Thursday 23 February 2023

Happy Birthday sayang...


 Allah saja yang dapat membalas segala budi baik abang sebagai seorang suami yang penyayang dan kasihkan bie.. Terlalu besar jasa abang terhadap bie. Sangat berhemah membimbing, menyokong kerjaya  isteri dengan sangat santun dan menjadi abah yang terbaik buat anak anak kita. 


Semoga abang dikurniakan oleh Allah swt segala yang terbaik di dunia dan di akhirat..Bie menjadi saksi abg adalah suami yang berbudi pekerti mulia. Bie dan anak anak sayang abang.. Semoga keluarga kita menjadi keluarga yang sakinah mawaddah warahmah. Aamiin


Ikhlas dari Habibie mu...💓

Wednesday 8 February 2023

Pssst..Kakak Ada Nak Cakap Sikit.. Baca Ya Dik..

 






Semoga Allah Memberikan Balasan Setimpal Pada Setiap Kata2  Burukmu Yang Aku Tahu Dan Yang Aku Tidak Tahu Dengan Membalikkan Semula Apa Saja Ucapan Burukmu Terhadapku Terus Kepada Dirimu. Semoga Kamu Beroleh Petunjuk Dan Bertaubat.

Aamiin Ya Rabbal Alamin


Bertahun tahun aku teraniaya dengan ucapan2 dan tulisan2 itu tanpa dapat membela diri dan membersihkan namaku.


Aku menggunakan kekuatan doaku sebagai insan yang dianiaya. 


Semoga apabila dipusingkan segala cercaaan itu terhadap dirimu semula (apa saja termasuk gelaran, kutukan dan hinaan yang pernah keluar dari mulutmu dan tulisanmu terhadapku)  maka KAMU akan beroleh petunjuk dari Allah swt dan dibukakan hatimu untuk insaf dan bertaubat sebelum ajal menjemput tiba. 


Perkenankanlah doa2 ku Ya Allah di bulan Rejab yang mulia ini.  Aamiin. 

Monday 6 February 2023

Astargfirrullahalazim

        Ampunilah dosa2 ku ya Allah.. dosa ghibah, dosa mata dan dosa yang nampak serta yg tidak nampak. Jangan jadikan aku seorang yang sgt cepat berburuk sangka. Jangan jadikan aku manusia yang riak. Jangan jadikan aku manusia yg takbur. Jangan jadikan aku manusia yang angkuh. Jangan jadikan tulisan ku punca bertambahnya dosa sesama manusia dan punca kesakitan orang lain yang tiada ubatnya.

         Jadikanlah laman perkongsian ilmu ini adalah laman yang diberkati dan memberi ilmu kepada sesiapa yang mengikutinya..Bukannya laman mengadu domba dan memperbanyakkan dosa orang2 yang tidak bersalah. 

        Ilmu yang dikurniakan padaku sgt sedikit berbanding ilmu Mu ya Rahman ya Rahim. Jangan jadikan ia punca keangkuhan ku sesama manusia.. Punca pecah belah ku terhadap mereka. Jadikanlah hatiku selembut kapas yang bisa memaafkan sesiapa saja atas bicara mereka, tindakan mereka dan keangkuhan mereka. Aku insan biasa tidak punya kelebihan apa2...


        Terima kasih Allah kerana kini mengurniakan aku sifat yg suka melihat kegembiraan, kebahagiaan dan keceriaan org lain tanpa ada rasa negatif dalam hati.

         Usah bimbang kerana  aku hanya memandang kamu. Sesekali bertandang seakan bertanya khabar supaya kau tidak lupa yang  aku pernah memandang kamu dengan perasaan benci sepenuh hatiku terutama sekali pada setiap tulisanmu dan gelaran2 burukmu terhadap ku. Bertahun aku cuba mengubati hati dan kini bila aku cuba menguji dgn memandang kamu sekali lagi  alhamdulillah aku sudah bisa memandang kamu tanpa ada apa2 perasaan di hati.  Segalanya kosong. Alhamdulillah... syukur ya Allah.  

        Hentikan kata2 jelik di social media mu kerana dengan pengisian kekeluargaan yg kau coretkan sesungguhnya aku memandang kau sebagai seorang isteri, ibu dan anak yang sgt2 mulia.  Jangan kotori dengan kata2 negatif yg mencacatkan limpahan kasih sayang yg telah kau pupuk dari paparan photo2 bahagia  itu. Hentikanlah...bertaubatlah. semua itu hanya pinjaman... sesungguhnya rasa gembira juga adalah ujian..kasih sayang juga adalah ujian.

Wasalam..

Wednesday 1 February 2023

Family Outing ... Splash Out.

Langkawi ni ada byk tempat utk spend time bersama family. Anak2 cukup enjoy dengan aktiviti mandi manda terjun tiruk ni. Kalau pi water park mcm ni seronok juga sekali sekala.. tapi tk boleh selalu nanti kulit anak2 semua terlebih tanned pulak hehehe.  


Mek ni malu2 la bila tengok kawan2 sekolah ramai pulak hari ni. Mengekor je mana ummie pergi. Elok lah kakak bila ada sifat malu ni senang ummie nak jaga. 


Couple Goal... anak2 happy kami pun tumpang happy

Man to man confession session ..hehehe

Org yang paling tk sabar2 nk masuk water park ni ..


Kemana sentiasa berdua

Baby abah

Partner in crime


Anak manja ummie

Syokk

My first born. Orang kata rupa kami sama... tp rasanya mek ni lebih serupa dgn abahnya

Zarif my joker

Eusoff sexy 



Lepas2 covid orang  seronok outing maklumlah dah lama kena kurung

Pak Purba Clan


Harta dunia akhirat



Walaupun awang ni kelakar tapi dialah yang paling hati tisu




Awang zarif



Happy happy happy ajalah...



Semoga keluarga kami sentiasa ceria dan dilindungi Allah swt.  Aaminn