka dan patah semangat. Sesungguhnya kami telah dikurniakan emak dan abah yg terbaik di dunia. Semoga Allah memberi setinggi tinggi penghormatan buat kedua ibu bapa kami. aaminn............

 

No comments:

Post a Comment

Hai Assalammualaikum. Sila tinggalkan komen yang membina minda dan mengukuhkan ukhwah..tq.