Thursday 14 May 2015

"My Little Lady" nk tukar nama

kenapa panggil my little lady kenapa tk my little girl..

Disebabkan princess sorang ni the only little girl in my home sweet home so dia ni very fussy and very dominant. semua nk kena ikut rentak dia jer termasukla adik2 yg lain. perangai dah mcm lady2 sgt. belum tgk bab dia bersiap kalau nk keluar berjalan2. baju tk nak yg ni nk yang tu.. rambut mesti buat mcm ni tak nak buat mcm tu. kasut nk pakai yg ni tak nak yg tu.......adoiiiii. ikutkan jela.

semalam dia kata nk tukar nama panggilan dia pulak...katanya tk mau dah org panggil dia dgn nama Aimy..

"ummie boleh tak kalau kakak nk tukar nama kakak"

"kakak nk tukar nama?? aku dh start ler nk ceramah ni...

"a ahh....kakak nk org panggil kakak mimi boleh tak?"

hmmmm mimi...betul juga sebab nama dia aimy so dia pendekkan lagi jd mimi

"tak boleh la kakak" jawabku

"nape mie....nama mimi tu kan best"

"tk boleh la yang sebab nama aimy tu ummie lagi suka...nk tau kenapa? nama aimy tu bawa maksud yg baik utk kakak. kalau org panggil kakak dgn nama mimi tk de maksud. jd bila org panggil kakak dgn nama aimy maksudnya org pun doakan kakak dengan maksud nama kakak tu"

hmmmmmm dia start buat muka confius...tk faham la tu...tp dia balas balik " eiiiiiiiiii ummie ni semua tak boleh"

hahahaha budak kecik pun tau nk nama glamer..hmmm mcm2 zaman sekarang ni.........

My Little Lady

My two little best friend

Thursday 7 May 2015

Puding Cream Caramel

mmmmmmmm dap nyer... ni dessert yg paling mak n abah lin suka.



Picture from Google image

 













Bahan A
  1. Susu full cream           500ml
  2. Telur ayam                  5 biji
  3. Esen vanilla                 1 tbsp.
  4. Gula psir                      100 gram

Bahan B

  1. Gula pasir                     100 gram
  2. Air                                 2    cawan

Cara membuatnya:

Bahan A
Pukul telur bersama gula kemudian masukkan telur, esen vanilla dan susu. Pukul lagi hingga telur betul2 hancur n adunan jadi sebati.

Bahan B
Panaskan kuali masukkan gula dan air. biarkan sehingga perang

Tips utk penyediaan bahan B:
  1. Jangan digaul  gula tersebut kerana jika digaul  ia akan berubah menjadi bentuk Kristal (mcm kita nk sira kuih keria). anda boleh mula menggaul ketika gula itu hampir 80% menjadi perang
  2. Sediakan acuan. tuangkan gula caramel td di dalam acuan, dan ratakan dgn cara memusing-musingkan acuan. jngan guna tangan jika anda masih sayangkan tangan anda....kemudian masukkan bahan A.
  3. boleh dikukus atau dibakar. lin biasanya akan bakar pudding ni dlm suhu 180-190 darjah Celsius  selama 1 jam. cucuk dulu dgn lidi kalau dh tk melekat bolehla diangkat.

Tips untuk membakar:
  1. Perlu menggunakan dua acuan dan salah satunya lebih besar. letakkan air di dalam acuan yg pertama (yg lebih besar) barula diletakkan acuan kedua yg berisi adunan tadi ke dalam acuan yg pertama. mcm double boiler.
  2. Semasa membakar pula pintu oven perlu dibuka sedikit, sendal dgn apa2 yg tidak membahayakan supaya udara steam panas tidak terperangkap dan membuatkan pudding kita ada byk bubble. Nanti rupa dia tk cantik n tk licin. (tgk seperti dlm gambar, comeykan rupa mcm tu)

bila dan siap bolehla disejukkan sebelum dihidangkan. mmmmmmmmmmmmmmmm dapnyerrrr..

bubur nasi...resepi utk baby

Sekarang baby zarif dah boleh makan solid food
tp untuk permulaan ni lin masakkan bubur nasi yg lembut utk si manja musyuk2 ni



Bubur Nasi

Picture from Google Image














Bahan-bahan
Kentang               1#
Ayam                   100 gram
bawang putih       1#
bawang merah     1#
air                         secukupnya
Secubit garam
Minyak                 sesudu

Cara memasak
- Tumis bawang putih dan merah
- Bila tumisan  sudah agak layu masukkan kentang dan ayam
- Biarkan  seketika sehingga daging ayam berubah menjadi warna putih
- Masukkan air dan garam.
- Tunggu sehingga mendidih dan biarkan lagi selama 5 minit  dan siapppp
- Tunggu hingga sup ini sejuk sedikit kemudian di blend bersama nasi putih
- Teksturnya akan sama seperti nestum. (bergantung pd kualiti blender anda)

*Ayam juga boleh ditukar kepada isi ikan/sea food/daging atau telur.

Tips:
  1. Bagi ibu2 yg bekerja anda boleh masak sup ini pada malam hari dan simpan dlm peti sejuk.
  2. Nasi  putih juga boleh dimasak siap2 pd waktu malam (lin selalu masak nasi putih utk baby pada pukul 11 malam).
  3. Pagi nanti boleh panaskan sup dan campurkan sekali dgn nasi putih td. 
  4. Biarkan mendidih sekejap tutup api dan biarkan sejuk.
  5. Bila dah agak sejuk boleh terus di blender n bagi pada pengasuh.

so tk payah la nk bangun awal2 semata2 nk masak sup dan nasi baby di pagi hari. Anak pun dapat bubur yg fresh setiap hari. lin tk sampai hati nk masak banyak2 n bagi pada pengasuh utk stok 2 ke 3 hari. takpelah nak...biar ummie masak hari2 asalkan anak ummie makin gumukk n sihat.

kenapa letak garam?? janganla letak byk2 n sesedap kita org dewasa ni makan. letak sikit je. byk kebaikan garam ni kalau anda faham cara penyediaan makanan yg betul. cuba google tentang khasiat garam pd tubuh manusia jika diambil dlm kuantiti yg betul. begitu juga dgn  penggunaan bawang merah dan putih. apa khasiatnya untk sistem penghadaman  . google laaa....

k bye Nampak!!!!!!!