Monday 27 May 2019

tuhan jaga dia untukku.....

bulan 5 2019 sudah...sekejapnya masa berlalu
awal tahun 2019 diuji dgn satu kejadian yg betul2 mencabar jiwa dan meruntun air mata yg sgt banyak..

 3/1/2019 tidak akan dilupa sampai bila2. perjuangan seluruh ahli keluarga untuk menyelamatkan jiwa kecil itu supaya kembali normal. Allah...Allah..Allah.. pagi sebelum kejadian aku dan suami mempunyai mood yang agak aktif dari biasa. kami berdua ambil cuti utk rehatkan minda. kami kemaskan rumah sebersih bersihnya...dari dalam rumah ke garage sehinggalah ke kebun mini tanaman pokok2 bunga kami...anak itu berlari kesana kemari..gembira di hadapan mata kami.tidak nampak apa2 perubahan atau kesakitan yang amat dahsyat di dalam dirinya.

asyik membersihkan rumah hingga ke petang. siap cuci kereta dengan encik husband sehingga ke pintu grill pun aku cuci...hmmmmmmm agak luar biasa sikap kami hari ni...rupa2nya..kami perlu struggle lepas ni...rupa2 nya rumah yang telah bersih ini adalah persiapan untuk persediaan sebuah kesedihan yang amat perit.

petang itu tepat pukul 5.15 pm kesedihan itu menerjah...aku menangis semahu mahunya...Allah selamatkanlah anak ku.. suami ku buat pertama kali aku lihat air matanya mengalir.. meratap sayu. Allah... mohon kasihanilah kami ya Allah...kami tidak punya sesiapa di pulau ini ya Allah...hanya keluarga kecil ini sahaja tempat mengadu kasih menghampar sayang merawat jiwa melontarkan manja...

bermula dari saat itu doaku buat si anak yg tidak sedarkan diri dan perlu dibantu dengan oksigen itu tidak pernah putus. berharian aku tk boleh tidur. aku duduk disampingnya..aku solat di tepi katilnya dan aku dodoikan dia dgn ayat suci al-quran supaya tenang dan cekal jiwanya utk kembali pulih dan datang semula kedakapanku... bangunlah nak berceritalah dengan ummie seperti biasa....rayuku.

alhamdulillah apabila dia sedar..ditatapnya wajahku. namun airmataku luruh lagi bila dia bertanya pada ku "ummie mana? ummie mana ummie?".. Allahu...ummie di depan matamu nak.. ini ummie ni. betulla kata doktor dia tidak seperti dulu lagi..tp doktor mengatakan keadaan itu mungkin bersifat sementara. hanya Allah yg mampu memulihkan dia. kita berserah pada Allah sepenuhnya.

proses rawatan yang agak panjang...antibiotik selama 21 hari...ujian air tulang belakang, MRI, CT scan dan mcm2 ujian lagi terpaksa anakanda ummie tempuh. anakanda ku terpaksa dibawa dengan menggunakan Helicopter ke Hospital Sultanah Bahiyah  Alor Setar untuk proses MRI dan LP (ujian air tulang belakang)...cukup 4 hari di HSB rawatan utk antibiotik diteruskan di Hospital Sultanah Malihah sehingga genap 21 hari..kali ni travel dgn doktor dan nurse dgn menggunakan feri pula.

satu pengalaman yg tidak mahu aku tempuh lagi. cukuplah sekali....

(rasa sebak pulak...nk taip pun tk larat dah... nantilah sambung semula) bye.......

No comments:

Post a Comment

Hai Assalammualaikum. Sila tinggalkan komen yang membina minda dan mengukuhkan ukhwah..tq.