Thursday 18 January 2024

Permudahkanlah urusan sahabatku Ya Allah

 Sahabatku...lin doakan dirimu kuat dengan ujian ini.. Lin rasa sedih tk dapat bersamamu di saat ini. Kita selalu berkongsi cerita dan sama2 memberi semangat antara satu sama lain dalam menghadapi penyakit ni. Allahuakbar.. jangan tewas sayang. kau kena kuat.. bangkit dan lawan. Bangkit wati..bangun lawan penyakit yg jahat ni. Kau selalu nasihatkan aku wati..jaga makan jangan lupa makan ubat...kita kan dah janji nk kurus sama-sama. wati bangunlahhhh lawan lagi..jgn patah semangat.


Semoga Allah permudahkan  segala urusanmu sahabat. dan diberikan yg terbaik dunia akhirat.. Permudahkanlah segala apa yg telah ditakdirkan buat sahabatku.. Aamiin ya rab 😭😭😭


Majlis bacaan Yaasin buatmu sahabat...
Majlis bacaan Surah Yaasin buatmu sahabat 😭


Ramai sahabat2 kita dari kolej komuniti dan politeknik yang sama2 mendoakan kesihatan mu wati. Kuatkanlah hatimu sahabat..😭😭😭


Thursday 11 January 2024

Rawatlah hati...

 



👆Betul apa yg ustaz ni cakap.. jangan  ingat2 lagi apa yg telah berlaku pd masa lalu cuma sesekali pandang ke belakang hanyalah untuk muhasabah diri.. Mengingati betapa besarnya rahmat Allah menjauhkan kita dari MEMBUAT KEPUTUSAN YANG SALAH . Itulah perkara yang benar2 terjadi pada diri sendiri untuk  menunjukkan betapa Allah itu Maha Besar. Tidak terpilih oleh manusia bukan sebab kekurangan diri tapi lebih kepada  diselamatkan dari kerosakan yang memakan  diri sendiri atas asbab  termakbulnya doa supaya dijauhkan dari manusia2 kejam yang akan merosakkan hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah.  Alhamdulillah ya Allah.. 💓. 


Oleh itu, sentiasalah berbaik sangka dengan Allah.. rawat hati dengan benda2 yang baik. Belajar redha dan memaafkan. Jika diganggu dengan tindakan atau komen2 yang buruk2 pun jangan cepat melatah sebab kita bukan seperti yang orang cakap dan kita lebih tahu apa yang ada  dalam hati kita. Kita masih sayang atau kita benci sepenuh hati hanya kita saja yg tahu. Kita akan nampak lebih bermaruah jika tidak bertindak melulu dengan menulis kata2 yg berdasarkan assuming saja. Biarlah mereka2 yang masih paranoid tulis apa saja yg mereka mahu.. Semoga Allah  membalikkan semula setiap kata2 buruk itu kepada mereka. Simple kan... Setiap perbuatan ada balasan.. minta maaflah kalau bersalah bukan terus menerus mencaci maki dengan kata2 provocation yang memalukan diri sendiri dan beranggapan diri sgt mulia berbanding orang lain. 


2024 please be nice with me.. Kuatkan kesabaran saya seteguh teguhnya untuk menghadapi apa saja cabaran mendatang. Semoga yang manis2 dan tenang2 saja tahun ni.. bak kata suami saya "abang bersyukur sangat dapat isteri yang selalu tenang.. ada masalah mcm manapun tk cepat melatah. Selalu bantu abang cari solution.. u dah banyak berubah bie..tq selalu sokong abang" hmmm practice make perfect darling.. manusia yg buruk kalau di asuh dan di didik oleh orang yang betul akan boleh berubah juga 1 hari nanti. Tapi kalau orang yg asalnya  elok tapi tk pernah ditegur  dan di didik akan mula takbur hidup menjunjung langit. fikir fikirkanlah...


Allah Maha Mengetahui.. Just look forward for brighter future and destiny

 2024 .. usia pun akan masuk 42.. Saya bercita2 utk hidup lebih aman tenang dan teratur. Saya telah berjaya lupakan kisah2 sedih sejak dari zaman kecil sehinggalah yg terkini dan maafkan semua orang. Alhamdulillah saya menjadi org yang sgt tenang sejak kebelakangan ini dan Alhamdulillah saya menjadi org yg sgt positif dan sentiasa senyum.. Saya tahu dan pasti segala yang Allah tentukan dalam hidup saya telah tertulis ni Loh Mahfuz.


Saya redha dan bersyukur. Alhamdulillah ya Allah kerana selama ini telah memakbulkan doa2 saya yg baik dan menghindarkan saya dari segala perkara yang akan memberikan impact yg tidak baik pd hidup saya, hati saya dan ketenangan saya. Terima kasih memberikan saya keluarga kecil yang penuh gelak tawa, kerenah dan kehendak. Saya terhibur dgn keletah anak2 yang membuat waktu saya seharian terisi dengan penuh manfaat. Saya bersyukur dikurniakan suami yang baik budi pekerti. Saya bersyukur dikurniakan keluarga yang selalu supportive. Saya beryukur dikurniakan kerjaya yang mapan. Saya bersyukur dikurniakan staf yg rajin. Saya bersyukur dikurniakan bestie yang ada semasa susah senang. Saya bersyukur dikurniakan pelajar2 yang hebat.. saya bersyukur dikurniakan segala yg terbaik itu. Alhamdulillah...


Saya panjatkan doa ya Allah semoga segala yg terbaik itu masih kekal bersama saya sehingga akhir hayat saya. Saya mohon segala aib saya ditutup rapi. Saya mohon segala dosa saya diampuni. Saya mohon kejayaan dunia dan akhirat buat saya suami anak2 dan family.  Saya bangga mempunyai mereka dalam hidup saya.. tiada kata yang lebih  indah untuk menggambarkan betapa saya bersyukur dengan takdir ini. 

Semoga yang terbaik buat semua.. In Sya Allah. Aamiin..





Wednesday 10 January 2024

MAJLIS APRESIASI LTA 2023

Tugasan  pertama  handle event di tahun 2024. Amanah sebagai Pengarah Program yg digalas di tunaikan sebaiknya.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama semua. Bertemakan Desa Klasik dan semua tetamu sporting sama2 pakai busana ikut tema.

Tiada benda yang mustahil jika kita sentiasa positif dan tenang.  Percayakan bakat dan kebolehan staf yg berada bersama dengan kita. Bekerja bersama mereka bukannya kerjakan mereka.  Selain tu semua benda mesti handle dgn senyuman. nobody perfect jadi kena terima apa saja kelemahan dan kelebihan teammate kita sebagai warna warni kehidupan. yang penting tugasan mesti selesai. 

Lepaskan mereka mencipta kretiviti mereka tp tarik mereka semula jika tersasar. Bagi panduan bagi perhatian dan bagi nasihat. Jika ada pendapat untuk memudah cara sebagai ketua kita mesti kena raikan tp belum tentu kita mengikut 100%.. bawa berbincang bersama . cari pendapat semua ahli supaya aman.

saya bukanlah ketua yg hebat tapi saya sentiasa cuba belajar setiap kesilapan dan kelebihan yg ada supaya hasilnya sentiasa ada dan menjadi ingatan kepada semua yg berada di bawah pimpinan saya. ahh gicciew.. 











































Suka simpan gambar kat sini.. time2 lapang boleh buka balik tgk.. mcm album dulu2. 

Semoga 2024 memberikan lebih byk sinar yg baik buat keluarga, kerjaya, dan kehidupan saya.. Tk mau ada negative vibes di mana2. Saya dah janji kan nk ajak pembaca himpun pahala bukan dosa... saya sedang cuba utk jadi org baik.. kerana saya tau saya manusia yg sgt byk kekurangan. Saya hanya mahu pandang ke depan.. byk cita2 dan impian saya tahun ni. semoga dipermudahkan segala urusan. Aamiin