Thursday, 6 March 2014

dinner with family

thank you my darling....mr Hubby kerana memenuhi selera isterimu dan anak2...

Khabsa Chicken
Mandy Lamb
Hummus with Lamb

mmmmm yummy yummy

so delicious...terbaik dari Arabica Restaurant

masa mula2 perkahwinan kami lin tak berapa suka makanan arab ni. first time makan pun masa berbuka puasa dgn mr.hubby (masa tu tunang lagi) di KLCC. nama restaurant tu tk ingatla... hubby begitu selera sekali..tp bg beginner mcm lin ni slow sikitla sebab baru nk mencuba-cuba menu apa yg menarik selera dan tk berapa pandai nk matchkan makanan ni dgn tekak hehehehe. pas dah bertahun hidup bersama dan menjadi menu wajib setiap bulan...lin pulak yg asyik teringat-ingat nak makan Arabian delicacies ni....sodap wehhhh.....cuba try test.....

favourite kami suami isteri sudah tentunya Lamb....tp kalau kari lamb lin tk boleh....tk tau kenapa.. tp cubalah bagi lamb chop, lamb rack, lamb grill, khabsa lamb or mandy lamb....dgn sukarelanya lin makan sampai habis...hihihihihi...sodap wehhh...ehhh apasal citer pasal makan jer ni.......

anak2 pun suka... kata org lamb lg elok dari beef. alhamdulillah tk rasa pening pun lepas makan lamb.

ada satu restaurant makanan Arab yg best di area Mergong, Alor Star. Restaurant Makah.... ni lokasi wajib keluarga lin bila bertandang ke rumah in laws.. my sister in law la dok promote...hmmmm not bad...not bad at all.. memenuhi citarasa keluarga betul...cumanya kat restaurant ni dia fokus pada menu Mandy jerr tp side dish yg lain pun best gak.. cubala minced meat yg dimakan dgn roti arab sebagai appetizer dan air Barbican sebagai pembasah tekak. lin suka Barbican Strawberry....

hihihih..mesti readers pun dah terliur... cer try...best wooo...

bye bye 

Bersangka baik..."Keep Moving Forward"

sukar mendidik hati agar sentiasa positif
adakalanya berjaya dan adakalanya sentiasa ada cabaran

kehidupan sebagai seorang ibu dan isteri
mempunyai pelbagai rasa
namun jika hati itu cekal dan tabah
in shaa Allah
kejayaan dalam tangan

bila hidup telah terurus dan tenang adakalanya cerita lama diungkit semula
dengan tulisan yg amat dangkal pemikirannya
si penulis mengungkit semula kisah2 dulu dgn lagak yg agak sinikal
seperti dendam yg tiada berkesudahan

lin cuma memandang enteng provokasi yg cuba dibawakan
dan mengambil pendekatan bahawa usaha penulis itu adalah kebudak budakkan
yg penting pada lin sekrg ialah apa yg ada di depan mata

sementelah lin amat meminati cerita kartun
baru2 ni lin telah menyaksikan cerita "Meet the Robinson" bersama anak2 tersayang
ada ayat power yg membuatkan lin terus menerus membuka mata.

ayatnya "KEEP MOVING FORWARD"
"Person who has  bad moments in past and keep thinking about the sadness will be nothing,
but the person who r facing with the sadness and keep moving forward to achieve something special in their life will be succeed..."

hmmm walaupun hanya sebuah cerita kartun namun messagenya amat baik sekali...

so the readers yg pernah mengalami cerita2 sedih sebelum ini cubalah bangun dr kesedihan itu.... tinggalkan dan lupakan nama2 yg pernah menyakiti anda. Allah lebih tahu apa yg terbaik dan serasi buatmu kerana perancangan Allah itu lebih baik.Yakinlah.... segalanya telah diaturkan dgn amat cantik oleh Allah swt...

jika ada provokasi yg mahu menjatuhkan maruah anda atau menceritakan perkara yg bukan2 berkenaan anda usah dilayan. memang hati tu akan geram dan rasa nak buat bukan2 pada yg menulis...cuma ingat satu perkara.. kita  ada anak perempuan, ada saudara perempuan dan ibu kita juga perempuan. takut apa yg kita ungkit tentang buruk org lain akan terjadi pula pada waris2 kita. yg buruk jdkan sempadan yg baik jdkan tauladan.

cubala menjadi seorang yg pemaaf dan hanya fokus pada apa yg ada di dalam tangan sekarang. jaga penampilan diri sebaik mungkin, jaga tutur kata, jaga penulisan, jaga pasangan, jaga karier, jaga anak2, jaga ibu bapa, jaga siblings, jaga in laws dan  jaga sahabat2 sebaik mungkin.

jangan juruskan insan2 yg kita sayang ini untuk membaca dan mengomen tulisan kita yg memberi dosa kepada mereka. ingat! yang betul itu mengumpat dan yang tidak betul itu fitnah. kedua-duanya ada balasan dari Allah swt. perbuatan mengadu domba tak sesuai untuk yg bergelar manusia. buruk padahnya. lebih baik penulisan yg mempunyai pengikut yg ramai di urus sebaiknya ke arah kebaikan. ia akan mendatangkan pahala untuk semua.

hmm panjang pulak tulisan ni.... diharap kita akan mendapat sedikit manfaat daripada coretan ini....

coretan dari insan yang masih perlu belajar erti hidup dan masih memerlukan kasih sayang Allah swt sebanyak-banyaknya....

bye bye...
 

Monday, 17 February 2014

opisssss

hari ni berjaya siapkan FRP ..fail rekod pensyarah dgn jayanya...
pas submit kat boss lin gi check plak FRP pensyarah dlm unit Room Division..
sorry pd lecturer yg FRPnya di komen. lin hanya menjalankan tugas...ampun beribu ampun...sila kemaskini fail anda k... mana dokumentasi yg ditegur sila buat penambahbaikan...

pagi td sebelum sibuk ngan FRP lin  dok menanda paper final student sem 1... hmmm not bad...clever anak2 mak...
bagus k... nampak gayanyer uols baca dan faham semua study notes yg mak edarkan. soalan tricky pun boleh jawab. cam tu la bagus... good good good..

sem 2 tk tau apa citer lg... baru start final exam minggu ni..  harap2 semuanya ok...
hari ni cam ceria jerrr masing2...insya Allah moga semua urusan dipermudahkan Allah swt. dari jauh dah tegur dgn muka yg sgt ceria.....Puan Lin!!!!!! katanyer. mudahkanlah usaha anak2 didikku ya Allah. aamiin...

bye bye




 

Sunday, 16 February 2014

Bakal adik ipar org Pahang

alhamdulillah...kalau takde aral bulan 3 ni akan terima adik ipar yg kedua. manis orgnya.. ingat lagi kami kelam kabut di dapur masa siapkan makanan untuk meja pengantin masa majlis perkahwinan angah dulu.  tk cukup tgn nk buat hiasan.

kalau tk silap bakal adik ipar ni anak sulung dari 4 beradik. tkpela janji beragama dan hormat org tua. itu sudah memadai. dtg dri keluarga berada atau tidak itu tidak menjadi masalah kerana semua insan adalah sama disisi Allah swt.

mak sgt gembira setiap kali nk terima menantu. pangkat dan darjat tidak pernah menjadi masalah. semua mak layan sama rata. kalau masuk yg ni nampaknya mak akan ada 3 menantu la lepas ni. ni menantu perempuan mak yg tunggal. satu je bakal menantu ni kena terar.. "buat tea susu". kami ni org kampung dan dari Negeri Sembilan..kegemaran kami sekeluarga ialah tea susu yg piau pekatnyer...so cik menantu kena terar buat ni sebab akak  n angah sangat tak reti buat teh susu..hahahah kantoi... tp mak cakap teh susu bakal menantu beliau  LULUS...hehehehehe. ok..boleh buat geng.. cik menantu berguru ngan mak baik2 k... untung tau..

readers ada dgr tak lagu Dato' Hattan dgn Waris yg latest..

Kejelobak Kejolobu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau  kono komat jolobu
Tk mati badan merasai
 
Gurindam dulu2
jangan ponah dipertikai
tak tau tanyo dulu
jgn ghoma memandai mandai...

part memandai mandai ni secara tepatnya adalah pd org luar yg tak tau adat pepatih negeri sembilan dan memandai mandai kata kami ni akan ambik harta dorang la..adat kami ni mcam2 la.. hehehehe
harta utk anak perempuan negeri sembilan ni adalah harta warisan daripada ibu bapa mereka sendiri
tidak ada kena mengena dgn harta suami atau mak mertua atau pak mertua..

ada org terlalu sinikal dgn adat kami.. tkpe...org luar tk faham dan tk perlu faham..cuma perlu belajar dan buat pembacaan yg lebih sebelum bercakap yg bukan2..

kla...my darling dtg opis plak..sat ekk nk gi mengadap Tuanku Sultan Al-Hubby...bye bye

 

Friday, 14 February 2014

Putrajaya

Perjalanan express ku minggu ini...

memulakan journey pada hari rabu pukul 2.30 ptg bersama sahabatku Aisyah. tiba di Jeti Kuala Kedah pukul 4 n dok tunggu driver pick up hampir 1 jam setengah. driver n my big boss kena attend meeting di kolej komuniti padang terap..

pas driver sampai kami pun bertolak ke putrajaya.. pukul 12 kami tiba di Everly Hotel. nice lodging... bagus hotel ni sebab modern design n selesa bg pengembara express seperti kami.

besoknya kami memulakan sesi mesyuarat sehingga pukul 2.30ptg... hati dh tk tenang dah sebab nk rush ke KLIA pulak flight pukul 4 lebih... dah big boss ajak makan kat Subway yg ada di Groundfloor bangunan ni so kami pun menurut jelah...tk pastila nama bangunan ni ape... kalau readers familiar dengan bangunan kerajaan di putrajaya bangunan ni ada restoran Subway dan Rasa Utara di area groundfloor. big boss kata pas ni  akan ada byk lg meeting aku bersama pihak pengurusan di sini. hmmmmmmmm ok jer asalkan tk berhari-hari sebab tk boleh berjauhan lama dgn anak2 n mr hubby.

mr driver Berjaya sampai ke KLIA pukul 3.30...hahahaha logho ati den... pas settle hal2 luggage kami pun gi shopping Victoria Secret.

selamat tiba di pulau cantik hati tertarik ni pada pukul 6 ptg....Alhamdulillah...

lega hati bila dapat tgk wajah ceria anak yg menanti di dlm kereta bersama wajah handsome mr hubby yg sentiasa senyum (abg tetap handsome n comey di mata Bie) hihihi. anak2 tk boleh tunggu kat dlm airport ni kang habiis dirayaunya semua area especialy kedai chocolate. so perintah berkurung dilaksanakan n tunggulah anak2 sekelian di dlam kereta sajer....hehehe.. ummie love u my kiddos.

express rakyat...........bye bye readers
 

Tuesday, 11 February 2014

Hiking Gunung Mat Chinchang

setelah sekian lama tk hiking...hari bersama team teknikaL LIEC 2014 kami memulakan hari yg indah ini dgn sesi cross country dari anak sungai telaga 7 ke persisiran pantai teluk burau. kemudian kami meneruskan pendakian ke Gunung Mat Chinchang dimana terletaknya Telaga 7 yg penuh dgn mitos di pulau yg indah ini...

aku setelah bertahun tidak mendaki hari ini dgn figure yg telah beranak dua ini berjaya mencabar diri sendiri utk turut serta dgn team teknikal LTA... syabas buat diri sendiri....hehehehe k laaaa bye bye

Friday, 7 February 2014

GAYA PENULISAN KITA LAMBANG PERIBADI KITA

Dalm penulisan perlu ada adab dan tatacara yg perlu dititik beratkan. penulisan kita menunjukkan siapa diri kita yg sebenar... oleh itu berhati2 la pd setiap kata2 yg dicoretkan agar kita tidak nampak dumb n ugly walaupun status education tinggi melangit.

provocation pd lin tk perlu la...tk berminat nk layan. baik kita focus pada penulisan yg lebih bermanfaat pada keluarga, kawan2 dan pelajar2 (bg tenaga pendidik) itu lebih berfaedah.

ada org berperangai ke anak2kkan dan mengadu domba ni nampak sgt comel tp ada org pula nampak sebalikya bila berkelakuan begitu.

kita jaga apa yg kita ada baik2 ,  memberi pada yg memerlukan dan JGN KACAU HIDUP ORG. kalau kita rasa diri kita sentiasa betul dan org lain semuanya salah, "SILA AMIK CERMIN DAN RENUNG SAMPAI PECAH"...hahahaha..itu sudah cukup memadai.... okla...nk masak lunch...

jumaat Kedah cuti meh....