Sunday, 13 September 2015

cabaran mendidik anak

ya Allah kurniakanlah kepada hambamu ini ketabahan dan kesabaran dalam mendidik anak2 kecilku. kadangkala hambamu ini kalah dan tangisan berjujuran kerana begitu sedih bila anak2 tidak mahu ikut acuan kehidupan yg cuba ku terapkan pada jatidiri dan sahsiah mereka.  hambamu ini sedar ya Allah bahawa mereka masih terlalu mentah. doa hamba ini tidak putus2 ya Allah. berikan hambamu ini seribu kekuatan untuk menghadapi kerenah anak2 kecil ini.  

Tuesday, 8 September 2015

Motor..

Hati ni tersentuh setiap kali tgk ibu atau bapa bawa anak2 kecil naik motor. Teringat zaman2 kecil dulu. motorla pengangkutan utama kami sekeluarga dari pada start bernyawa hinggala lin dah masuk kerja mengajar di Politeknik Merlimau barula abah dpt bernafas lega memandu kereta sendiri. begitu lama sekali motor itu setia dgn keluarga kami.

ingat lagi motor pertama abah. SUZUKI warna biru. masa kecik2 dulu abah selalu bawa pegi taman permainan di Seremban. seronoknyerr naik motor. pegi pasar malam naik motor. dulu lin suka tgk bulan. duduk dlm raga motor sambil tgk bulan dan akan selalu Tanya kat abah kenapa bulan tu ikut kita? . lin belajar menunggang motor buat kali pertama pun dgn motor legend ni la. ada lagi dikampung abah simpan bawah rumah nenek...

motor abah yg kedua YAMAHA warna merah. byk jasa motor ni...selepas abah pencen abah tukar motor KERIS lepas tu yg latest YAMAHA 125.. hehehehe

lin dgn adik yg nombor dua masing2 ada kisah sedih bila kami bercerita tentang motor abah. kenangan pulang ke asrama naik motor dari Kuala Pilah ke Port Dickson. penuh dgn tangisan. org lain balik asrama naik kereta sekali dgn ibu dan adik2. tp kami naik motor dgn muatan beg yg penuh depan belakang. kami redha dgn kesusahan itu dan kami tetap sayangkan abah kami sepenuh hati.

kenangan balik asrama masa hujan lebat dekat highway paling buat kami nak berusaha jadi budak pandai dan dpt keputusan yg baik masa SPM. bila hujan lebat abah tak akan berhenti sebab nanti lewat pulak sampai ke asrama. perjalanan tetap diteruskan walaupun kadangkala kami bermandi air jirusan lopak air yg dilanggar kereta lain. ya Allah. aku redha ya Allah............ walaupun airmata mengalir deras.

hasil dari didikan abah dan mak. semangat yg mereka beri pada lin Alhamdulillah tahun 1999 lin adalah antara pelajar terbaik SPM Sekolah Menengah Teknik Port Dickson bg jurusan Pengajian Kejuruteraan Awam. Masa hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah ini pun lin dah berniat supaya menjadi antara pelajar terbaik SPM dan masa hari anugerah lin nak mak abah yg ambik hadiah sebab time tu lin dah sambung study kat university. Alhamdulillah jd kenyataan. terima kasih ya Allah.

Masa masuk UiTM Shah Alam pun lin masih kehulu kehilir naik motor dgn abah tersayang. kebetulan lin masuk diploma abah pun dpt keje kat UiTM Shah Alam . setiap hujung minggu abah jemput lin balik naik motor jugak. tp adik yg nombor dua abah tk jemput dia balik naik motor la sebab dia masuk UiTM Machang. jauh betul kalau naik motor tu....

Cuma tragedi masa tahun pertama Degree tk dpt lin lupakan. mcm biasa abah jemput lin petang tu. malang tk berbau kami mengalami kemalangan. ya Allah inikah kemalangan ya Allah sakitnya Ya Allah kakiku berdarah ya Allah mcm mana dgn abah. ya Allah siapa yg hantar aku ke hospital ni. ya Allah nanti sampai kat hospital dorang buat apa kat aku.......hmmmmmmmmmmm Allah memberi dugaan itu. Alhamdulillah lin dn abah masih lagi bernafas hari ini walaupun masa jatuh di atas highway kebetulan trailer lalu betul2 disebelahku. Kami masih dipanjangkan umur...Alhamdulillah

kini Alhamdulillah kenderaan utama keluarga kami adalah kereta. start dari adik nombor 3 & 4 mereka dihantar pulang ke asrama dgn kereta. tak pernah berhujan berpanas mcm kami. Alhamdulillah yg Allah. kepayahan itu membuatkan  kami tidak leka dan patah semangat. Sesungguhnya kami telah dikurniakan emak dan abah yg terbaik di dunia. Semoga Allah memberi setinggi tinggi penghormatan buat kedua ibu bapa kami. aaminn............

 

Sunday, 6 September 2015

bz....

hai readers...

lama lin tk menulis . bz sikit lately. Academy ada 3 event besar, satu baru habis Jumaat lepas. Lawatan rasmi Dato' Seri Idris Jusoh. pasni Konvokesyen LTA 2015. Julung kali diadakan dan kami buat asing dari kolej lain. 10 hari lepas tu LEC pulak. tahun ni org lain pulak jadi Pengarah Program. hmmmmmmmmmmm help help help...hahahah bz but happy.

Syukur ya Allah kerana bagi peluang untuk cari rezeki.  k bye..nk siapkan FRP (fail Rekod Pensyarah). tk siap2 lagi..baru buat sikit dh nak kena meeting la lari sana lari sini. so hari ni concentrate 100%... hahaha boleh ker...? takpe lin cuba juga nk bagi settle. kalau tk siap takut kena cerca pulak..hahahaha. takutttttttt mek.

bye..nanti bila ada story lin share lagi ngan readers k. Alhamdulillah dpt feedback yg positif dr readers. tq sudi baca blog lin. pas ni lin nak buat pengisiannya lebih ilmiah dan bermanfaat untuk kita semua. tips2 penjagaan rumah, linen, pengunaan chemical untuk buat housekeeping pun akan lin share dgn semua. ilmu dlm bidang housekeeping selama 15 tahun ini akan bermanfaat buat semua.. tunggguuuuuuu....... hehehe bye..(ntah berapa kali bye lerrr...lin ni kalau dh start menaip tk boleh nk berenti la pulak). bye bye readers..........

Thursday, 20 August 2015

Pindah

hmmmmmmmmmmm dua tiga hari ni rasa nk pindah tu membuak buak pulak. terkesan dgn tangisan mak masa nk balik ke langkawi hari tu kot. lepas salam2 dgn mak n cium2 mak pas tu mak peluk lin lagi sekali sambil cakap "ntah bila la lagi dpt jumpa" sambil mak menangis. mmmmmmm keadaan waktu tu buat lin terpempan.. ya Allah sarat sebenarnya rindu mak padaku. Ya Allah...sakit betul bila lin tgk mak menangis..

kawan2 juga turut adukan benda yg sama. masa reunion bersama alumni komander hari tu dorang kata lin terlalu lama sangat BAWAK DIRI... ayat tk boleh tahan dari sorang BFF.. "lama betul tk jumpa ko lin..sejak2 ko bawak diri gi dok pulau tu."  ayat bawak diri tu memang tak menahan...

betul ke aku merajuk dan bawak diri sampai sanggup duduk di pulau ni.....hahahahahahahaha...

tak la..ini semua soal tanggungjawab pada suami. kerjaya nya lebih cemerlang di sini di pulau ini. memang la kalau org yg biasa hidup dibandar akan rasa tak tahan duduk di sini. almaklumla kawasan pulau.mula2 lin duduk sini dulu pun rasa pening juga. tp dah lama2 tu ok jer..


Alhamdulillah jadual seharian tu padat. tk sempat nak mengelamun pun. time cuti sibuk hal2 rumah pulak. time kerja sibuk dgn student dan hal2 pengurusan. tido paling awal pukul 12.30 malam. lepas dah siap2 barang anak2 nk pegi sekolah esoknya dan masakkan porridge baby. lin masak porridge baby setiap hari supaya sentiasa fresh utk si manja montok2 tu. kalau nk berangan pun time drive jela.. tetiba keluar pulak lagu yg menggamit memori tu. at least sempat gak nk berangan.. hahahaha


pindah tu tetap pindah la...tp tk tahu bila..biarla Allah saja yg tentukan. tk nak merancang. bila masanya sudah tiba in shaa Allah pindah la lin sekeluarga. lin dan hubby berangan nk duduk kat tanah lot. buat rumah ikut idea kami sendiri ada laman dan ada kawasan kebun buah kat belakang rumah. mcm rumah kat kampung2 tu.  bila ada laman yg besar boleh ajak keluarga dtg rumah selalu makan2 n BBQ. bila ada kebun buah nanti cucu senang nk makan. chewahhhhh cucu pulak..anak darjah satu pun belom..hehehehe tk salah kita berangan satu doa yg baikkan tu.


sekarang lin nk hidup dgn aman dan damai. hanya memandang ke depan. semua yg jadi semalam kemarin setahun lepas dan bertahun2 lepas lin tak mau tengok dah. yg penting pd org2 yg menyenangkan hati, akan sentiasa terjaga dgn kemas dlm hati lin. bersama doa2 yg baik buat mereka.

 Buat org2 yg menyakitkan hati lin tk nak jumpa sampai bila2. selisih bayang pun lin tak nak. lin selalu berdoa pada Allah supaya jangan lin berjumpa lagi dgn siapa2 yg pernah buat lin terluka. keturunan lin dan keturunan org2 itu pun lin doakan janganla berjumpa atau ada apa hubungan. janganla anak2 lin berjumpa dgn anak2 mereka. jangan satu sekolah jangan satu university jangan satu tempat kerja dan paling takut sekali janganla berjodoh pulak dgn mereka. jauhkanlah kami dari mereka ya Allah. sejauh-jauh yg mungkin. aamiin......

k la bye bye readers.......





 

Tuesday, 14 July 2015

Selamat hari Raya Readers!!!!!!!





tahun ni lin beraya di kepulauan ini...tk balik la sebab hubby keje di pagi raye. tk sampai hati nk balik dan tinggalkan cik abang raya sorang2. nanti mlm raya confirm hubby call n tanya masak apa? baju dah gosok ke belum? tadi makan apa? hmmmmmm tk mau tak mau mcm tu dah. anak2 pun sibuk tanya abah mana? kenapa tk balik sekali? hmmm cukuplah sekali beraya tanpa cik hubby...tk mau dah rayer yg mcm tu. so in shaa Allah akan balik ke sg buloh 2 minggu lepas raya..hehehehehe  tk pela.... Terima kasih mak abah kerana memahami tanggungjawab anakandamu ini.



tapi plan nk beraya tu penuh schedule...semua rumah sedara mare n  kawan2 lin nk pegi start dr aloq staq- perak- klang hinggala ke Melaka. giccciewwwwww.....



tp utk masa2 ni  tersangatla tk boleh dgr lagu siti ni... menangis dibuatnya. tkpela...semoga Allah memberi pahala yg banyak kerana mendahulukan suami dlm segala hal. aamiin...



ampun dan maaf jika ada penulisan2 lin yg mengganggu emosi readers. happy hari raya celebration semua.......

Thursday, 2 July 2015

Churros



Churros lin yg pertama...hahahahahaha jadi uols.walaupun rupanyer tk senonoh tp rasa dia MABELES...so lin akan KIPIDAP utk buat yg lebih cantik lepas ni. anak2 makan byk2..abg hubby pun puji. kami berdua tk berapa suka puff pastry tp kalau yg ni mmmmmm makan byk2 pun tk pe.

resepi malas nk taip la..nanti la lin bg... ptg ni plan nk buat roti sosej berkeju sebagai menu buka puasa. abg hubby nk makan sambal ikan bilis campur petai.. hmmmm kalau mcm tu baik lin buat set nasi lemak terus.  plus udang goreng tepung hmmmmmmmm sodap2.. k bye nk balik dah bye bye.