Tuesday, 20 January 2015

my little baby "boyfriend"




Suka bergurau

posing pun dia minat juga
Muka time mula2 nk buat perangai
Anak manja abah

Permata hati ummie

Cita2 nk jadi Masterchef

 

my little baby boyfriend ni skrg dah besar...makin keletah dan banyak cakap. Teacher dia pun selalu cakap pasal kerenah anak bujang yg suka sgt berceloteh ni. Iqi nama gelarannya. permata hati yg sgt suka bergurau. si kecit ni suka menyakat ummie. suka cakap tk mau pegi sekolah...

Hensem tak sayer....


dialogue pagi2 hari yg dah immune di telinga ummie ni...

"tak nak pegi sekolah la ummie..semalam iqi dh pegi sekolah..kenapa hari2 nk kena pegi sekolah"

hmmmmm ummie balas....

"iqi...ummie ni dari kecik sampai ke tua hari2 pegi sekolah nak....ummie tk boring pun...ummie ok jerr"

hari2 lin kena siapkan kata2 pujukan utk memotivasikan dia utk pegi sekolah....

Mmmmmm ngade nyer...
iqi tk macam kakak nyer si Aimy yg excited setiap kali nk ke sekolah. cuma liat nk bangun pagi. ni lg sorang talkative person. pot pet pot pet.... mcm ummie dia jugak...

Wednesday, 14 January 2015

Zaman Master 2005-2007 UTHM

 
 
 
 
Zaman kegemilanganku dlm pelajaran. Masa awal2 sem jer masih dibelenggu dgn masalah zaman Degree lepas tu merdeka merdeka merdeka....hahahahahah. Cemerlang gemilang terbilang...terima kasih kawan2 (kakak2 & adik2) kerana menyokong dan menguatkan semangat lin. tq so much semoga Allah membalas jasa kalian dan mempermudahkan segala urusan kalian. Aamiin....
 
 
 




Ilmuan Seksyen 4 MBV 2005-2007 UTHM



Zaman PhD....tak tahu bila tahunnya itu..........doa2kanlah...

Zaman Degree 2003-2005 UiTM Shah Alam

Zaman2 serius

Tak berapa suka zaman Degree ni . kalau boleh tk nak ingat byk perkara. cuma zaman ni boleh dikatakan zaman gelap la...hahahahah sebab result pun so so...tekanan pun byk...n tk aktif mcm zaman diploma.

Lin byk bersendiri. konon nak jd muslimah sejati...tk join ape2 yg lagha dan sebagainya sebagainya sebagainya..... stop!!! tk mau ckap dah pasal zaman degree ni...ngeri nk kenangkan. tp Allah sentiasa ada...walaupun result down gila dari zaman diploma Allah masih bukakan pintu rezeki utk sambung master.

Zaman Diploma yg meriah (UiTM Shah Alam 2000-2003)

Zaman diploma dulu memang kebabom la.. dpt kawan2 yg gila2 dan result exam selalu power. zaman tu lin memang aktif di university. join Kesatria, so selalu la gi camping, hiking dan manage event2 besar untuk Company D.

syok la...ramai kawan dri fakulti lain. tp tk nk cabar diri jadi MPP (Majlis Perwakilan Pelajar). hihihihi belum ada keberanian dan suara pun takde la selantang mana. takut tk terbawa dgn study.

namun se aktif mana pun lin pada zaman tu lin susah nk bergaul dgn kawan2 yg social. lin lebih suka bergaul dgn group yg buat kerja berfaedah. biarla org kata lin kolot atau anti social, takpela. janji tatasusila terjaga.

zaman ni happy go lucky. tk de ape msalah yg nk difikir. cinta monyet tu normal. tp just kenal2 biasa n tk de komitmen pun. budak2 biasa la......

hihihihi...k bye.


CLASSMATE DIPLOMA ..kami semua gegirls jerrrrrrrrrr. boys not allowed

ceria sepanjang zaman

Tahun baru 2015

Agak lewat nk post pasal tahun baru ni..
hari ni dah 14 jan...hehehehe
ilham menulis baru sampai nk buat mcm mana

Azam dan cita2 paling utama tahun ni ialah nk beli rumah baru.
memangla mr.hubby dah sediakan rumah utk lin dan anak2 berteduh tp lin bercita2 punyai kediaman yg dibeli dgn duit titik peluh sendiri. walaupun rumah yg hubby beli tu atas nama lin tp hmmmmmmmmm tiada kepuasan disitu. heheheheh.

lin mahukan satu legend untuk pencapaian diri sendiri. Ia boleh menjadi motivasi untuk lebih kuat  bekerja dan menguatkan lagi inspirasi untuk sambung PhD.

target sekarang ialah di Saujana Utama. Sg.Buloh.  itupun setelah me "riki" byk tempat bersama consequences yg pelbagai. lin membuat kesimpulan kawasan komuniti tersebut amat sesuai.  berada di tengah2 antara Kuala Lumpur, Putrajaya, Selayang, Kuala Selangor, Shah Alam dan Damansara. hmmmmm menarik2... lin dah tak target nk kerja di Putrajaya pun. lepas dgr pengalaman kawan2 yg dh pernah berkhidmat di sana hmmmm lin jd berat hati nk mencuba nasib di sana.

so lepas ni mungkin lin akan mencuba nasib di Poli Metro KL atau KK Selayang.  kalau ter "kerja" di putrajaya pun tak de masalah tp lin n hubby kena cari maid yg betul2 boleh take care anak2 kami kalau lin kena byk keluar out station. Mr. Hubby pun kalau pindah akan still dlm line hospitality n carier hubby lin  ni kerja tk tentu masa. so kami perlu cari maid yg boleh dipercayai utk uruskan anak2.

hmmmm cabaran agak besar di situ. so sementara masih di kepulauan ni lin boleh la merancang mcm2 strategi kehidupan sebelum betul2 berpindah ke kawasan yg super duper bz dan tekanan tu. kami tak selamanya nk duduk sini..
permudahkanlah Ya Allah...aamiin...

Wednesday, 7 January 2015

zarif batuk..

baby kecik kalau batuk memang la comel jerr bunyi nyer
tp kalau dah kerap sgt batuk nk dengar pun dah tk sampai hati
bila bg ubat dia cirit pulak

ya Allah sembuhkanlah baby hambamu ini.....

Tuesday, 6 January 2015

assalammualaikum...i'm back...

setelah 3 bulan bercuti...
facebook tk layan blog pun tk layan
bz melayan si kecik siang dan malam
Alhamdulillah semakin besar family lin
apa2 pun azam lin utk tahun baru 2015 ni ada banyak sgt

salah satunya nk simpan duit byk2
dan mula berjimat sejimat yg boleh
bukan disebabkan si kecik perbelanjaan makin meningkat
tp lin ada matlamat utk tahun 2015 ni..
lin nk buat saving sebanyak mungkin

duit gaji yg diterima selama ini selalunya habis buat shopping
menyimpan pun kadang2
so tahun ni nk cuba menyimpan
buang tabiat suka berbelanja benda yg bukan2
dan disiplinkan diri utk simpan setiap bulan

hihihihi org lain dah lama mula menyimpan tp lin baru la kali ni nk sedar
hehehehehe
selalunya tabiat shopping till drop lin akan lebih menjadi2 bila cik husband bagi elaun lebih. tq abg..
so hmmmm as a big mummy lin lepas ni lin mesti kena lebih disiplin. kena capai target.

perkara pertama yg perlu diubah ialah kurangkan makan di luar
kena jadi good mummy utk masak setiap hari di rumah
sekarang pun lin ada simpan niat utk tak makan nasi bila waktu malam.
so masak utk anak2 n hubby je. lin nk jaga kesihatan baik2 supaya dpt jaga family sebaik mungkin. tu pun cik hubby dah remind yg dia pun nk kurangkan makan nasi sekrg ni. nk jaga kesihatan.

kedua, kena asingkan siap2 saving setiap kali dpt gaji

ketiga, rancang budget 2015 sebaik mungkin

ke empat simpan elaun yg hubby bagi. (mampu  ke lin menahan godaan ni...)

hahahahahaha Nampak agak kejam sikit tp kalau Berjaya capai target lin tahun ni and berterusan selama 2 ke 3 tahun hmmm lin akan mampu tersenyum bila melihat hasil simpanan yg terkumpul tu..

yg penting zakat jgn lupa bayar... in shaa Allah.

mungkin ada yg kata "ek elehhhhhhhh aku tiap2 bulan simpan."
tp kesedaran tu sampai pada lin bila dah tua ni nk buat mcm mana...
so kena disiplin n tahan godaan..hahahahahah