Monday 6 February 2023

Astargfirrullahalazim

        Ampunilah dosa2 ku ya Allah.. dosa ghibah, dosa mata dan dosa yang nampak serta yg tidak nampak. Jangan jadikan aku seorang yang sgt cepat berburuk sangka. Jangan jadikan aku manusia yang riak. Jangan jadikan aku manusia yg takbur. Jangan jadikan aku manusia yang angkuh. Jangan jadikan tulisan ku punca bertambahnya dosa sesama manusia dan punca kesakitan orang lain yang tiada ubatnya.

         Jadikanlah laman perkongsian ilmu ini adalah laman yang diberkati dan memberi ilmu kepada sesiapa yang mengikutinya..Bukannya laman mengadu domba dan memperbanyakkan dosa orang2 yang tidak bersalah. 

        Ilmu yang dikurniakan padaku sgt sedikit berbanding ilmu Mu ya Rahman ya Rahim. Jangan jadikan ia punca keangkuhan ku sesama manusia.. Punca pecah belah ku terhadap mereka. Jadikanlah hatiku selembut kapas yang bisa memaafkan sesiapa saja atas bicara mereka, tindakan mereka dan keangkuhan mereka. Aku insan biasa tidak punya kelebihan apa2...


        Terima kasih Allah kerana kini mengurniakan aku sifat yg suka melihat kegembiraan, kebahagiaan dan keceriaan org lain tanpa ada rasa negatif dalam hati.

         Usah bimbang kerana  aku hanya memandang kamu. Sesekali bertandang seakan bertanya khabar supaya kau tidak lupa yang  aku pernah memandang kamu dengan perasaan benci sepenuh hatiku terutama sekali pada setiap tulisanmu dan gelaran2 burukmu terhadap ku. Bertahun aku cuba mengubati hati dan kini bila aku cuba menguji dgn memandang kamu sekali lagi  alhamdulillah aku sudah bisa memandang kamu tanpa ada apa2 perasaan di hati.  Segalanya kosong. Alhamdulillah... syukur ya Allah.  

        Hentikan kata2 jelik di social media mu kerana dengan pengisian kekeluargaan yg kau coretkan sesungguhnya aku memandang kau sebagai seorang isteri, ibu dan anak yang sgt2 mulia.  Jangan kotori dengan kata2 negatif yg mencacatkan limpahan kasih sayang yg telah kau pupuk dari paparan photo2 bahagia  itu. Hentikanlah...bertaubatlah. semua itu hanya pinjaman... sesungguhnya rasa gembira juga adalah ujian..kasih sayang juga adalah ujian.

Wasalam..

No comments:

Post a Comment

Hai Assalammualaikum. Sila tinggalkan komen yang membina minda dan mengukuhkan ukhwah..tq.