Thursday 7 May 2015

bubur nasi...resepi utk baby

Sekarang baby zarif dah boleh makan solid food
tp untuk permulaan ni lin masakkan bubur nasi yg lembut utk si manja musyuk2 ni



Bubur Nasi

Picture from Google Image














Bahan-bahan
Kentang               1#
Ayam                   100 gram
bawang putih       1#
bawang merah     1#
air                         secukupnya
Secubit garam
Minyak                 sesudu

Cara memasak
- Tumis bawang putih dan merah
- Bila tumisan  sudah agak layu masukkan kentang dan ayam
- Biarkan  seketika sehingga daging ayam berubah menjadi warna putih
- Masukkan air dan garam.
- Tunggu sehingga mendidih dan biarkan lagi selama 5 minit  dan siapppp
- Tunggu hingga sup ini sejuk sedikit kemudian di blend bersama nasi putih
- Teksturnya akan sama seperti nestum. (bergantung pd kualiti blender anda)

*Ayam juga boleh ditukar kepada isi ikan/sea food/daging atau telur.

Tips:
  1. Bagi ibu2 yg bekerja anda boleh masak sup ini pada malam hari dan simpan dlm peti sejuk.
  2. Nasi  putih juga boleh dimasak siap2 pd waktu malam (lin selalu masak nasi putih utk baby pada pukul 11 malam).
  3. Pagi nanti boleh panaskan sup dan campurkan sekali dgn nasi putih td. 
  4. Biarkan mendidih sekejap tutup api dan biarkan sejuk.
  5. Bila dah agak sejuk boleh terus di blender n bagi pada pengasuh.

so tk payah la nk bangun awal2 semata2 nk masak sup dan nasi baby di pagi hari. Anak pun dapat bubur yg fresh setiap hari. lin tk sampai hati nk masak banyak2 n bagi pada pengasuh utk stok 2 ke 3 hari. takpelah nak...biar ummie masak hari2 asalkan anak ummie makin gumukk n sihat.

kenapa letak garam?? janganla letak byk2 n sesedap kita org dewasa ni makan. letak sikit je. byk kebaikan garam ni kalau anda faham cara penyediaan makanan yg betul. cuba google tentang khasiat garam pd tubuh manusia jika diambil dlm kuantiti yg betul. begitu juga dgn  penggunaan bawang merah dan putih. apa khasiatnya untk sistem penghadaman  . google laaa....

k bye Nampak!!!!!!!

 

No comments:

Post a Comment

Hai Assalammualaikum. Sila tinggalkan komen yang membina minda dan mengukuhkan ukhwah..tq.