Wednesday, 30 April 2014

Prof. Madya Dr. Asri bin Selamat

minggu cuti semester datang lagi... tp kami lecturer semua tidak dibenarkan bercuti sebab kena attend Bengkel Pembinaan Item Soalan. Sampai ke hari pertama kursus lin tk tahu siapa yg bakal memberi bimbingan untuk kursus tersebut.

hati rasa malas nk masuk sebab time student cuti nila kami para lecturer nk completekan note n prepare soalan2 midterm. punyerla malas lin ngan kawan2 nkmasuk dewan, kami leh still makan2 lg dlm office sementara nk tunggu pukul 9 pagi. tetiba Mr. Daeng masuk opis kami bg tau sistem down..."tunggu dulu yong lom start lagi bengkel tu" ..hmmm si daeng ni dari dulu panggil lin yong..dari anak first ni nak masuk yg ke tiga dia tetap dgn singkatan nickname BUYONG tu..stress mak.

tetiba si daeng gi tau yg speaker hari ni prof lin dari UTHM...hmmmm prof yg mana satu. hati mula dah berbunga2 nk gi masuk dewan....

masuk2 dewan bengkel dah start..owhhh...prof ni... tp tk ingat nama but still ingat rupa. cuma prof tk ngajar lin masa master dulu.... hmmmm nostalgia sgt bila berada dlm dewan bersama ilmuan ini. lin dan kawan2 yg sama grad dr UTHM masa master dulu dok tersenyum2 mengingat kenangan kami semasa berada di dalam dewan kuliah di UTHM... feeling2 jd student balik. grad tahun 2007 dan sekrg ni almost 8 years time ago.. hmmm tua dah mak.

genap 3 hari hati dah rasa syahdu... Prof dah nak balik. Bengkel Prof memang kebabom...bangga menjadi anak didik UTHM dan bila kawan2 puji Prof lin rasa terharu. kami di didik oleh pakar dalam bidang education...

Semoga panjang umur dan murah rezeki Prof.Madya Dr. Asri Bin Selamat, begitu juga barisan pendidik berkaliber dari UTHM yg sgt2 lin hormati, Dr.Noraini Kaprawi, Dr.Wahid, Dr.Maizam, Tuan Hj. Sapon, Tuan Hj Ali, Dr. Jailani, Mr. Tan King Hiyang (my dearest lecturer ni), dan ramai lagi cerdik pandai ilmuan yang dihormati...

Prof.Madya Dr. Asri Bin Selamat yang pakai neck tie warna merah di barisan hadapan...ni gambar kami lepas habis kursus....lecturer academy ni memang pantang tgk kamera....mcm2aksi...may Allah bless all of us as an educated academician. Aamiin...
 

Monday, 21 April 2014

World Time Zone vs GMT

hahahah skrg umur dh 32 tahun...belajar pasal GMT dan world time zon ni masa geografi tingkatan 2 kot. la ni nak ajar balik student cara pengiraan time zone berdasarkan GMT...uiii jenuh nk cari note2 kat internet. selamat la ni zaman teknologi..tk payah gi kedai buku mcm zaman2 sekolah dulu..maklumat dihujung jari...

naik sheikh gak ngajar ngira2. sampai 2 minggu tk tukar topik lagi..syok pulak MATH. nape dulu tk jd lecturer MATH..hahahah (sedor diri sikit yerrr u tu tk minat math). bila sama2 buat dgn student kami jd excited bila dpt jawapan.. hmmmm selamat masa PMR geografi ngan math dpt A.... masa SPM Math pun dpt A tp dah tk de geo sebab amik sains gunaan.... Iols budak civil engineering dulu masa kt Sekolah Teknik Port Dickson...

amik subjek lukisan kejuruteraan, subjek kejuruteraan awam, fizik kimia n bla bla bla....nk tersenget rasanye amik 10 subjek tough2 sumernya. alhamdullilla cemerlang masa SPM. Masuk University tukar course.. pasal apa? haaaaa gi baca kat label Alam Universiti...hehehehehehe. syukur juga mampu jd "manusia" pd hari ini.

apa2 pun i suka jd pendidik. hari tu masa check up kat klinik nurse tanya.. " puan ni cikgu yer" ekkk cikgu....
aku pun jawab " ha ah...." terus nurse tu excited "tula saya dah tau dah puan ni mesti cikgu sebab aura cikgu nampak sgt...mak saya pun cikgu jugak" hihihihih aura? boleh la dik. cikgu dgn lecturer tk byk beza pun..  tp i cikgu yg garang tau...

hmmmmmmmm wonderful education world.....

 

Thursday, 17 April 2014

LIEC 2014

buat readers yg mencari maklumat berkenaan LIEC 2014 di sini ada sedikit info berkenaan acara tahunan sukan lasak ini

Tarikh     : 26-29 Oktober 2014
Kategori  :  Kategori 1 (Institusi) & Kategori 2 (Open & International)


Acara akan dilakukan selama 3 hari dimana peserta akan diuji ketahanan mental dan fizikal sehingga keperingkat yg paling extreme dan lokasi cabaran adalah di sekitar Langkawi dan Pulau Tuba.
acara pada hari pertama : Trailblazer Challenge
                                         - River Crossing
                                         - Cabaran mendaki Gunung Mat Chincang
                                         - Cabaran laluan paya bakau
                                         - Renang
                                         - Kayak (dari Pantai Kok ke Pantai Bontton)

acara pada hari kedua    :  Kayak dari Pantai Kuala Muda ke Pantai Taman Lagenda
acara pada hari ketiga    :  Cross country Orientering ( Pulau Tuba)- menggunakan Sistem Dibber

surat jemputan Kedua akan di edarkan secepatkan mungkin kepada institusi yg telah menghantar pengesahan penyertaan sebelum ini.

sekian untuk makluman.

bicara soal hati: hadirnya ...

pengikat kasih sayang suami isteri bila dikelilingi cahaya mata yg bijak dan cerdas.. keletah anak2 yg kuat berceloteh dan suka bertanya mcm2. si kakak bila pulang dari sekolah akan terus cerita apa yg dipelajari hari ini, apa yg berlaku di sekolah, siapa kawan2 yg rapat dgn dia dan apa yg teacher lakukan hari ini. setiap hari minta ummie semak bacaan iqra' nya... yg geli hati si anak pulak yg pegang rotan bukan si ummie....

keletah mu wahai sang puteri buat mabuk alahan ummie ni berkurang sikit....

si adik sementelah pulak anak lelaki sgt meminati superhero nya "spiderman". si adik selalu bertanya "bila tangan iqi nk keluar tali mcm spiderman kat TV tu mie...bila dah keluar tali iqi nk loncat2 mcm dia". prevention strategy yg boleh lin lakukan daripada dia melompat-lompat dari meja ke sofa dari tangga ke lantai ialah bg tau bila tgn dia dah ada tali baru boleh lompat2....hehehehehehe alhamdulillah si kecik ni mendengar kata. tp tk larat nk jawab bila dia tanya "bila tali ni nk ada mie" . si ummie ini pun menjawab "sabarla sayang...tunggu ek..."

keletahmu wahai sang putera buat ummie yg mabuk alahan ni makin mabuk..............hehehehehe

dua beradik ni asal nampak bukit jer mereka akan panggil Cameron Highland. suruh abah drive nk pegi Cameron Highland.. kalau mereka pergi Genting Highland lagi gembirala dua beradik ni...kami suka pegi bercuti tempat yg sejuk2 sebab dah duduk kat area panas berdenting ni kenala cari suasana yg nyaman utk bercuti. tahun ni belom ada kesempatan utk kemana2 lagi. masing2 bz...dan lin sendiri pun dlm condition yg agak tk larat sekrg ni..tunggula bila semuanya selesai in syaa Allah pegi bercuti dgn ahli keluarga baru pula lepas ni....

k readers...bye bye


 

Sunday, 13 April 2014

bicara soal hati: Putus Cinta?

putus cinta????

ramai pelajar baik di IPT dan peringkat sekolah mengalami masalah ini. ramai yg kecundang melayan perasaan kecewa sehingga melibatkan diri dengan perkara2 yg tidak bermoral serta membahayakan diri sendiri. bagi lin yg bertugas sebagai pendidik ada juga terpaksa handle kes student yg nak berhenti belajar  sebab putus kasih, nk tukar course sebab nk ikut pasangan dan macam2 lagi.

nasihat lin yg paling utama....pelajaran NOMBOR SATU.

perasaan yg terbuai dgn janji2 manis dan impian yg direka di alam halusinasi semasa perasaan kasih sayang itu berada dipuncak amatlah berbahaya kepada insan yg bergelar pelajar. ada yg mampu handle perasaan sehingga menggenggam kejayaan (alhamdulillah) dan ada juga yg menjadi mangsa keadaan dan merosakkan segala impian yg di hajatkan semasa mula2 memijakkan kaki ke institusi pendidikan.

kepada yg berasa hayut dgn perasaan sedih, dendam dan amarah akibat di tinggalkan, rasanya adlah lebih afdal untuk menghentikan tindakan itu. tiada faedahnya. cuba kawal emosi, cari semula tujuan utama hidup ini dan yakinlah bahawa pertemuan dengan insan yg salah tidak bermakna kita adalah seorang insan yg useless, tak pandai menjaga hubungan atau tidak sesuai sebagai seorang kekasih.

semalam lin ada terbaca satu coretan di FB berkenaan seorang ibu yg dalam dilema untuk memberikan anaknya bermain pisau atau tidak. dia sgt mengasihi anaknya dan anak itu pula sgt gemar dgn pisau tersebut. meraung-raung si anak  sambil berguling-guling kerana hajtnya tidak dipenuhi. akhirnya si ibu membuat keputusan utk tidak memberikan pisau itu kerana dia nampak bahaya yg mendatang.

samalah juga dgn Doa yg kita panjatkan kepada Allah swt berkenaan Jodoh. kita memohon beria-ia sambil menangis supaya diperkenankan hidup bersama org yg dihajati tetapi kita tidak berjaya dlm usaha tersebut. KENAPA? MENGAPA? yesssssss!!! kerana Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk setiap hambanya. Yakini fakta itu. insya Allah hati akan tenang dan aman. cuba menjadi org yg redha.

untuk yg menghadapi depressi akibat putus cinta, jgn terlalu ikutkan perasaan. fikir secara rasional dan kembali semula kepada pencinta yg lebih mencintai kita setiap saat dan detik. Siapa? yessss!! Allah swt.


kasih Allah adalah abadi.

Tips hadapi depressi:
  1. stop dgr lagu2 cengeng putus kasih
  2. jgn menyendiri , buat aktiviti yg digemari bersama kawan2
  3. buka minda untuk menerima nasihat
  4. buka hati untuk menerima hubungan yg baru
  5. perbanyakkan solat sunat di sepertiga malam, paling  penting ialah solat taubat
  6. jgn simpan  brg2 yg boleh mengingati kenangan2 lama
  7. jgn pergi ke tempat2 yg boleh mengimbau kenangan
  8. belajar bertenang


diharapkan tips ini dpt membantu insan2 yg memerlukan.

percayalah dlm 10 tahun selepas peristiwa itu atau dgn izin Allah mungkin lebih cepat lagi anda akan mengetahui dan memahami percaturan yg telah Allah tentukan buat anda. yg penting sabar, redha dan tawakal. Perbanyakkan berdoa dan meminta dari Allah. Insya Allah jodoh anda akan sampai jua dan kemanisan disebalik kepahitan itu akan ketara apabila jodoh ketentuan Allah itula sebaik-baik pemberian buat diri anda.........alhamdulillah.

Thursday, 6 March 2014

dinner with family

thank you my darling....mr Hubby kerana memenuhi selera isterimu dan anak2...

Khabsa Chicken
Mandy Lamb
Hummus with Lamb

mmmmm yummy yummy

so delicious...terbaik dari Arabica Restaurant

masa mula2 perkahwinan kami lin tak berapa suka makanan arab ni. first time makan pun masa berbuka puasa dgn mr.hubby (masa tu tunang lagi) di KLCC. nama restaurant tu tk ingatla... hubby begitu selera sekali..tp bg beginner mcm lin ni slow sikitla sebab baru nk mencuba-cuba menu apa yg menarik selera dan tk berapa pandai nk matchkan makanan ni dgn tekak hehehehe. pas dah bertahun hidup bersama dan menjadi menu wajib setiap bulan...lin pulak yg asyik teringat-ingat nak makan Arabian delicacies ni....sodap wehhhh.....cuba try test.....

favourite kami suami isteri sudah tentunya Lamb....tp kalau kari lamb lin tk boleh....tk tau kenapa.. tp cubalah bagi lamb chop, lamb rack, lamb grill, khabsa lamb or mandy lamb....dgn sukarelanya lin makan sampai habis...hihihihihi...sodap wehhh...ehhh apasal citer pasal makan jer ni.......

anak2 pun suka... kata org lamb lg elok dari beef. alhamdulillah tk rasa pening pun lepas makan lamb.

ada satu restaurant makanan Arab yg best di area Mergong, Alor Star. Restaurant Makah.... ni lokasi wajib keluarga lin bila bertandang ke rumah in laws.. my sister in law la dok promote...hmmmm not bad...not bad at all.. memenuhi citarasa keluarga betul...cumanya kat restaurant ni dia fokus pada menu Mandy jerr tp side dish yg lain pun best gak.. cubala minced meat yg dimakan dgn roti arab sebagai appetizer dan air Barbican sebagai pembasah tekak. lin suka Barbican Strawberry....

hihihih..mesti readers pun dah terliur... cer try...best wooo...

bye bye 

Bersangka baik..."Keep Moving Forward"

sukar mendidik hati agar sentiasa positif
adakalanya berjaya dan adakalanya sentiasa ada cabaran

kehidupan sebagai seorang ibu dan isteri
mempunyai pelbagai rasa
namun jika hati itu cekal dan tabah
in shaa Allah
kejayaan dalam tangan

bila hidup telah terurus dan tenang adakalanya cerita lama diungkit semula
dengan tulisan yg amat dangkal pemikirannya
si penulis mengungkit semula kisah2 dulu dgn lagak yg agak sinikal
seperti dendam yg tiada berkesudahan

lin cuma memandang enteng provokasi yg cuba dibawakan
dan mengambil pendekatan bahawa usaha penulis itu adalah kebudak budakkan
yg penting pada lin sekrg ialah apa yg ada di depan mata

sementelah lin amat meminati cerita kartun
baru2 ni lin telah menyaksikan cerita "Meet the Robinson" bersama anak2 tersayang
ada ayat power yg membuatkan lin terus menerus membuka mata.

ayatnya "KEEP MOVING FORWARD"
"Person who has  bad moments in past and keep thinking about the sadness will be nothing,
but the person who r facing with the sadness and keep moving forward to achieve something special in their life will be succeed..."

hmmm walaupun hanya sebuah cerita kartun namun messagenya amat baik sekali...

so the readers yg pernah mengalami cerita2 sedih sebelum ini cubalah bangun dr kesedihan itu.... tinggalkan dan lupakan nama2 yg pernah menyakiti anda. Allah lebih tahu apa yg terbaik dan serasi buatmu kerana perancangan Allah itu lebih baik.Yakinlah.... segalanya telah diaturkan dgn amat cantik oleh Allah swt...

jika ada provokasi yg mahu menjatuhkan maruah anda atau menceritakan perkara yg bukan2 berkenaan anda usah dilayan. memang hati tu akan geram dan rasa nak buat bukan2 pada yg menulis...cuma ingat satu perkara.. kita  ada anak perempuan, ada saudara perempuan dan ibu kita juga perempuan. takut apa yg kita ungkit tentang buruk org lain akan terjadi pula pada waris2 kita. yg buruk jdkan sempadan yg baik jdkan tauladan.

cubala menjadi seorang yg pemaaf dan hanya fokus pada apa yg ada di dalam tangan sekarang. jaga penampilan diri sebaik mungkin, jaga tutur kata, jaga penulisan, jaga pasangan, jaga karier, jaga anak2, jaga ibu bapa, jaga siblings, jaga in laws dan  jaga sahabat2 sebaik mungkin.

jangan juruskan insan2 yg kita sayang ini untuk membaca dan mengomen tulisan kita yg memberi dosa kepada mereka. ingat! yang betul itu mengumpat dan yang tidak betul itu fitnah. kedua-duanya ada balasan dari Allah swt. perbuatan mengadu domba tak sesuai untuk yg bergelar manusia. buruk padahnya. lebih baik penulisan yg mempunyai pengikut yg ramai di urus sebaiknya ke arah kebaikan. ia akan mendatangkan pahala untuk semua.

hmm panjang pulak tulisan ni.... diharap kita akan mendapat sedikit manfaat daripada coretan ini....

coretan dari insan yang masih perlu belajar erti hidup dan masih memerlukan kasih sayang Allah swt sebanyak-banyaknya....

bye bye...