Thursday, 5 March 2015

harith...my boyfriend


alolo..boyfriend ummie ni kenapa la tiap hari buat concert kat sekolah nak..... jgnla nangis sayang...kesian kat ummie. sampai je kat traffic light sebelum sampai school dia pun start enjin tangisan syahdu di pagi hari tu.  mula mengarut kata hari2 dah pegi sekolah, kenapa hari2 kena pegi sekolah, semalam dah pegi sekolah, iki batuk tak boleh pegi sekolah, badan iki panas  ni tk boleh pegi sekolah. ada je alasan dia tk mau pegi sekolah...


ha tu dia si cengeng ummie...


hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm... kena byk bersabar dgn si angah  ni... manja sangat. Anak lelaki lin yg sgt2 cengeng....

berbeza dgn kakak yg super bz girl...pagi pegi sekolah petang ada kelas computer pas tu ada kelas iqra' sampai pukul 5.30 petang. balik rumah rehat sekejap dinner pas tu pukul 8.00 malam pegi kelas Fardhu Ain dan Qiraati pulak sampai 9.15 malam. haaa penuh schedule anak dara ni. dia minat betul belajar. Ummie doakan yg terbaik buat kakak and iqi..



Kawan baik , kawan gado
 

 

Si kecit baby "Samurai X" ummie lom pegi school lagi...perangai mana satula yg bakal jd ikutan si bongsu tu nanti... ummie tunggu dan lihat je laa..



Kawan2 gelarkan si kecit ni "Baby Sado" hahahahaha tgk gaya dia tido. mcm body builder hehehehehe

Tuesday, 24 February 2015

duty

hari ni jd ketua pengawas exam
rasa kekok pulak bila dh back to normal ni
every students smile at me
dorang teruja nampak lin
sebab dah lama tak jumpa katanyer
dalam hati lin berkata
"what a beautiful surprise...hmmmm bahagianya hati ni bila di treat mcm ni...hmmmm berbunga-bunga rasa hati ni"

buat tahun ni dan tahun2 akan dtg lin berniat utk jd seorang yg lebih lembut dgn pelajar2
lebih bersifat keibuan dgn mereka

kalau dulu lin tau nk menang jer
muka susah betul nk senyum
sampaikan pelajar jd stress
lin pun stress jugak
bila pelajar salah sikit lin membebel potpetpotpet hihihihih

tahun ni tk mau dah jd mcm tu
lately ni lin baru tersedar yg lin bukan nak latih askar tp nk latih hotelier
lin tak mau dah strict mcm askar
tak mau dah

lin berniat nk jd motherly 100%
treat org as a human
normal human
selalu memaafkan dan ramah dgn semua org
terima yg manusia ini bukan perfect dan ada kelemahan masing2
permudahkanlah ya Allah

in shaa Allah jika diizinkan lin mahu jd seorang yg lebih penyayang
murah dgn senyuman dan paling2 penting sekali bersangka baik dgn Allah dan manusia
lin mahukan ketenangan
tk mau stresskan diri pd benda2 yg tk patut
nk relaxkan minda n jd org yg tenang

resepi untuk hidup sihat tu.

semoga Allah mengizinkan niat lin yg baik itu utk termakbul
semoga Allah memudahkan semuanya.. Aamiin....

Thursday, 29 January 2015

Kursus Tatacara Penyediaan Bed Making dan Teknik Asas Pengemasan Bilik (Sekitar Langkawi)

Tawaran kepada pengusaha Homestay, Motel atau hotel berskala kecil (pengusaha kecil-kecilan) di sekitar Pulau langkawi Kedah.

Jika anda memerlukan khidmat latihan kepada pekerja atau diri sendiri berkenaan Tatacara Penyediaan Bed Making dan Teknik Asas Pengemasan Bilik anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. Saya juga menawarkan Kursus Asas Gubahan Bunga kepada yang berminat.

Sila emailkan sebarang pertanyaan ke dynnlynn.fynn@gmail.com





Katil yang bersih dan bilik yg selesa menjamin pulangan yang lumayan  - Photo dari Google.com







"Berilmu, Terlatih & Berdisiplin" 

Readers sudah boleh post comment (Ummie2 seluruh dunia, Hospitality Educator and hospitality owner, all of you are most welcome to visit my blog)

assalam. readers diluar sana sudah boleh post comment pada blog lin. don't worry tiada compromi. lin sudah mula menguatkan hati untuk membaca apa saja comment dr readers semua. sebelum ni lin belum berseedia lagi.

jika ada readers yg terlibat dalam bidang Hospitality Education atau Hospitality industry, anda amat dialu-alukan untuk berkongsi pendapat dan ilmu pengetahuan dlm bidang tersebut di dlam blog ini.

Jika ada yg nak jemput lin untuk bg talk tentang Hospitality Education pun lin akan pertimbangkan.

 lin major dlm topic Housekeeping,  Front Office and Food and Beverage. so jika ada student2 IPT yg nak bertanyakan sesuatu topic tentang bidang Hotel Management lin sedia membantu.

Alhamdulillah..setakat nk bantu anak bangsa sikit2 tu bolehla.. lin nk juga buat pahala.

 

Ummie

cabaran sebagai seorang ummie.... seorang yg bergelar ummie..seorang yg dipanggil ummie.

pada lin satu jerr cabaran yg paling besar untuk menjadi ummie yg terbaik....iaitu SABAR...

ya Allah..bila anak2 dah semakin membesar ni bermacam-macam kehendak mereka perlu kita penuhi...terutama sekali dlm soal pelajaran. kita sebagai ibu bapa sentiasa mendoakan kejayaan anak2 di dunia dan akhirat. cabaran mendidik anak pada masa sekarang bukanlah calang2 hebatnya. salah asuhan anak2 boleh hilang panduan.

semoga Allah sentiasa memberi lin ilham yg baik dalam mendidik anak2.


rotan bukanlah wajib utk menjamin anak2 itu jadi baik tp ianya satu cara untuk membentuk disiplin. this method is proven . tp kalau dah ibu bapa  rotan sampai anak2 luka parah atau sebagainya itu sudah masalh mental. itu sudah disekalikan dgn masalah2 lain yg tidak perlu pun dilepaskan kepada anak2. itu sudah totally wrong.

sebagai manusia yg waras pandai2la kita menyesuaikan keadaan dlm mendidik anak2. ia perlu disekalikan dgn doa usaha dan tawakal kepada Allah swt.

Wednesday, 28 January 2015

selesa

aku selesa begini..biarla apa saje org nk kata tp aku selesa berada di ruang lingkup ku sendiri. aku selesa berada di ruang privasi ku sendiri. tidak mengganggu sesiapa dan tidak diganggu sesiapa. Alhamdulillah....

semoga cara aku tidak mendatangkan kesusahan pada org lain. membuatkan hati suami ku aman kerana isterinya suka duduk dirumah, suka uruskan rumah  dan suka berbuat apa saja untuk mengamankan rumah. hehehehehehehe

setiap pagi jumaat aku akan ke pasar. sudah menjadi rutin ku... pukul 11.30 baru aku pulang dgn bermacam2 benda yg aku beli. aku selesa pergi sendiri sebab senang nk bergerak. suami biar dirumah tgkkan anak2 dan baby. balik dari pasar aku sibuk bersihkan bahan2 makanan utk kegunaan seminggu pas tu masak secepat mungkin supaya mr.hubby sempat makan sebelum pergi kerja selepas solat jumaat.  pas tu aku  uruskan hal2 rumah sampai ke malam.

aku tk pernah duduk di luar rumah berborak2 kosong.sebab aku selalu tk cukup masa. dgn jiran bertegur sapa sebelum pegi tempat kerja tu adalah. tp kalau nk melepak berborak sakan...hmmmm tk pernah buat lg.

sabtu hari laundry sedunia...aku selesa iron baju seluruh ahli keluargaku sendiri. tk payah hantar dobi.dpt bersenam bakar lemak. hahahahaha sekali iron 25 pasang baju...hihihihi so aku jadi iron lady di hari sabtu...

weekdays..rutin biasa di tempat kerja. selesa bersarapan bersama hubby sebelum masuk kerja. makan tgh hari pun sama. mungkin org kata aku manja. biarlaaaaaaa.......hihihihi

hmmmm pendek kata aku suka hidup di dlm ruang family ku sendiri...... Alhamdulillah. I love my family especially my hubby. hehehehe