Thursday 7 May 2015

Puding Cream Caramel

mmmmmmmm dap nyer... ni dessert yg paling mak n abah lin suka.



Picture from Google image

 













Bahan A
  1. Susu full cream           500ml
  2. Telur ayam                  5 biji
  3. Esen vanilla                 1 tbsp.
  4. Gula psir                      100 gram

Bahan B

  1. Gula pasir                     100 gram
  2. Air                                 2    cawan

Cara membuatnya:

Bahan A
Pukul telur bersama gula kemudian masukkan telur, esen vanilla dan susu. Pukul lagi hingga telur betul2 hancur n adunan jadi sebati.

Bahan B
Panaskan kuali masukkan gula dan air. biarkan sehingga perang

Tips utk penyediaan bahan B:
  1. Jangan digaul  gula tersebut kerana jika digaul  ia akan berubah menjadi bentuk Kristal (mcm kita nk sira kuih keria). anda boleh mula menggaul ketika gula itu hampir 80% menjadi perang
  2. Sediakan acuan. tuangkan gula caramel td di dalam acuan, dan ratakan dgn cara memusing-musingkan acuan. jngan guna tangan jika anda masih sayangkan tangan anda....kemudian masukkan bahan A.
  3. boleh dikukus atau dibakar. lin biasanya akan bakar pudding ni dlm suhu 180-190 darjah Celsius  selama 1 jam. cucuk dulu dgn lidi kalau dh tk melekat bolehla diangkat.

Tips untuk membakar:
  1. Perlu menggunakan dua acuan dan salah satunya lebih besar. letakkan air di dalam acuan yg pertama (yg lebih besar) barula diletakkan acuan kedua yg berisi adunan tadi ke dalam acuan yg pertama. mcm double boiler.
  2. Semasa membakar pula pintu oven perlu dibuka sedikit, sendal dgn apa2 yg tidak membahayakan supaya udara steam panas tidak terperangkap dan membuatkan pudding kita ada byk bubble. Nanti rupa dia tk cantik n tk licin. (tgk seperti dlm gambar, comeykan rupa mcm tu)

bila dan siap bolehla disejukkan sebelum dihidangkan. mmmmmmmmmmmmmmmm dapnyerrrr..

No comments:

Post a Comment

Hai Assalammualaikum. Sila tinggalkan komen yang membina minda dan mengukuhkan ukhwah..tq.