Wednesday 25 October 2023

PROFESSIONAL GROOMING AND ETIQUETTE AS THE HOTELIER....


Mendidik dalam bidang hospitaliti ni bukan satu perkara yang mudah. kenapa? sebab kita nk ubah kebiasaan seseorang bukan semudah ABC. Yang dah biasa cakap kasar, pengotor, pemalas, tk suka make up  sgt tk mudah nk follow instruction.

Tapi walau 1001 perangai selagi bergelar pelajar mereka  perlu selalu diberi pendedahan tentang grooming dan professional etiquette terutama sekali dari pihak industri..Tugas tenaga pengajar bukan setakat membebel berkenaan PdP shj.. Apabila melibatkan hospitality, tenaga pengajar mesti cuba membentuk pelajar yg outstanding akademik dan sahsiah. Try to influence them slowly but consistently remind them the importance of being smart, beautiful, good look, acceptable body odor  with  professional  ethic

Tq my dear Joanne.. she is one of my ex certificate students about 10 years ago.. bila sesekali bertemu byk yg kita share dan bualkan..dari soal kerja hinggalah ke soal hati.  dia sgt2 komited utk menyumbang semula kepada adik2 di LTA terutama sekali my diploma students. Semoga success selalu bos...dan settle pengajian corporate comm diperingkat master with flying colors. 

Tuesday 24 October 2023

Sambutan Hari Akademia peringkat LTA 2023 dan Majlis Sanjungan Budi

 

Sambutan Hari Akademia dan Majlis Sanjungan Budi peringkat LTA 2023. Bila kita sepakat hasilnya akan memikat.. keluarga besar LTA yg sangat supportive dan awesome. Alhamdulillah ❤



Team Ketua2 Program bersama Puan Timbalan Pengarah Akademik LTA

Alhamdulillah



Tema Melayu Klasik





Bye Bye Adik Bongsu Kami

Tahun lepas tema kerjaya,, tahun ni tema Melayu Klasik.. tahun depan???

sape busuk?? dia dia dia... hahahahaha



Ucapan dari seorang KPro...

K.A.M.I




Songket warna turqoise ni  lerrr mek idam2kan masa nk jd pengantin dulu...




Sibuk nyelit kat tempat pendaftaran

My partner in crime




EmCee versi penat.. hehehe tk pernah buat kerja ni oiii. bila dah tua2 ni lerr baru mencuba





tetap dia juga...







i love them

















Bz sangat lately ni.. outstation sana sini.. bila ada masa terluang sikit ni kita update lerr latest news.. ada yg rindu ke? hihihi.bye











Sunday 16 July 2023

Alhamdulillah..rezeki berganda kurniaan Allah swt

 Syukur dengan anugerah ini ya Allah.. APC kali kedua sepanjang perkhidmatan setelah tahun 2017. . In Syaa Allah akan lebih bersemangat lagi selepas ini dalam usaha mendidik anak bangsa dan menabur bakti kepada masyarakat setempat.  


Terima kasih terutama sekali kepada suami yang sangat supportive dengan kerjaya saya. Sentiasa memberikan semangat dan cabaran untuk terus berkarya dan berjaya. Sanggup menguruskan  anak2 sewaktu ummie keluar daerah untuk bekerja,, tq so much dear. Terima kasih juga kepada anak2 ummie yg sentiasa behave dan pandai menjaga diri dimasa ummie sibuk.  Tidak dilupakan Bonda tercinta yg selalu menitipkan doa buat anakanda dikejauhan ini. Sahabat2 yg selalu menyokong satu sama lain. Alhamdulillah.. Terima kasih semua dengan doa dan kata2 yang positif dalam mengiringi perjuangan ini. Semoga segala yang baik itu berbalik kepada kalian.. Aamiin

















Alhamdulillah..Syukur pada Allah swt.


Thursday 6 July 2023

Terima kasih ya Allah.. Allahuakbar

 Alhamdulillah.. berkat kerjasama berkumpulan yang mantap kami berjaya mengukir kejayaan hari ini. Produk inovasi kumpulan kami dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama kategori Pengajaran dan Pembelajaran di PNICC 23. Syukur ya Allah atas nikmat ini. Terima kasih ahli kumpulan yg percaya dan memberi kerjasama yg padu kepada akak. Semoga kita akan berjaya menghasilkan produk inovasi yang lebih mantap pada sesi2 yang akan datang. Alhamdulillah...💓💓💓💓

















Thursday 18 May 2023

LIMA 2023


 

LIMA datang lagi.. anak2 dah excited nk tgk LIMA minggu depan. Setelah LIMA 2019 dibatalkan sebab covid melanda dunia. Adik Eusoff baru 1st time tgk ni.. mesti riuh budak kecik tu nanti. Walaupun jet tu kami boleh tgk dari beranda rumah saja perasaan tu tetap teruja hehehehe... sekali jet tu melintas rasa mcm betul2 atas atap rumah.. 


Student semua pi part time masa LIMA ni. Nak buat kelas mcm mana kalau nk terkeluar anak tekak menjerit pun depa tak dengar.. Biarlah mereka join dengan industri waktu2 macam ni. Cari pengalaman berhadapan dengan the real MICE industry yang sebenar. 


JOM JOIN LIMA 2023...💓💓💓

Monday 8 May 2023

Lahaiiii.... rasa bunga2 hati

 


        Irama lagu dan ayat2 yg diucapkan sangat2 indah.. kami suami isteri tersenyum sendiri setiap kali tgk VTT ni.  Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah atas rezeki ini. Bimbingan yg baik dari seorang yang bernama suami mampu melembutkan kerasnya hati seorang isteri. Terima kasih abang yg sudi terima segala kekurangan bie dan cuba ubah bie utk jadi lebih baik. Abang tidak mudah menghukum.. sangat sabar membentuk seorang yg bernama Rosalinda  ni. Sekarang dah agak slow down la perangai  menyinga tu dan sudah mampu senyum bila berdepan dgn mcm2 perangai manusia .


Tq abang.. tk judge bie yg bukan2.  


        Dalam socmed lin dah niat nk tenang2 saja. Nak bawa pembaca utk berfikir yg baik2 saja. Berkasih sayang, tambah ilmu dan cari ilmu.Lin tak nk bawa mereka tambah dosa dgn membaca dan komen negatif2 post di dalam  media social lin tak kiralah facebook, WhatsApp, Tiktok atau Instagram. Kadang bila ada yg provok tu lin buat dah karangan panjang2 nk balas balas balik .. tapi bila post lin kejap  post  dan kejap delete.. bukan sebab takut tapi memikirkan kesannya pada followers yang membaca dan air muka sendiri dan air muka suami yg nk dijaga. makanya lin pilih untuk sabar saja. 


        Kepada yg masih ada sekelumit atau setompok rasa marah pada lin sekeluarga, sempena bulan Syawal yg mulia ni lin mohon ampun maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. 


        Begitu juga kepada  insan  yang masih tk habis2 tulis, perli  dan cakap yg bukan2 pasal lin walaupun tk pernah kenal siapa lin ni..Mungkin rasa kenal sangat dengan hanya dengar cakap2 org saja sebelum ni yg berpandukan dari kisah yg mereka simpan sewaktu masih berhubung dulu.. lin doakan segala tulisan buruk  dan kata2 buruk itu kembali semula kepada tuan badan dengan harapan tuan badan akan insaf dan sempat memohon ampun sebelum ajal menjemput tiba. 


        Ingatlah kawan2.. apabila tangan org yg teraniaya itu sudah mula  diangkat untuk berdoa kepada tuhannya dengan tangisan dan rayuan untuk memohon pelindungan dan ketenangan dengan aib yg diberi maka lawanmu pada waktu itu bukan lagi orang yang menadah tangan itu. Fikir-fikirkanlah. Wallahualam.  💔

Monday 3 April 2023

Kita hanya merancang.

     Sejak 2 menjak ni terlalu banyak pula berita kehancuran rumahtangga sahabat2 sampai ke telinga ni.  Kenapa jadi mcm tu? tak sayang anak2 ke? ada yang 3 orang anaknya semua girls..dan ada juga yg anak sudah 5 orang. Ya Allah...

   Bila baca confession rumahtangga yang bermasalah ada juga statement yg mengatakan kenapa nk fikir pasal anak jika hati sendiri sakit. hmmmmmmm itu kenyataan yg selfish.. walaupun ada terselit benarnya bila difikirkan tentang nasib pihak2 yang teraniaya dalam hubungan itu. Sama ada pihak isteri atau suami.

       Kebanyakkan kisah kehancuran rumahtangga ni disebabkan orang ketiga, pasangan terlalu sibuk, pasangan sudah berjaya dalam hidup dan mcm2 lagi. Risau kan? Kita tidak boleh agak apa yang akan berlaku pada masa depan. Cuma doa saja yg kita boleh panjatkan ke hadrat Allah swt supaya rumahtangga sentiasa aman bahagia hingga ke syurga. 

    Janganlah dikhianati kepercayaan yang diberi. Sokonglah pasangan seikhlasnya. Jangan berpura-pura boleh menghadapi kesibukan dan ketiadaan pasangan di sisi sedangkan hakikatnya kamu sendiri ligat di belakangnya.. terlalu banyak kes dari sahabat2 sendiri yang ditipu hidup2 dan bila perkara sudah jadi kritikal semuanya tidak dapat diselamatkan lagi.

     Kita jangan letakkan 100% percaya membuta tuli pada pasangan. Adakalanya kena ada sedikit rasa ragu2 di dalam hati. Supaya pasangan tidak terlalu selesa bertindak luar batas bila diluar rumah dan kita pun tak over confident everything is ok. Kadang sikap isteri yang overconfident dan overclaimed bahagia ni yang bahaya walhal banyak dah hint-hint didepan mata tapi still in denial tk nak terima diri telah diduakan. Terlalu obses dengan manusia dan material ni sangat2 bahaya.. nauzubillah.

    Wallahualam. Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah swt . Aamiin


Thursday 9 March 2023


 Alhamdulillah..terima kasih ya Allah utk segala kurniaan di sepanjang 15 tahun usia perjalanan perkahwinan ini. Kami memohon supaya jodoh ini berpanjangan sehingga ke Jannah.. Kami terima segala kelebihan dan kekurangan kami seadanya..bahagia dalam kesederhanaan.. mohon sayangi keluarga kecil ini ya Allah dgn segala limpahan rahmatmu, beri kami kejayaan di dunia dan akhirat, pulang dalam husnul khotimah, di jauhi siksaan kubur dan api neraka serta berpeluang memilih mana2 pintu syurga-Mu bersama2 ahli keluarga ini. Aamiin

Thursday 23 February 2023

Happy Birthday sayang...


 Allah saja yang dapat membalas segala budi baik abang sebagai seorang suami yang penyayang dan kasihkan bie.. Terlalu besar jasa abang terhadap bie. Sangat berhemah membimbing, menyokong kerjaya  isteri dengan sangat santun dan menjadi abah yang terbaik buat anak anak kita. 


Semoga abang dikurniakan oleh Allah swt segala yang terbaik di dunia dan di akhirat..Bie menjadi saksi abg adalah suami yang berbudi pekerti mulia. Bie dan anak anak sayang abang.. Semoga keluarga kita menjadi keluarga yang sakinah mawaddah warahmah. Aamiin


Ikhlas dari Habibie mu...💓

Wednesday 8 February 2023

Pssst..Kakak Ada Nak Cakap Sikit.. Baca Ya Dik..

 






Semoga Allah Memberikan Balasan Setimpal Pada Setiap Kata2  Burukmu Yang Aku Tahu Dan Yang Aku Tidak Tahu Dengan Membalikkan Semula Apa Saja Ucapan Burukmu Terhadapku Terus Kepada Dirimu. Semoga Kamu Beroleh Petunjuk Dan Bertaubat.

Aamiin Ya Rabbal Alamin


Bertahun tahun aku teraniaya dengan ucapan2 dan tulisan2 itu tanpa dapat membela diri dan membersihkan namaku.


Aku menggunakan kekuatan doaku sebagai insan yang dianiaya. 


Semoga apabila dipusingkan segala cercaaan itu terhadap dirimu semula (apa saja termasuk gelaran, kutukan dan hinaan yang pernah keluar dari mulutmu dan tulisanmu terhadapku)  maka KAMU akan beroleh petunjuk dari Allah swt dan dibukakan hatimu untuk insaf dan bertaubat sebelum ajal menjemput tiba. 


Perkenankanlah doa2 ku Ya Allah di bulan Rejab yang mulia ini.  Aamiin.