Tq abang.. tk judge bie yg bukan2.
Dalam socmed lin dah niat nk tenang2 saja. Nak bawa pembaca utk berfikir yg baik2 saja. Berkasih sayang, tambah ilmu dan cari ilmu.Lin tak nk bawa mereka tambah dosa dgn membaca dan komen negatif2 post di dalam media social lin tak kiralah facebook, WhatsApp, Tiktok atau Instagram. Kadang bila ada yg provok tu lin buat dah karangan panjang2 nk balas balas balik .. tapi bila post lin kejap post dan kejap delete.. bukan sebab takut tapi memikirkan kesannya pada followers yang membaca dan air muka sendiri dan air muka suami yg nk dijaga. makanya lin pilih untuk sabar saja.
Kepada yg masih ada sekelumit atau setompok rasa marah pada lin sekeluarga, sempena bulan Syawal yg mulia ni lin mohon ampun maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Begitu juga kepada insan yang masih tk habis2 tulis, perli dan cakap yg bukan2 pasal lin walaupun tk pernah kenal siapa lin ni..Mungkin rasa kenal sangat dengan hanya dengar cakap2 org saja sebelum ni yg berpandukan dari kisah yg mereka simpan sewaktu masih berhubung dulu.. lin doakan segala tulisan buruk dan kata2 buruk itu kembali semula kepada tuan badan dengan harapan tuan badan akan insaf dan sempat memohon ampun sebelum ajal menjemput tiba.
Ingatlah kawan2.. apabila tangan org yg teraniaya itu sudah mula diangkat untuk berdoa kepada tuhannya dengan tangisan dan rayuan untuk memohon pelindungan dan ketenangan dengan aib yg diberi maka lawanmu pada waktu itu bukan lagi orang yang menadah tangan itu. Fikir-fikirkanlah. Wallahualam. 💔
No comments:
Post a Comment
Hai Assalammualaikum. Sila tinggalkan komen yang membina minda dan mengukuhkan ukhwah..tq.