Sunday, 29 May 2016

READERS DAH BOLEH KOMEN. HAHAHAHAHAHA

hahahahaha. sebenarnya lin ni sgt slow dlm perkembangan penulisan blog ni. setelah puas study baru hari ni boleh tau cara utk masukkan ruangan komen utk blog ni...

so readers sila kongsikan komen dan pandangan anda tentang penulisan lin. kalau ada yg tk ok sila tegur  secara berhemah yer.

sekarang ni lin sgt mengalu alukan readers yg ada pengalaman dlm penulisan ilmiah. terutama sekali yg pernah buat research quantitative. kalau ade boleh bertukar2 pandangan .

GAYA PENULISAN LAMBANG KEPERIBADIAN ANDA....


Collaboration with industry..tgk mat salleh tu..very nice person...warm welcome from them
Housekeeping...love this subject very much...

Meraikan pencapaian pelajar

Lin sgt minat menggubah bunga...kalau nak belajar flower arrangement contact  lin ok.....

Suasana Skill Challenge for Flower Arrangement..lin jadi juri

Kelas Amali pelajar untuksubject  F&B Banquet Serving

Tumpang student...TQ jayakan kelas amali saya.


Pengantin Tipu2...hahahahahaha

Motivation kala berduka

Student masa kelas amali...nk lipat baju pun mesti ada skill tau

Iron baju pun mesti tahu steps yg betul

I love Flowers

Passion

with my students

Skill yang diajar..CPR


Menjahit pun mesti ada style


my student

with my big bosss


Towel Folding Art










Wanita dan camera berpisah tiada






Our First baby



work work wok

Certificated in Room Divison Team


Masa tgh preggy

Geng bas sekolah


ketaq lutut time ni..bos2 besaq semuanya....


enjoy namnpakkkkkkkkkkk

pengubat hati

time ni lin tak tau yg lin tgh pregnant 1 month...gigih gi panjat gunung mak buyong nih

Perjalanan masih jauh. Mohon Pada Allah agar sentiasa sayang padaku dan family..aamiinn


 

Chips more

bila terpandang biskut ni hati ni jadi sayu la...teringat masa kecik2 dulu. kalau tk salah dlm darjah 4. time tu teringin sangat nk makan biskut ni.

satu hari angah balik dari ikut abah pergi kem (masa tu abah jadi jurulatih Tentera Darat di PULADA Port Dickson). dia cerita la dia makan biskut biskut chipsmore. ader uncle rekrut yg bagi. dia cakap biskut tu sedap sgt. coklat dia banyak. Lin rasa terliur sgt time tu. Kawan2 kata harga dia mahal. Nk mintak abah belikan pun tk berani takut harganya mahal sgt.

sedih la time tu. teringin sgt tekak ni nk jamah biskut yg mahal sgt katanye ni.

bila lin masuk sekolah teknik Port Dickson waktu ni  setiap kali hujung minggu balik dari rumah kalau berkelapangan abah akan hantar lin balik ke asrama. naik motor je dari Kuala Pilah ke Pekan Lukut. Sekolah Teknik ni betul2 dlm pekan Lukut.  Abah akan singgah ke pasaraya utk beli brg2 keperluan lin. time ni lin akan beli biskut ni. tk dpt yg paket besar, peket kecik pun jadila.

masa mula2 dpt makan biskut ni hmmmmmmmmmm tak seperti yg digambarkan oleh cik angah pun.. rasa mcm biskut biasa juga. tp  cik adik ni punya promosi utk bagi kita jeles tu buatkan biskut tu sedapnye ngalahkan famous amos.

hihihi cerita zaman2 susah. lin suka cerita pengalaman lin masa kecik2 pada anak2 lin. biar mereka tau betapa susahnya nk cari duit dan pandai bersyukur.  sesusah susah kami masa kecik2 dulu kami tk pernah tk makan. hanya abah saja yg kerja dan mak suri rumah sepenuh masa. kami tetap dpt makan walaupun tk semewah org lain. KFC adalah makanan yg paling istimewa buat kami. masa kecik2 kami tk pernah merasa potong kek masa harijadi. inikan pulak nk minta hadiah yg bukan2. cukupla sekadar mak masak makanan kegemaran kami itupun dh cukup bersyukur.

baju baru masa hari raya... jd sambutan hari raya rasa sgt2 meriah bila dpt baju raya. sepasang pun jadila. hati rasa tersentuh bila tgk sedara mara yg berada tukar baju sampai dua kali sehari. pagi baju lain, petang baju lain (masa kanak2). baju pun dari kain yg elok beli di pasaraya terkemuka. hati anak2 kecil ni mudah tersentuh...tp Alhamdulillah kami adik beradik faham kami ni dari org yg macam mana. cuma abah susah sungguh nk tgk dia berbaju baru di pagi raya. abah akan utamakan anak2. biar anak2 merasa. terima kasih abah.

kadang2 ada sedara mara yg bagi kami berlonggok longgok pakaian yg mereka dah tak nak pakai. seronoknya hati kami. itupun kami tetap bersyukur. Alhamdulillah..........

kesusahan itu mengajar kami erti kental. berusaha sedaya upaya untuk mengubah nasib. cuma adakalanya hati terluka dgn kata2 saudara mara yg mengungkit kisah kesusahan hidup kami dahulu jika dibandingkan dgn sekarang. budi mereka dicanang2 sebagai yg terbaik sedangkan zaman lin dan adik2 di university dulu mereka langsung tk jenguk muka. kalau ada pun setakat penggal pertama saja. duit sepuluh ringgit yg dihulur diungkit umpama sudah menaja kami pelajar sehingga ke sudah.


Maha suci Allah yg menurunkan rezeki dan memperelokkan segala kejadian.  Alhamdulillah..zaman itu telah berlalu. sempena bulan Syaaban yg mulia lin berdoa supaya kami akan lebih diberkati dan disayangi oleh Allah swt. tak mau lagi tangisan. datangla senyuman sebanyak2nya....lin berdoa supaya apa saja bentuk perhubungan dgn manusia akan diperelokkan. Berikan mereka petunjuk dan keberkatan ya Allah.

motif novel yg panjang berjela ni keluar ialah.................hari ni iols puasa..so pagi2 ni dh mengarut teringatkan makanan...tetiba teringat kat chipsmore dan seperti biasa akan keluarla kenangan2 yg mengusik jiwa tu.. pagi Syaaban yg indah........Allahuakbar.








 

Thursday, 26 May 2016

sejuk gigil

dua tiga hari ni langkawi dilanda ribut...masya Allah. seram betul tgk pokok tumbang sana sini. selamatkanlah kami ya Allah.

hari ni tangan dok ketaq sejuk bebeno. tgh buat practical assessment dgn student tangan boleh menggigil. sejuk bangat!!!! tp hati jd panas bila student tk siap assignment. adoiiiii sambil nk marah ni siap boleh hanged sekejap. cuba berfikir secara waras apa cara terbaik nk bertindak ni. lepas student kena bebelisme secara berhemah alhamdullillah dia mohon maaf. lin pun bukan jenis marah lama2 punya org. sejuk hati tgk muka student ni....

okla..hari ni puasa. tgh fikir petang ni nk masak apa. mcm nkk buat spaghetti meatball jer. senang cepat dan sodap.

bye

 

Thursday, 12 May 2016

busy lately..........

busyla...kursus sana sini. tk sempat nk menulis.

ni pun try sedaya upaya utk jenguk2 blog yg dh di anak tirikan ni...

masa pergi kursus baru2 ni kwn2 tanya bila nk sambung Phd... hmmmmmmm tettttttttttt hahahahahaha selagi anak belum besar lin tk readyla. takut tk terbawa dgn study dan research yg memang sure2 byk gilerr keje nk kena buat. nantila dulu...

sape2 yg dh ready dan ade byk masa boleh proceed dulu. lin tak pe...slow2 kayuh.

baru2 ni kursus PPK utk naik pangkat di Penang. setiap kali habis  kelas je gi merayap dgn kawan2 dr kolej2 lain. best la happening bila jumpa dorang. mcm2 menu makanan penang kami nk try..laksa tempurung la, pasembuq tp sempat pegi padang Kota sempat pegi merasa kat Padang Brown pun jadila. pilih punya pilih tho dia...nala byk pasembuq dia satu pinggan besaq. sup daging mamak memang power + cendoi..aduiiiiiiiiii sampai nk bangun pun dh tak larat...

pas tu malam2 buta pi naik bukit bendera..gayat uiiii tinggi betui dgn kereta kabel dia  yg laju ngalahkan ERL..

best la.. boleh release tension tp my hubby pulak yg stress. kena amik cuti seminggu utk jaga anak2. maklumla anak dh darjah satu. tk kan nk memonteng pulak. thank you mr hubby...love u muah ciked....

k bye nk pi amik anak n dah masuk keje shift as a beautiful BIBIK at my home sweet home. sepanjang weekend . weekday as a DIVA went to class n  bila weekend DIVA turun tahta uols. kla..nk balik masak..menu malam ni..hmmmmmmm sejak cheq duk utara ni kan cheq lalu ngat dgn kari..so mlm ni kari ikan bawal sirip mas (elok utk org yg ada cyst atau fibroid) as a menu....mmmmmmmmmm dan seperti kebiasaan jus utk diri sendiri..jus Belalai Gajah (elok utk org yg ada cyst atau fibroid jugak). nanti la lin story kenapa nk kena makan benda2 ni...

Allah uji kita dlm byk cara kan? tp hidup mesti diteruskan dan mesti selalu happy. masalah jgn fikir byk2. sakit dah memang sakit tp mesti sentiasa ceria utk org2 yg ada disekeliling kita. jgn bagi dorang risau. k...pasai sakit tu nanti lin story kat post yg lain plak...lambat dah niiiiiiiiiiiiiii

bye bye

Sunday, 17 April 2016

rabun ayam...

hari ni bawa anakanda harith check mata... jumpa pakar mata
Alhamdulillah.. Rabun masih diperingkat permulaan tk perlu berkaca mata. doctor akan monitor power dia yearly.. so by April next year harith got another date with the his beautiful optometrist. comeyla doctor tu.. jari2 dia putih cantik...itu jari2 yg selalu memberi khidmat ke jalan Allah.

lin pujila jari2 doctor tu depan abang. tau apa abg balas...itu jari org yg tk buat apa2..amboiiiiiiiiii maksudnya jari2 I ni tk santek kerrrrrrr sebab selalu buat keje rumah. hihihihihi. apo2 la bang

lin kalau boleh tk nak anak2 pakai spec. bukan ade maksud yg negative. lin punya cita2 besar nk tgk salah seorang dari anak2 lin jadi perwira Negara. segak dan kacak dlm uniform tentera. bila dah kono pakai spec mcm mano nk jadi sojar. tall, dark n sado gicciewwwwww. angan2 jer. kalau citer ngan abg dan2 dia cebik bibir...hihihihi "ye la I tau laa dulu u suka org yg soldier look" alamak kesitu pulak cik abg ni........


hubby lin bukan org yg kasar. marah anak tinggi suara pun tk pernah. jerkah jauh sekali. sampaikan anak2 bagitau lin cara abah dorang marah. si kakak pernah ajuk cara abah dorang marah:

"hello..., hello..., hello.what happened? hangpa semua ni dah kenapa la? tk tau nk habaq lagu mana dah..... hellooooo, helloooo cuba dgr abah nk cakap apa ni? seat down please..hello seat seat..

rasa nk tergolek gelak guling2 tgk si kakak cuba tiru memek muka abah dia masa marah. kakak cakap abah bila marah mcm nk telefon org. hello hello hello....OMG....lawak betulla dorang ni...

tp bila ummie dia marah anak2 panggil LION. hmmmmmm lion pun lion laa janji vougue gicciewwwwww.

anakanda harith cepat sembuh k....... ummmie love u..

Thursday, 7 April 2016

Semangat mana la semangat ni dah pergi

lately ni rasa kurang bersemangat laaa
segala perasaan bercampur baur
mungkin hati ni merindui seseorang....

yess...my mum...n my abah

hmmmmmmmmmm rindu sgt kat mak
susah betul nk cuti skrg ni. bila mr hubby keje private n kita sendiri keje gomen. susah nk planning utk outing with family

tambah2 lagi skrg kak aimy dah sekolah.. cuti kami adalah cuti sekolah tp cuti hubby probihited taken during school holiday. hmmmmmmmmmmmmmmmm so touching laaaaaaaaa

baby zarif dah pandai berjalan ni rasa lega sikit. lepas ni kalau balik naik flight takdela nk berdukung sgt bila ke mana2. insya Allah akan cuba tabahkan hati utk balik dgn anak2 lepas ni. tp kalau pegi holiday hubby tk ikut sekali rasa lain macm pulak.

ingat lagi tahun 2014 masa tgh tunggu tarikh operation utk deliver Zarif. hantar abg kat airport. masa dh nk boarding masa salam2 tu lin dah menangis mcm empangan pecah. abang kena balik dulu n bila hari nk warded baru abg dtg semula. hati ni ya ampunnnnn....tak tau nk cakapla.

masa on the way nk balik rumah mak  start masuk kereta je dr KLIA hingga ke Sg. Buluh lin menangis beria-ria. Mak dgn abah senyap je...sampaikan mak hulur dekat lin tisu. sedih sgt sebab  dah hari2 duduk dekat dgn hubby tiba2 kena duduk jauh pulak..semangat ni dh hilang entah ke mana.
anak2 perhatikan lin...

malam tu first time hubby dok jauh dari kami si kakak anak yg sulung senyap2 call abah dia. masa tu lin pura2 tido...aimy kata "abah pi mana, aimy rindu kat abah" hmmmmmmmmmmmmmm berjurai lagi airmataku. esoknya aimy terus demam. Masya Allah..

bila duduk merantau tempat org dan tk punya sedara mara di sana, kebergantungan hanya pada Allah dan spouse semata-mata. dgn hubby la segala2 masalah dan khabar gembira dikongsi. anak2 jd penghibur dan peneman. realy tight family bonding.. kalau ikutkan sgt perasaan nk balik tanpa hubby ikut ni takut sejam dua jela rasa ok..masuk jam2 yg berikutnya hati dah tk sabar nk terbang semula ke teratak kami di pulau yg serba indah ini. rasa ternampak nampak hubby dimana-mana.  biarla org kata manja sgt kamu ni...dah hubby sendiri dgn diala tempat nk bermanja...


so lin sentiasa berada dlm dilema. bila rasa rindu pada mak abah video call jd penghubung kami. hmmmmmmmmm... masin mulut mak.."akak bila nk berubah ni..dari kecik sampai besar manja tk habis" hmmmmmm but mum I realy like my pampered sense. peace!!!!

 

Monday, 25 January 2016

Penulisan Ilmiah

sorry lama tk post story

skrg lin tgh bz siapkan satu lagi blog baru. tp ini memang strictly education/ilmiah. Blog ni berkenaan Research Methodology. Tahun 2016 ni lin dilantik jd ketua unit penyelidikan pulak... jd lepas ni cakap dan menulis semuanya kearah research jela..

Tp problemnya skrg ni mcm mana nk menarik minat org untuk buat research dan mendidik budaya membaca dikalangan mereka. Research bukan benda yg mudah dan bukan perkara yg simple nk dibuat.

Action research rasanya tk renyah sgt. tp sekarng lin aimed pd advance research. Ada statistic dan analisis data yg complex. baru real........

bila dh ready nanti baru lin bgtau nama blog tu.  so pd readers yg nk berkongsi idea dan pendapat adalah sgt2 di alu-alukan. k bye