Monday, 26 May 2014

Apalah sangat...

"elehhh jadi lecturer konon...
setakat lecturer kolej komuniti jerrrr
student pun yg tempat lain dh tak nak
duduk kat pulau pulau tu
ade life ker"


inila kata2 sinis yg selalu menjadi pembakar semangat ku utk menjadi pendidik yg lebih baik lagi
kerana pada ku:


"Lecturer yg terbaik adalah untuk pelajar yang lemah"


tidak akan aku hiraukan semua cakap2 org berkenaan tempat ku mengajar.
yang penting kami warga pendidik kolej komuniti mampu memberi sinar harapan kepada pelajar2 yg dikatakan terbuang ini untuk mendapat kemahiran dan kelulusan bagi mencari sesuap nasi apabila habis belajar nanti.

bukan sedikit pelajar kami yg berjaya diluar sana. sama ada berjaya dalam kerjaya mahupun mampu menyambung pengajian sehingga keperingkat ijazah. itu lebih memberi kepuasan kepada kami warga pendidik Kolej Komuniti.

selalu ku katakan kepada pelajar, "rezeki manusia ni berlainan..yg penting semangat mesti kena kuat". so tugas pendidik yg dikatakan  picisan seperti kami inilah yg dipertanggungjawabkan untuk membangkitkan semangat anak bangsa ini supaya lebih kental menghadapi cabaran hari2 mendatang.

pelajar2 ini  ada yg tidak bernasib baik sewaktu di alam persekolahan sama ada kekurangan sumber kewangan ataupun atas kesilapan diri sendiri. namun wujudnya kolej komuniti ini adalah satu platform utk mereka semua berubah..menjadi somebody.

pelajar kolej  kami sendiri sebagai contohnya telah berjaya mencipta nama sehingga keperingkat antarabangsa. sehingga ke negara Jerman pelajar ini membawa nama negara ke pertandingan kemahiran peringkat dunia. pelajar tersebut pernah mendapat didikan ku sewaktu di awal2 perjuangannya di kolej ini.. masih ku ingat lagi aku mengajarnya subjek Housekeeping. waktu itu dia masih di semester kedua. terkial-kial buat bed making...kami hantar dia ke program attachment dgn hotel luar. dia ditempat di The Danna. lepas balik dari sangkutan industri selama 2 bulan itu, telah byk perubahan yg aku lihat berlaku pd dirinya..lebih berdisiplin dan lebih bersemangat.. pelajar ini seorang yg berbangsa Cina. tp budi bahasa dan sopan santunnya sangat2 terpuji.

sekarang dia menyambung pengajian diperingkat diploma di salah sebuah politeknik di utara Malaysia..aku doakan dia berjaya lebih lagi selepas ini... tidak kiralah apa bangsanya dan apa agamanya. dia permata hati kami yg menjadi kebanggaan kami...

pulau ini memberi sejuta kedamaian. sudah hampir 6 tahun aku di sini. aku semakin jatuh cinta dgn tempat ini. dgn penduduknya dgn makanannya dgn ketenangannya.aku bersyukur ditempatkan di sini.. jauh dari hiruk pikuk kota dan jammed di jalanraya. kami hidup dgn cara kami dan kedamaian kami. alhamdulillah...

 semoga aku diberi lebih ketabahan utk mendidik anak2 ini. mereka perlukan sarjana seperti kami untuk menjadi somebody. mereka perlukan buah fikiran sarjana seperti kami untuk jadi somebody. mereka perlukan kesabaran setaraf sarjana seperti kami untuk jadi somebody. mereka juga perlukan kasih sayang seorang sarjana seperti kami untuk jadi somebody. semoga perjuangan ini diberkati Allah dan kami diberikan lisan yg lancar dan mudah difahami oleh Allah swt dlm usaha untuk membentuk anak2 ini menjadi insan berhati waja serta berjaya. aamin ya rabbalalamin....





 

Thursday, 22 May 2014

Yes I love u...hihihihi

ummie..ummie sayang adik tak?
 
hmmmmmmmm tak... hihihihih
 
adik tak mau kawan ummie......
 
ummie...ummie sayang kakak tak?
 
hmmmm kakak rasa?
 
ala ummie ni tu pun tk mau jawab...

anak2 ummie yg tomei tomei sudah tentulah ummie sayang kamu berdua.. penawar hati ummie...pengarang jantung..best friend ummie.. setiap bulan ummie tentu tanya nk beli ape untuk  sayang2 sekalian...

si kakak bulan ni nk belikan hadiah teacher's day buat guru2 nya. walaupun dah back dated dia tetap nk juga belikan. bagusla dah pandai menghargai org.  semoga sentiasa menghargai org2 yg byk berjasa kepada nya. kenapa tk belikan awal2? readers sekalian..kalau si kecik ni nk bagi kek ker, cokelat ker, atau bunga lin boleh tahan lagi. ni dia request nk belikan teacher dia gelang atau rantai... tk terkedu dibuatnyer... omak aiii . berapa ramai teacher kat sekolah tu mau kopak poket ummie... so kenala spend 1 hari untuk  bawak "Tuan Puteri Negara Pasir Derdengung" ni gi shopping n pilih hadiah utk teacher dia sendiri...n off course la bukan barang2 jewellery...botak la den...

si adik bulan ni nk beli spiderman lagi...bulan lepas dah beli mainan spiderman, bag sekolah spiderman, berus gigi spiderman, ubat gigi spiderman... bulan ni dia nk tgk movie spiderman dengan baju spiderman pulak. Abah dah siap amik cuti nk bawak anak bujang dia ni gi tgk movie... abah bukan selalu boleh cuti...dia bukan keje gomen mcm ummie... BZ.. memanjang.

besok kalau yg tecik tomei ni keluar pulak n bila dah start pandai minta mcm2..apelah pulak kerenahnyer...

hmmm alhamdulillah... i'mmmmmmm hepi....syukur ya Allah

Thursday, 15 May 2014

Pagi yg mengganggu emosi

wahai pelajar..tolongla sedar apa tujuan kamu ke institusi pengajian
dtg ke sini utk menuntut ilmu
alasan tk boleh bangun pagi memang tk boleh diterima akal

anak org susah berhempas pulas berusaha utk mendapat kemajuan dlm hidup
sampai jadi stress dan emosi terganggu kerana tk tahu mcm mana nk teruskan pengajian
kerana duit utk makan pun tiada

tetapi bagi kamu anak org berada yg lahir atas dulang emas disuap dgn sudu perak
cubalah buka mata
buka minda
tgk sekeliling
bantal yg kamu sayang sgt nk tinggalkan di pagi hari itu
akan menjadi musuh kamu satu hari nanti

"org yg sibuk diwaktu mudanya akan menjadi tidak sibuk di waktu tuanya"
"org yang tidak sibuk diwaktu mudanya akan menjadi sangat sibuk di waktu tuanya"
  - Prof. Dr.Muhaya

 

Wednesday, 14 May 2014

Klinik ibu dan anak

hari ni di klinik cik abg terlebih caring plak kat ummie ni...sampai ummie nk gi buat urine test pun cik abg dok ngikut sampai ke Lab.  don't worry yang... ummie can handle.

masa mula2 preggy ni abg pernah cakap yg dia excited mcm first time nk dpt baby pulak. maklumla anak2 yg lain semua dh besar n petah bercakap. bila tgk baby org lain kat klinik dia jd excited.. lebih2 lagi baby yg montok2 pipinyer..

bila dah ada baby kecik nanti n time gi shopping sudah tentulah cik abg yg kena dokong...ummie tk larat sebab 2 anak sebelum ni semuanya lahir 3.8kg ke atas beratnyer...kali ni tak taula pula berapa kg...harap semuanya selamat....

Aimy one day old

Harith one day old

aimy harith


Harith montok si montok montok....

aimy n choc indulgence tk boleh dipisahkan....

eiiiiiiiiii gigi aimy takderrrr....
budak kuat nangissssssss
posed memang "A"


 

I'm realy in love





Syukur Ya Allah kerana mengurniakan ku perasaan ini........

Monday, 12 May 2014

Mid Term Test

hahahahahahaha....gelak kejam

akhirnya lin berjaya membuat set soalan yg menjadikan student tk berani nk keluar awal dari bilik exam...kalau tk tu 30 minit dah keluar semua... senang katanya...

ni siap ade extra time lagi....hihihihih berkerut-kerut muka  masing2 nk menjawab...

"puan lin nape kali ni susah sangat"

"hmmmm perkara tk akan jadi susah jika uols Iqra' bismirabbikallazihallaq.... ade fahammmmmmm...hehehehehe" 

alaaaaaaa...paper Front Office je pun bukannya paper Fizik....hihihihi

Sunday, 11 May 2014

Mother's day treat from my lovely hubby

thank you Mr.hubby for the lunch date...

sempena Mother's day ni kami gi dating berdua jerrr tp waktu lunch jerrr yg boleh pun....
time2 lain susah sikit nk bermesra2 alam ni sebab hero and heroin ade....nk kena take care betul2...
bebudak tgk lasak..tk boleh terlepas pandang..

anyway thanks for the beautiful quote and wishes my dear handsome hubby...