Thursday, 4 September 2014

my deary princess di rawat 'doktor lin' - infection kat telinga

alololo..kesian kat cayang ummie ni...telinga bernanah sebab tempat tindik subang kena infection. aimy kata kawan kat sekolah main tarik2 telinga dia.. hmmmmm sebab ni la ummie nk hantar awak pegi sekolah PASTI..belajar n pakai tudung...tp awak tak mau..nk jugak sekolah mickey mouse.

semalam mase doktor lin (ummie la tu) hihihih buat rawatan pada pesakit ni kena betul2 tunggu sampai dia lena... cabutkan subang dan tekan tempat luka tu sampai bersih... selamat la ummie ni ada experience keje kat klinik mase cuti semester time jadi student university dulu.takde la takut sgt nk cuci luka2 kronik ni. abah nye as usual tgk jer sebab tak sampai hati. minta tolong pegangkan kapas pun abah dah seriau...hihihih...tp baru separuh jalan aimy dh terjaga...jeng jeng jeng... "beyonce buat concert di malam hari".... menjerit2 si kecik ni tahan sakit. ummie dgn muka tkde perasaan teruskan juga proses rawatan.....

lepas luka siap di letak ubat n  bagi makan antibiotik. aimy pun tido sampai ke pagi.. haaaaaa lega hati ummie.

tips merawat luka yg bernanah. ( telinga yg ditindik)

  1. cuci tangan bersih2 (perawat)
  2. gunakan kapas yg telah direndam ke dalam air panas/steril
  3. luka cukup sekadar dicuci dgn air suam. lebih baik ditambah dgn sedikit garam (sbg antiseptik, itupun kalau sampai hati nk dgr anak meraung sebab pedih). lin tk letak pun garam...tk sanggup nk dgr "beyonce" sing a song.
  4. tekan luka yg bernanah sehingga bersih -- nk tahu bersih ke tidak, luka akan mengeluarkan darah. dan bila ditekan tekan lagi hanya darah yg keluar. itu tandanya nanah sudah tiada.
  5. nanah perlu dikeluarkan supaya luka tu tk berdenyut2..anak akan rasa lega bila luka mereka telah bersih. (ibu2 perlu kuatkan sikit hati tu mase proses merawat...memang dorang akan meraung tp sekejap jer)
  6. lap dgn air suam dan kapas yg telah disterilkan dgn air panas tadi.
  7. keringkan dgn kapas yg bersih
  8. gunakan cotton bud dan sapu Foban Ointment pada luka. nk pakai iodin pun boleh tp Foban ointment ni memang special medicine utk luka bernanah dan luka anak kita tk kotor dgn kaler oren. foban ni kaler dia putih kat farmasi ade dijual. harga RM9-10.00 hengget satu tiub.
  9. pas tu luka jgn ditutup dgn kapas. biarkan terbuka supaya cepat kering.
  10. in shaa Allah.. anak akan cepat sembuh.
doktor tk galakkan guna minyak gamat dan biarkan subang masih terpasang di telinga. buka dulu subang tu. biarkan luka tu sembuh dulu. subang boleh beli lain tp  telinga tk boleh beli kat mane2....

heheheh sekadar perkongsian ilmu. moga bermanfaat utk semua

UiTM...Di sini lahirnya Sebuah Cinta

UiTM...nama segah organisasinya...

pengalaman menimba ilmu di gedung ilmiah ini tk akan kulupakan sampai bila2...
di sini aku di  didik menjadi seorang yg berjiwa kental, aku di didik menjadi pemimpin, aku di beri makna jatidiri sebagai org melayu dan aku menjadi aku yg sekarang....

aku  yg dulu pernah menjadi seorang yg memendam rasa dan sgt rendah diri di alam persekolahan mampu menjadi seorang komander memimpin kawad untuk kompeni kesatria fakulti ku, menjadi Fasilitator untuk program PLKN batch yang pertama pada tahun 2004 dan menjadi Pembimbing Mahasiswa (PM) semasa Minggu Haluan Siswa (MHS) sekrg dikenali sebagai MDS.

aku bermula sebagai Zero di tahun 2000.. Alhamdulillah sekarang sedang mengecapi hasil penat lelah dan titisan air mata yg tumpah sepanjang berjihad sebagai seorang mahasiswi dulu. 2000-2005, 5 tahun yg penuh rencah dan rasa. kini dari  tahun 2007 hingga skrg aku pula menjadi seorang pendidik. walaupun pelajarku tidak setaraf siswa siswi UiTM namun aku mampu memberi ruang untuk anak didikku ke sana berbekalkan kecekalan dan semangat juang yg tinggi.


Terima kasih UiTM... "UiTM dihatiku"









hai readers...lama tk ber'post" di blog kesayangan ni...

menghitung hari untuk menyambut kehadiran umat Nabi Muhammad yg terlatest dlm family kecilku...

dah slowkan mcm2 aktiviti. LIEC pun dah hand over kat org lain sebagai Pengarah Program. hari ni team teknikal buat test run utk track. semalam dorang dah bawa student utk test track hari pertama di Gunung Mat Chinchang dan pantai kok. hari ni pulak  sedang berlangsung acara test run utk track kayak. dari pantan Bonton ke Taman Lagenda. harap semuanya selamat. Thank you my dear Aisyah yg comitted dgn tugasan yg di beri...semoga test run esok di Pulau Tuba juga akan success dgn bantuan pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi yg sgt2 supportive... Pak Dan...

sedih tgk dorang bersiap2 nk buat extreme sport ni sebab lin tk dpt join dan bg sokongan di tempat  test run berlangsung. tp lin tetap bersyukur kerana rahmat yg lebih besar menanti  dan sedang dikendong kesana kemari...my sweet little baby boy....tahun depan jika umur panjang leh join LIEC 2015 dlm team teknikal pulak .

lama betul tk post dlm blog ni..bzz sesangat lately ni. nk kejar kelas  utk habiskan modul. maklumla nk cuti lama. kelas pulak ada 7. student semester 1 dari semua course yg ada di akademi ni. rasa cam glamer pun ade gak sem ni sebab sumer student junior kenal lin...hehehehe.. "Mak tiri berdarah Singa jadian". hahahahahaha.

hati agak berbunga bila dpt tahu ade student2 yg pernah di didik dulu dah habis belajo kat poli dan skrg dah mendaftar sebagai student university. alhamdulillah...rezeki uols. belajar rajin2 tau. pas tu meh masuk academy ni jd tenaga pengajar. rasekan betapa stressnyer kami nak jadikan kamu semua tu "orang" bukan "orang-orang" mcm kat bendang nun..tq Allah kerana memudahkan perjalanan mereka.

oklah...perut suda lapar. mau cari makanan lerrrr....k bye

Monday, 26 May 2014

Apalah sangat...

"elehhh jadi lecturer konon...
setakat lecturer kolej komuniti jerrrr
student pun yg tempat lain dh tak nak
duduk kat pulau pulau tu
ade life ker"


inila kata2 sinis yg selalu menjadi pembakar semangat ku utk menjadi pendidik yg lebih baik lagi
kerana pada ku:


"Lecturer yg terbaik adalah untuk pelajar yang lemah"


tidak akan aku hiraukan semua cakap2 org berkenaan tempat ku mengajar.
yang penting kami warga pendidik kolej komuniti mampu memberi sinar harapan kepada pelajar2 yg dikatakan terbuang ini untuk mendapat kemahiran dan kelulusan bagi mencari sesuap nasi apabila habis belajar nanti.

bukan sedikit pelajar kami yg berjaya diluar sana. sama ada berjaya dalam kerjaya mahupun mampu menyambung pengajian sehingga keperingkat ijazah. itu lebih memberi kepuasan kepada kami warga pendidik Kolej Komuniti.

selalu ku katakan kepada pelajar, "rezeki manusia ni berlainan..yg penting semangat mesti kena kuat". so tugas pendidik yg dikatakan  picisan seperti kami inilah yg dipertanggungjawabkan untuk membangkitkan semangat anak bangsa ini supaya lebih kental menghadapi cabaran hari2 mendatang.

pelajar2 ini  ada yg tidak bernasib baik sewaktu di alam persekolahan sama ada kekurangan sumber kewangan ataupun atas kesilapan diri sendiri. namun wujudnya kolej komuniti ini adalah satu platform utk mereka semua berubah..menjadi somebody.

pelajar kolej  kami sendiri sebagai contohnya telah berjaya mencipta nama sehingga keperingkat antarabangsa. sehingga ke negara Jerman pelajar ini membawa nama negara ke pertandingan kemahiran peringkat dunia. pelajar tersebut pernah mendapat didikan ku sewaktu di awal2 perjuangannya di kolej ini.. masih ku ingat lagi aku mengajarnya subjek Housekeeping. waktu itu dia masih di semester kedua. terkial-kial buat bed making...kami hantar dia ke program attachment dgn hotel luar. dia ditempat di The Danna. lepas balik dari sangkutan industri selama 2 bulan itu, telah byk perubahan yg aku lihat berlaku pd dirinya..lebih berdisiplin dan lebih bersemangat.. pelajar ini seorang yg berbangsa Cina. tp budi bahasa dan sopan santunnya sangat2 terpuji.

sekarang dia menyambung pengajian diperingkat diploma di salah sebuah politeknik di utara Malaysia..aku doakan dia berjaya lebih lagi selepas ini... tidak kiralah apa bangsanya dan apa agamanya. dia permata hati kami yg menjadi kebanggaan kami...

pulau ini memberi sejuta kedamaian. sudah hampir 6 tahun aku di sini. aku semakin jatuh cinta dgn tempat ini. dgn penduduknya dgn makanannya dgn ketenangannya.aku bersyukur ditempatkan di sini.. jauh dari hiruk pikuk kota dan jammed di jalanraya. kami hidup dgn cara kami dan kedamaian kami. alhamdulillah...

 semoga aku diberi lebih ketabahan utk mendidik anak2 ini. mereka perlukan sarjana seperti kami untuk menjadi somebody. mereka perlukan buah fikiran sarjana seperti kami untuk jadi somebody. mereka perlukan kesabaran setaraf sarjana seperti kami untuk jadi somebody. mereka juga perlukan kasih sayang seorang sarjana seperti kami untuk jadi somebody. semoga perjuangan ini diberkati Allah dan kami diberikan lisan yg lancar dan mudah difahami oleh Allah swt dlm usaha untuk membentuk anak2 ini menjadi insan berhati waja serta berjaya. aamin ya rabbalalamin....





 

Thursday, 22 May 2014

Yes I love u...hihihihi

ummie..ummie sayang adik tak?
 
hmmmmmmmm tak... hihihihih
 
adik tak mau kawan ummie......
 
ummie...ummie sayang kakak tak?
 
hmmmm kakak rasa?
 
ala ummie ni tu pun tk mau jawab...

anak2 ummie yg tomei tomei sudah tentulah ummie sayang kamu berdua.. penawar hati ummie...pengarang jantung..best friend ummie.. setiap bulan ummie tentu tanya nk beli ape untuk  sayang2 sekalian...

si kakak bulan ni nk belikan hadiah teacher's day buat guru2 nya. walaupun dah back dated dia tetap nk juga belikan. bagusla dah pandai menghargai org.  semoga sentiasa menghargai org2 yg byk berjasa kepada nya. kenapa tk belikan awal2? readers sekalian..kalau si kecik ni nk bagi kek ker, cokelat ker, atau bunga lin boleh tahan lagi. ni dia request nk belikan teacher dia gelang atau rantai... tk terkedu dibuatnyer... omak aiii . berapa ramai teacher kat sekolah tu mau kopak poket ummie... so kenala spend 1 hari untuk  bawak "Tuan Puteri Negara Pasir Derdengung" ni gi shopping n pilih hadiah utk teacher dia sendiri...n off course la bukan barang2 jewellery...botak la den...

si adik bulan ni nk beli spiderman lagi...bulan lepas dah beli mainan spiderman, bag sekolah spiderman, berus gigi spiderman, ubat gigi spiderman... bulan ni dia nk tgk movie spiderman dengan baju spiderman pulak. Abah dah siap amik cuti nk bawak anak bujang dia ni gi tgk movie... abah bukan selalu boleh cuti...dia bukan keje gomen mcm ummie... BZ.. memanjang.

besok kalau yg tecik tomei ni keluar pulak n bila dah start pandai minta mcm2..apelah pulak kerenahnyer...

hmmm alhamdulillah... i'mmmmmmm hepi....syukur ya Allah

Thursday, 15 May 2014

Pagi yg mengganggu emosi

wahai pelajar..tolongla sedar apa tujuan kamu ke institusi pengajian
dtg ke sini utk menuntut ilmu
alasan tk boleh bangun pagi memang tk boleh diterima akal

anak org susah berhempas pulas berusaha utk mendapat kemajuan dlm hidup
sampai jadi stress dan emosi terganggu kerana tk tahu mcm mana nk teruskan pengajian
kerana duit utk makan pun tiada

tetapi bagi kamu anak org berada yg lahir atas dulang emas disuap dgn sudu perak
cubalah buka mata
buka minda
tgk sekeliling
bantal yg kamu sayang sgt nk tinggalkan di pagi hari itu
akan menjadi musuh kamu satu hari nanti

"org yg sibuk diwaktu mudanya akan menjadi tidak sibuk di waktu tuanya"
"org yang tidak sibuk diwaktu mudanya akan menjadi sangat sibuk di waktu tuanya"
  - Prof. Dr.Muhaya

 

Wednesday, 14 May 2014

Klinik ibu dan anak

hari ni di klinik cik abg terlebih caring plak kat ummie ni...sampai ummie nk gi buat urine test pun cik abg dok ngikut sampai ke Lab.  don't worry yang... ummie can handle.

masa mula2 preggy ni abg pernah cakap yg dia excited mcm first time nk dpt baby pulak. maklumla anak2 yg lain semua dh besar n petah bercakap. bila tgk baby org lain kat klinik dia jd excited.. lebih2 lagi baby yg montok2 pipinyer..

bila dah ada baby kecik nanti n time gi shopping sudah tentulah cik abg yg kena dokong...ummie tk larat sebab 2 anak sebelum ni semuanya lahir 3.8kg ke atas beratnyer...kali ni tak taula pula berapa kg...harap semuanya selamat....

Aimy one day old

Harith one day old

aimy harith


Harith montok si montok montok....

aimy n choc indulgence tk boleh dipisahkan....

eiiiiiiiiii gigi aimy takderrrr....
budak kuat nangissssssss
posed memang "A"