Tuesday 15 December 2015

Ya Allah rindunya

Hari ni hati rasa rindu sangat dgn mak
rindu nk borak2 dgn mak dekat2
rindu nk makan masakan mak
rindu dgn bau badan mak

sayu sgt rasa hati ni mak
akak rindu mak
akak sayang mak

selalu kalau akak tgh runsing akak akan call dan telefon mak
untuk luahan perasaan
walaupun kadang2 masalah akak tu mak tak faham pun
tapi mak layankan juga
mak sudi  juga dengar

mak akak rindu mak
akak rindu mak sangat2

bila dah ada anak sendiri ni
baru akak faham kenapa masa kecik2 dulu
mak larang akak buat mcm2
rupanya mak sayang akak sangat2

tapi masa tu akak tk faham

sekarang bila anak2 akak dah besar baru akak faham
susahnya hati bila anak buat sesuatu yg akan bahayakan diri

mak akak nk peluk mak
akak nk cium mak
tp jarak kita skrg ni jauh beratus batu
tak tercapai tangan nk pegang mak hari2

nk call mak hari2 takut mak boring pulak...

doak akak sentiasa ada untuk mak dan abah
semoga Allah sentiasa melindungi kedua mak dan abah ku
panjangkan umur keduanya(belum puas nk bermanja dgn mak abah)
dikurniakan rezeki sebanyak2nya
dikurniakan khusnul khatimah pd pengakhiran usia mereka.
aamiin ya Allah.

 

No comments:

Post a Comment

Hai Assalammualaikum. Sila tinggalkan komen yang membina minda dan mengukuhkan ukhwah..tq.