Wednesday, 11 March 2020

Happy Anniversary Darling............. LoVe AnD ReSpEcT





12 years and still counting...
Doakan yang baik2 untuk kami sekeluarga. 
Semoga kami berbahagia hingga ke Jannah.
Memperolehi keberkatan, rahmat dan kebaikan dari Allah swt di dunia dan akhirat..
Aamiin.





Sunday, 16 February 2020

Alhamdulillah Ya Allah

Alhamdulillah aatas kurniaan rezekimu YA Allah..




Semoga menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang dan berkhidmat dengan lebih berdedikasi. 

Lepas ni dah boleh fokus untuk proposal PhD pulak. 
Semoga Allah permudahkan segala urusan. Aamiin

Monday, 20 January 2020

Bahaya Fitnah

Fitnah..bahayanya sama dgn membunuh.

Hentikan fitnah..jaga diri kita sebaiknya.
Kita sudah semakin tua untuk perkara yang Lagha
Anak2 kita semakin membesar dan tanggungjawab kita pada keluarga serta karier juga bertambah berat
jangan beratkan perasaan dgn rasa ketakutan yg bukan2
jaga saja sebaiknya apa yg sudah ada dlm tangan dan menjadi pinjaman dari Allah swt itu.

Bukan mudah yer utk membina satu keluarga yang baru dgn menyakiti keluarga yg sedia ada
menjadi pengkhianat bukan semudah sebut ABC
Jgn hantui diri dgn cemburu buta yg membutakan hati
Tiada siapa yg ingin merampas kebahagiaan mu
Jika berbicara sebagai seorang wanita, kesetiaan pada suami itu yg utama
tk kiralah siapapun dia, apa pekerjaannya..selagi bergelar isteri wajib utk setia

kalau nk buat bukan2 fikirkan perasaan anak2
dan tak akan tergamak ibu dan bapa yg waras akalnya utk melukakan hati anaknya sendiri.
anak2 dan suami adalah yg utama
fokus utk besarkan anak2 fokus untuk jadikan anak2 org2 yg berjaya dunia akhirat

penuhkan hari mu dan hatimu dgn kasih sayang Allah serta kasih sayang untuk keluarga
Insya Allah hari mu akan penuh dgn fikiran terhadap keseronokan beraktiviti bersama mereka sahaja

tidak mungkin org lain akan faham anak2 kita melainkan ibu atau bapanya sendiri. no  TIRI2 k...Mungkin ada yg selesa berada dlm keluarga yg berpoligami..but its totally NOT ME.
jangan perjudikan nasib dan masa depan anak2 dgn menurut hawa nafsu yg tak akan pernah padam.

no scandal2 no teringat siapa2 yg durjana lakhnat yg pernah wujud pada masa lepas and no new stupid neraka relationship. u understand me???

ok..perut pun dah start keriuk keriak...siapa yg dok gigih update kunjungan hampa ke langkawi ni sila cari nasi kukus temoyong pulak lepas ni. try k...sedap baq hang. syukur alhamdulillah tk pernah terserempak lagi dgn org2 yg berstatus "tk perlu utk dijumpai sampai mati"  di bumi langkawi ni. tp kalau terjumpa pun peduli apa aku...hihihihi

#BERSIHKANNAMAAKU. hutang yg belum langsai hingga kini........ jika tk settle di dunia tetap ku tuntut di akhirat. tulisan2 yg pernah ada di socmed kamu dgn kecaman pengikut2 kamu..hingga hari ni  aku masih menunggu  penjelasan dan masih menunggu pencerahan dari kau suami isteri. tidak cukup sekadar memohon maaf berbunga. aku mahukan bukti namaku telah kau berdua  bersihkan. #BERSIHKANNAMAAKU #KEMBALIKANMARUAHAKU. aku tunggu dan aku tau kau baca tulisan ni. terlalu berat tuduhan kau pada aku. #BERSIHKANNAMAAKU. 6 tahun dah aku tunggu penjelasan itu. kita jumpa di mahkamah Allah nanti. biar Allah saja yg menetapkan siapa yg bersalah.  aku tidak pernah redha dgn setiap panggilan2 jijik yg kau tujukan padaku ibarat maruah aku senipis kulit bawang. aku berhak menuntut penjelasan. #BERSIHKANNAMAAKU.

Bye............


Monday, 25 November 2019

Artificial Flower Arrangement..hobi baru yg menenangkan hati..

Bila tgk bunga hati lin pun berbunga-bunga... syok buat flower arrangement ni.  hati rasa tenang jerr..bunga ni beli kat Sg Buloh Selangor. Amboiiiiiiiiiii murah2 n byk pilihan. balik sekali lagi masa wedding adik nanti lin nk borong lagi banyak2 bior jd kebun orked rumah ni. Gicciewwwwwwww





Arrangement yang seterusnya... bunga ni beli di pekan air hitam Johor.. masa on the way balik  dari Legoland. klu tk difikirkan kereta tu dah penuh memang lin borong byk2. kerepek je dah penuh bonet..hehehe sempat tangkap ni jer dulu. tu pun mr hubby dah pot pet pot pet keta penuh.. hihihihih 






ta daaaaaaaaaaa...siap dah. 


Ummie letak sini dulu ya anak2..klu korang bergaduh time makan ummie suap bunga ni kat mulut masing2...makan nasik lauk bunga nama dia... abah kata ni laaa bunga yg ummie kamu dok beria2 nk beli harga beratus2 tu. buat sendiri pun boleh..amboi tu compliment ke perli yerrr en hubby...??? bie tetap tuntut gubahan bunga orked yg kita tgk kat HiG hari tu yerrrr...... nak nak nakkkkkkkkkkk jugak. hihihhi mana nk larik..






Rasa tenang bila balik dari office disambut dgn cantiknya rupa parasmu.... hati tenang minda damai

Ya Rabbana' Tarafna Bi Anna-Na aqtarafna

Monday, 11 November 2019

Doakan kami..



             Keluarga kecilku.......mohon Allah hindarkan dari dugaan dan musibah. Semoga Allah kuatkan hati ku dan suami untuk membesarkan anak2 ini. Kami ada ramai kumbang... semua tgh lasak dan keletah..bunganya ada sekuntum.  

              Semoga Allah merahmati keluarga kecil ini..dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Dipanggil pulang dalam Husnul Khotimah..dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, akal yang cergas dan cerdas serta sentiasa berada di jalan menuju keredhaan Allah..aamiin.


              Pandanglah wajah kami dengan perasaan sayang, kasih  dan ikhlas... kami hanya sekumpulan kecil manusia yang menumpang dibumi  Allah swt sebelum dipanggil pulang. Ampunkan dosa2 kami dan halalkan makan minum kami..

Sunday, 3 November 2019

Perginya Insan Kesayanganku..

Al-Fatihah buat abah kesayanganku  
Allahyarham Ariffin Bin Seman yang telah pergi mengadap Illahi pada tanggal 16 September 2019.
Mohon halalkan makan minum abah, ampunkan dosa dan khilafnya, doakan kesejahteraannya di alam sana.

Aidilfitri terakhir bersama Abah.........

February 2019

Tak akan ada lagi peluang ini,,,

Kenangan abadi

Sangat penyayang dengan kanak2

......................

kita berjumpa di syurga nanti ya abah...akak sayang abah


gambar yang husband tk boleh tgk sejak abah pergi..kasih sayang abah sama rata utk semua anak2 dan menantu..terima kasih abah

seronok dapat berkumpul anak beranak...tiada lagi peluang tu sampai bila2 abah...........akak rindu abah,,,,,