Sunday 29 May 2016

Chips more

bila terpandang biskut ni hati ni jadi sayu la...teringat masa kecik2 dulu. kalau tk salah dlm darjah 4. time tu teringin sangat nk makan biskut ni.

satu hari angah balik dari ikut abah pergi kem (masa tu abah jadi jurulatih Tentera Darat di PULADA Port Dickson). dia cerita la dia makan biskut biskut chipsmore. ader uncle rekrut yg bagi. dia cakap biskut tu sedap sgt. coklat dia banyak. Lin rasa terliur sgt time tu. Kawan2 kata harga dia mahal. Nk mintak abah belikan pun tk berani takut harganya mahal sgt.

sedih la time tu. teringin sgt tekak ni nk jamah biskut yg mahal sgt katanye ni.

bila lin masuk sekolah teknik Port Dickson waktu ni  setiap kali hujung minggu balik dari rumah kalau berkelapangan abah akan hantar lin balik ke asrama. naik motor je dari Kuala Pilah ke Pekan Lukut. Sekolah Teknik ni betul2 dlm pekan Lukut.  Abah akan singgah ke pasaraya utk beli brg2 keperluan lin. time ni lin akan beli biskut ni. tk dpt yg paket besar, peket kecik pun jadila.

masa mula2 dpt makan biskut ni hmmmmmmmmmm tak seperti yg digambarkan oleh cik angah pun.. rasa mcm biskut biasa juga. tp  cik adik ni punya promosi utk bagi kita jeles tu buatkan biskut tu sedapnye ngalahkan famous amos.

hihihi cerita zaman2 susah. lin suka cerita pengalaman lin masa kecik2 pada anak2 lin. biar mereka tau betapa susahnya nk cari duit dan pandai bersyukur.  sesusah susah kami masa kecik2 dulu kami tk pernah tk makan. hanya abah saja yg kerja dan mak suri rumah sepenuh masa. kami tetap dpt makan walaupun tk semewah org lain. KFC adalah makanan yg paling istimewa buat kami. masa kecik2 kami tk pernah merasa potong kek masa harijadi. inikan pulak nk minta hadiah yg bukan2. cukupla sekadar mak masak makanan kegemaran kami itupun dh cukup bersyukur.

baju baru masa hari raya... jd sambutan hari raya rasa sgt2 meriah bila dpt baju raya. sepasang pun jadila. hati rasa tersentuh bila tgk sedara mara yg berada tukar baju sampai dua kali sehari. pagi baju lain, petang baju lain (masa kanak2). baju pun dari kain yg elok beli di pasaraya terkemuka. hati anak2 kecil ni mudah tersentuh...tp Alhamdulillah kami adik beradik faham kami ni dari org yg macam mana. cuma abah susah sungguh nk tgk dia berbaju baru di pagi raya. abah akan utamakan anak2. biar anak2 merasa. terima kasih abah.

kadang2 ada sedara mara yg bagi kami berlonggok longgok pakaian yg mereka dah tak nak pakai. seronoknya hati kami. itupun kami tetap bersyukur. Alhamdulillah..........

kesusahan itu mengajar kami erti kental. berusaha sedaya upaya untuk mengubah nasib. cuma adakalanya hati terluka dgn kata2 saudara mara yg mengungkit kisah kesusahan hidup kami dahulu jika dibandingkan dgn sekarang. budi mereka dicanang2 sebagai yg terbaik sedangkan zaman lin dan adik2 di university dulu mereka langsung tk jenguk muka. kalau ada pun setakat penggal pertama saja. duit sepuluh ringgit yg dihulur diungkit umpama sudah menaja kami pelajar sehingga ke sudah.


Maha suci Allah yg menurunkan rezeki dan memperelokkan segala kejadian.  Alhamdulillah..zaman itu telah berlalu. sempena bulan Syaaban yg mulia lin berdoa supaya kami akan lebih diberkati dan disayangi oleh Allah swt. tak mau lagi tangisan. datangla senyuman sebanyak2nya....lin berdoa supaya apa saja bentuk perhubungan dgn manusia akan diperelokkan. Berikan mereka petunjuk dan keberkatan ya Allah.

motif novel yg panjang berjela ni keluar ialah.................hari ni iols puasa..so pagi2 ni dh mengarut teringatkan makanan...tetiba teringat kat chipsmore dan seperti biasa akan keluarla kenangan2 yg mengusik jiwa tu.. pagi Syaaban yg indah........Allahuakbar.








 

4 comments:

  1. saat2 sukar tu sgt mengharukan...........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..pengalaman mematangkan fikiran

      Delete
  2. keep it up don't give up

    ReplyDelete

Hai Assalammualaikum. Sila tinggalkan komen yang membina minda dan mengukuhkan ukhwah..tq.