Thursday 4 September 2014

my deary princess di rawat 'doktor lin' - infection kat telinga

alololo..kesian kat cayang ummie ni...telinga bernanah sebab tempat tindik subang kena infection. aimy kata kawan kat sekolah main tarik2 telinga dia.. hmmmmm sebab ni la ummie nk hantar awak pegi sekolah PASTI..belajar n pakai tudung...tp awak tak mau..nk jugak sekolah mickey mouse.

semalam mase doktor lin (ummie la tu) hihihih buat rawatan pada pesakit ni kena betul2 tunggu sampai dia lena... cabutkan subang dan tekan tempat luka tu sampai bersih... selamat la ummie ni ada experience keje kat klinik mase cuti semester time jadi student university dulu.takde la takut sgt nk cuci luka2 kronik ni. abah nye as usual tgk jer sebab tak sampai hati. minta tolong pegangkan kapas pun abah dah seriau...hihihih...tp baru separuh jalan aimy dh terjaga...jeng jeng jeng... "beyonce buat concert di malam hari".... menjerit2 si kecik ni tahan sakit. ummie dgn muka tkde perasaan teruskan juga proses rawatan.....

lepas luka siap di letak ubat n  bagi makan antibiotik. aimy pun tido sampai ke pagi.. haaaaaa lega hati ummie.

tips merawat luka yg bernanah. ( telinga yg ditindik)

  1. cuci tangan bersih2 (perawat)
  2. gunakan kapas yg telah direndam ke dalam air panas/steril
  3. luka cukup sekadar dicuci dgn air suam. lebih baik ditambah dgn sedikit garam (sbg antiseptik, itupun kalau sampai hati nk dgr anak meraung sebab pedih). lin tk letak pun garam...tk sanggup nk dgr "beyonce" sing a song.
  4. tekan luka yg bernanah sehingga bersih -- nk tahu bersih ke tidak, luka akan mengeluarkan darah. dan bila ditekan tekan lagi hanya darah yg keluar. itu tandanya nanah sudah tiada.
  5. nanah perlu dikeluarkan supaya luka tu tk berdenyut2..anak akan rasa lega bila luka mereka telah bersih. (ibu2 perlu kuatkan sikit hati tu mase proses merawat...memang dorang akan meraung tp sekejap jer)
  6. lap dgn air suam dan kapas yg telah disterilkan dgn air panas tadi.
  7. keringkan dgn kapas yg bersih
  8. gunakan cotton bud dan sapu Foban Ointment pada luka. nk pakai iodin pun boleh tp Foban ointment ni memang special medicine utk luka bernanah dan luka anak kita tk kotor dgn kaler oren. foban ni kaler dia putih kat farmasi ade dijual. harga RM9-10.00 hengget satu tiub.
  9. pas tu luka jgn ditutup dgn kapas. biarkan terbuka supaya cepat kering.
  10. in shaa Allah.. anak akan cepat sembuh.
doktor tk galakkan guna minyak gamat dan biarkan subang masih terpasang di telinga. buka dulu subang tu. biarkan luka tu sembuh dulu. subang boleh beli lain tp  telinga tk boleh beli kat mane2....

heheheh sekadar perkongsian ilmu. moga bermanfaat utk semua

UiTM...Di sini lahirnya Sebuah Cinta

UiTM...nama segah organisasinya...

pengalaman menimba ilmu di gedung ilmiah ini tk akan kulupakan sampai bila2...
di sini aku di  didik menjadi seorang yg berjiwa kental, aku di didik menjadi pemimpin, aku di beri makna jatidiri sebagai org melayu dan aku menjadi aku yg sekarang....

aku  yg dulu pernah menjadi seorang yg memendam rasa dan sgt rendah diri di alam persekolahan mampu menjadi seorang komander memimpin kawad untuk kompeni kesatria fakulti ku, menjadi Fasilitator untuk program PLKN batch yang pertama pada tahun 2004 dan menjadi Pembimbing Mahasiswa (PM) semasa Minggu Haluan Siswa (MHS) sekrg dikenali sebagai MDS.

aku bermula sebagai Zero di tahun 2000.. Alhamdulillah sekarang sedang mengecapi hasil penat lelah dan titisan air mata yg tumpah sepanjang berjihad sebagai seorang mahasiswi dulu. 2000-2005, 5 tahun yg penuh rencah dan rasa. kini dari  tahun 2007 hingga skrg aku pula menjadi seorang pendidik. walaupun pelajarku tidak setaraf siswa siswi UiTM namun aku mampu memberi ruang untuk anak didikku ke sana berbekalkan kecekalan dan semangat juang yg tinggi.


Terima kasih UiTM... "UiTM dihatiku"









hai readers...lama tk ber'post" di blog kesayangan ni...

menghitung hari untuk menyambut kehadiran umat Nabi Muhammad yg terlatest dlm family kecilku...

dah slowkan mcm2 aktiviti. LIEC pun dah hand over kat org lain sebagai Pengarah Program. hari ni team teknikal buat test run utk track. semalam dorang dah bawa student utk test track hari pertama di Gunung Mat Chinchang dan pantai kok. hari ni pulak  sedang berlangsung acara test run utk track kayak. dari pantan Bonton ke Taman Lagenda. harap semuanya selamat. Thank you my dear Aisyah yg comitted dgn tugasan yg di beri...semoga test run esok di Pulau Tuba juga akan success dgn bantuan pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi yg sgt2 supportive... Pak Dan...

sedih tgk dorang bersiap2 nk buat extreme sport ni sebab lin tk dpt join dan bg sokongan di tempat  test run berlangsung. tp lin tetap bersyukur kerana rahmat yg lebih besar menanti  dan sedang dikendong kesana kemari...my sweet little baby boy....tahun depan jika umur panjang leh join LIEC 2015 dlm team teknikal pulak .

lama betul tk post dlm blog ni..bzz sesangat lately ni. nk kejar kelas  utk habiskan modul. maklumla nk cuti lama. kelas pulak ada 7. student semester 1 dari semua course yg ada di akademi ni. rasa cam glamer pun ade gak sem ni sebab sumer student junior kenal lin...hehehehe.. "Mak tiri berdarah Singa jadian". hahahahahaha.

hati agak berbunga bila dpt tahu ade student2 yg pernah di didik dulu dah habis belajo kat poli dan skrg dah mendaftar sebagai student university. alhamdulillah...rezeki uols. belajar rajin2 tau. pas tu meh masuk academy ni jd tenaga pengajar. rasekan betapa stressnyer kami nak jadikan kamu semua tu "orang" bukan "orang-orang" mcm kat bendang nun..tq Allah kerana memudahkan perjalanan mereka.

oklah...perut suda lapar. mau cari makanan lerrrr....k bye

Monday 26 May 2014

Apalah sangat...

"elehhh jadi lecturer konon...
setakat lecturer kolej komuniti jerrrr
student pun yg tempat lain dh tak nak
duduk kat pulau pulau tu
ade life ker"


inila kata2 sinis yg selalu menjadi pembakar semangat ku utk menjadi pendidik yg lebih baik lagi
kerana pada ku:


"Lecturer yg terbaik adalah untuk pelajar yang lemah"


tidak akan aku hiraukan semua cakap2 org berkenaan tempat ku mengajar.
yang penting kami warga pendidik kolej komuniti mampu memberi sinar harapan kepada pelajar2 yg dikatakan terbuang ini untuk mendapat kemahiran dan kelulusan bagi mencari sesuap nasi apabila habis belajar nanti.

bukan sedikit pelajar kami yg berjaya diluar sana. sama ada berjaya dalam kerjaya mahupun mampu menyambung pengajian sehingga keperingkat ijazah. itu lebih memberi kepuasan kepada kami warga pendidik Kolej Komuniti.

selalu ku katakan kepada pelajar, "rezeki manusia ni berlainan..yg penting semangat mesti kena kuat". so tugas pendidik yg dikatakan  picisan seperti kami inilah yg dipertanggungjawabkan untuk membangkitkan semangat anak bangsa ini supaya lebih kental menghadapi cabaran hari2 mendatang.

pelajar2 ini  ada yg tidak bernasib baik sewaktu di alam persekolahan sama ada kekurangan sumber kewangan ataupun atas kesilapan diri sendiri. namun wujudnya kolej komuniti ini adalah satu platform utk mereka semua berubah..menjadi somebody.

pelajar kolej  kami sendiri sebagai contohnya telah berjaya mencipta nama sehingga keperingkat antarabangsa. sehingga ke negara Jerman pelajar ini membawa nama negara ke pertandingan kemahiran peringkat dunia. pelajar tersebut pernah mendapat didikan ku sewaktu di awal2 perjuangannya di kolej ini.. masih ku ingat lagi aku mengajarnya subjek Housekeeping. waktu itu dia masih di semester kedua. terkial-kial buat bed making...kami hantar dia ke program attachment dgn hotel luar. dia ditempat di The Danna. lepas balik dari sangkutan industri selama 2 bulan itu, telah byk perubahan yg aku lihat berlaku pd dirinya..lebih berdisiplin dan lebih bersemangat.. pelajar ini seorang yg berbangsa Cina. tp budi bahasa dan sopan santunnya sangat2 terpuji.

sekarang dia menyambung pengajian diperingkat diploma di salah sebuah politeknik di utara Malaysia..aku doakan dia berjaya lebih lagi selepas ini... tidak kiralah apa bangsanya dan apa agamanya. dia permata hati kami yg menjadi kebanggaan kami...

pulau ini memberi sejuta kedamaian. sudah hampir 6 tahun aku di sini. aku semakin jatuh cinta dgn tempat ini. dgn penduduknya dgn makanannya dgn ketenangannya.aku bersyukur ditempatkan di sini.. jauh dari hiruk pikuk kota dan jammed di jalanraya. kami hidup dgn cara kami dan kedamaian kami. alhamdulillah...

 semoga aku diberi lebih ketabahan utk mendidik anak2 ini. mereka perlukan sarjana seperti kami untuk menjadi somebody. mereka perlukan buah fikiran sarjana seperti kami untuk jadi somebody. mereka perlukan kesabaran setaraf sarjana seperti kami untuk jadi somebody. mereka juga perlukan kasih sayang seorang sarjana seperti kami untuk jadi somebody. semoga perjuangan ini diberkati Allah dan kami diberikan lisan yg lancar dan mudah difahami oleh Allah swt dlm usaha untuk membentuk anak2 ini menjadi insan berhati waja serta berjaya. aamin ya rabbalalamin....





 

Thursday 22 May 2014

Yes I love u...hihihihi

ummie..ummie sayang adik tak?
 
hmmmmmmmm tak... hihihihih
 
adik tak mau kawan ummie......
 
ummie...ummie sayang kakak tak?
 
hmmmm kakak rasa?
 
ala ummie ni tu pun tk mau jawab...

anak2 ummie yg tomei tomei sudah tentulah ummie sayang kamu berdua.. penawar hati ummie...pengarang jantung..best friend ummie.. setiap bulan ummie tentu tanya nk beli ape untuk  sayang2 sekalian...

si kakak bulan ni nk belikan hadiah teacher's day buat guru2 nya. walaupun dah back dated dia tetap nk juga belikan. bagusla dah pandai menghargai org.  semoga sentiasa menghargai org2 yg byk berjasa kepada nya. kenapa tk belikan awal2? readers sekalian..kalau si kecik ni nk bagi kek ker, cokelat ker, atau bunga lin boleh tahan lagi. ni dia request nk belikan teacher dia gelang atau rantai... tk terkedu dibuatnyer... omak aiii . berapa ramai teacher kat sekolah tu mau kopak poket ummie... so kenala spend 1 hari untuk  bawak "Tuan Puteri Negara Pasir Derdengung" ni gi shopping n pilih hadiah utk teacher dia sendiri...n off course la bukan barang2 jewellery...botak la den...

si adik bulan ni nk beli spiderman lagi...bulan lepas dah beli mainan spiderman, bag sekolah spiderman, berus gigi spiderman, ubat gigi spiderman... bulan ni dia nk tgk movie spiderman dengan baju spiderman pulak. Abah dah siap amik cuti nk bawak anak bujang dia ni gi tgk movie... abah bukan selalu boleh cuti...dia bukan keje gomen mcm ummie... BZ.. memanjang.

besok kalau yg tecik tomei ni keluar pulak n bila dah start pandai minta mcm2..apelah pulak kerenahnyer...

hmmm alhamdulillah... i'mmmmmmm hepi....syukur ya Allah

Thursday 15 May 2014

Pagi yg mengganggu emosi

wahai pelajar..tolongla sedar apa tujuan kamu ke institusi pengajian
dtg ke sini utk menuntut ilmu
alasan tk boleh bangun pagi memang tk boleh diterima akal

anak org susah berhempas pulas berusaha utk mendapat kemajuan dlm hidup
sampai jadi stress dan emosi terganggu kerana tk tahu mcm mana nk teruskan pengajian
kerana duit utk makan pun tiada

tetapi bagi kamu anak org berada yg lahir atas dulang emas disuap dgn sudu perak
cubalah buka mata
buka minda
tgk sekeliling
bantal yg kamu sayang sgt nk tinggalkan di pagi hari itu
akan menjadi musuh kamu satu hari nanti

"org yg sibuk diwaktu mudanya akan menjadi tidak sibuk di waktu tuanya"
"org yang tidak sibuk diwaktu mudanya akan menjadi sangat sibuk di waktu tuanya"
  - Prof. Dr.Muhaya

 

Wednesday 14 May 2014

Klinik ibu dan anak

hari ni di klinik cik abg terlebih caring plak kat ummie ni...sampai ummie nk gi buat urine test pun cik abg dok ngikut sampai ke Lab.  don't worry yang... ummie can handle.

masa mula2 preggy ni abg pernah cakap yg dia excited mcm first time nk dpt baby pulak. maklumla anak2 yg lain semua dh besar n petah bercakap. bila tgk baby org lain kat klinik dia jd excited.. lebih2 lagi baby yg montok2 pipinyer..

bila dah ada baby kecik nanti n time gi shopping sudah tentulah cik abg yg kena dokong...ummie tk larat sebab 2 anak sebelum ni semuanya lahir 3.8kg ke atas beratnyer...kali ni tak taula pula berapa kg...harap semuanya selamat....

Aimy one day old

Harith one day old

aimy harith


Harith montok si montok montok....

aimy n choc indulgence tk boleh dipisahkan....

eiiiiiiiiii gigi aimy takderrrr....
budak kuat nangissssssss
posed memang "A"


 

I'm realy in love





Syukur Ya Allah kerana mengurniakan ku perasaan ini........

Monday 12 May 2014

Mid Term Test

hahahahahahaha....gelak kejam

akhirnya lin berjaya membuat set soalan yg menjadikan student tk berani nk keluar awal dari bilik exam...kalau tk tu 30 minit dah keluar semua... senang katanya...

ni siap ade extra time lagi....hihihihih berkerut-kerut muka  masing2 nk menjawab...

"puan lin nape kali ni susah sangat"

"hmmmm perkara tk akan jadi susah jika uols Iqra' bismirabbikallazihallaq.... ade fahammmmmmm...hehehehehe" 

alaaaaaaa...paper Front Office je pun bukannya paper Fizik....hihihihi

Sunday 11 May 2014

Mother's day treat from my lovely hubby

thank you Mr.hubby for the lunch date...

sempena Mother's day ni kami gi dating berdua jerrr tp waktu lunch jerrr yg boleh pun....
time2 lain susah sikit nk bermesra2 alam ni sebab hero and heroin ade....nk kena take care betul2...
bebudak tgk lasak..tk boleh terlepas pandang..

anyway thanks for the beautiful quote and wishes my dear handsome hubby...



 

Sharifah Aini - Mawar Putih Buat Mama


Selamat hari Ibu buat semua ibu, mama, ummie, emak, mummy, amma....
lagu ni khas buat emak lin yang berada sgt2 jauh dimata tp dekat sgt2 dekat dihati ini....
Semoga mak sentiasa dirahmati Allah swt. berbahagia disamping abah a.k.a suami tercinta, sentiasa diberkati Allah, dilindungi, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.  Akak sayang mak dunia akhirat.... aamin ya rabbal alamin

Wednesday 7 May 2014

King Kong

dua hari lepas rasanyer HBO tayangkan filem King Kong...
2 beradik si aimy dan harith beria-ria nk tgk...
hmmmm ummie layan jelah..tp citer tu start pukul 10 mlm sampai 1 pagi kot...
ummie pun tutup lampu semua biar tv je yg terpasang
dengan harapan bila dah gelap2 ni budak dua beradik ni akan terlelap sendiri
lebih2 lagi si kakak yg nk ke sekolah esoknya

mula2 citer ni start dua beradik ni sibuk dok tanyer "mana king kong nyer mie"
"sabar la yang...sat lagi king kong tu keluar"
10 minit lepas tayangan ummie yg terlelap
tiba2 terjaga bila dua beradik ni terkekek ketawa tgk kingkong tu beraksi
dlm hati berkata "tak tido jugak budak2 ni"
ummie pun terlelap lagi....

dalam pukul 12 dgr dorang menjerit2 lagi sambut abah balik keje...
heboh citer pasal kingkong kat abah dorang
ummie terjaga sekejap pas tu sambung tido lagi

alih2 tgk dah pukul 6 pagi

hmmm seperti biasa drama di pagi hari.. " ummie aimy rasa badan aimy mcm panas jerr...aimy demam ni...cuba rasa kepala aimy"
ni drama Queen setiap pagi yg berlakon dgn mcm2 alasan tk nak pegi sekolah

"no, no, no... jgn nk mcm2...tuanku sila bangun ke bathroom...mandi n siap gi sekolah" perintahku

"ummieeeee niiiiiiiiiiiii tk kesian kat kakak ke bla bla bla bla bla..........."aimy dh start meragam..

"ummie tk dgr...tk dgr apa2 pun...eiii suara siapa tu ekkkk...tk dgr...tk dgrrrr" balasku semula...

moral of the story..jgn setakat tutup lampu jerrrr nk bg anak tido tutup dgn TV tu sekali...hehehehehe.....

mum's world............. bye bye readers


King Kong!!!!!! comey pulak bila di tenung2...hehehe

Tuesday 6 May 2014

Thanks a lot sayang

bersyukur dikurniakan soulmate yg amat memahami diri ini
sentiasa memberi dorongan untuk terus berjaya dalam kerjaya dan alam rumahtangga yg dibina bersama.
thanks a lot sayang

soulmate lin ni sgt merendah diri orgnya
dan agak pendiam
compare dgn lin yg suka bercakap
tp kami saling loving each other

soulmate lin tk suka pamir mesra lebih2 depan org
katanya itu semua perlu disimpan exclusive utk kami berdua sahaja
tk perlu tunjuk
hehehe tp kadang2 lin ni nakal juga...
suka ngusik dia pas tu muka dia blushing hihihihih malula tu...
nak amik gambar mesra lelebih pun dia blushing....


paling penting sekali soulmate lin ni amat menghormati hak privasi pasangan.
sgt tertib orgnya...
semoga Allah memberi beribu rahmat buat abg, dimurahkan rezeki, diberkati, dilindungi, disayangi dan dimudahkan segala urusan. terima kasih menjadi soulmate bie dan abah yg penyayang pd anak2 kita. bie love u mr. hubby.....

Monday 5 May 2014

bila my princess Merida a.k.a aimy suka memerintah

ummieeeeeeeeeeee...aimy kan dah cakap aimy tak nak buat bla..bla bla bla....
 
ummie..aimy dah cakap aimy nk beli yg tu yang tu dan yang tu
 
ummie aimy tk mau la buat itu itu dan itu
 
ummie aimy tk nk buat homework..aimy letih jari aimy sakit....
 
ummiiieeeeee nk air sejuk
 
ummie nak air didie (dutch lady)
 
ummie nk barbie
 
ummie nk .................................

stop! stop! stop!
 

time2 ni la dialog cerita animasi BRAVE akan keluar

bila si kecik ni dah  dah start cakap

"ummie dengarlahhhhhh apa aimy nk cakap ni "
"ummie listen!"
 

maka si ummie akan keluarkan dialog Queen Elinor dgn jayanya.


Comey tak i? hehehehehe 

"Merida!  I'm the queen! u listen to me!

zupppppp terus terdiam mulut anak dara tu and dia start gelak....kuar terus ayat ""ahhhh mom...."

selama ni si kecik ni dok berangan yg dia ni Princess Merida dlm cerita Brave...ada hati nk beli set

archery..nk memanah katanyer...adoi pengsan....



Best cerita ni untuk bagi pengajaran pada anak2 tentang nilai2 yg murni sebagai seorang anak. moral of the story "kasih sayang ibu tiada batasan".


Anak2 jangan terlalu didesak dgn kemahuan kita kerana zaman telah berubah...cuba menjadi pendengar yg baik bagi setiap masalah yg anak cuba ceritakan.. lepas dengar baru komen...hehehehehehe


Whats a wonderful mum's life...nikmatinya, positif dan bersyukur...moga anak2 kita akan menjadi insan yg cemerlang gemilang terbilang di dunia dan di akhirat..aamiin....

 

Wednesday 30 April 2014

Prof. Madya Dr. Asri bin Selamat

minggu cuti semester datang lagi... tp kami lecturer semua tidak dibenarkan bercuti sebab kena attend Bengkel Pembinaan Item Soalan. Sampai ke hari pertama kursus lin tk tahu siapa yg bakal memberi bimbingan untuk kursus tersebut.

hati rasa malas nk masuk sebab time student cuti nila kami para lecturer nk completekan note n prepare soalan2 midterm. punyerla malas lin ngan kawan2 nkmasuk dewan, kami leh still makan2 lg dlm office sementara nk tunggu pukul 9 pagi. tetiba Mr. Daeng masuk opis kami bg tau sistem down..."tunggu dulu yong lom start lagi bengkel tu" ..hmmm si daeng ni dari dulu panggil lin yong..dari anak first ni nak masuk yg ke tiga dia tetap dgn singkatan nickname BUYONG tu..stress mak.

tetiba si daeng gi tau yg speaker hari ni prof lin dari UTHM...hmmmm prof yg mana satu. hati mula dah berbunga2 nk gi masuk dewan....

masuk2 dewan bengkel dah start..owhhh...prof ni... tp tk ingat nama but still ingat rupa. cuma prof tk ngajar lin masa master dulu.... hmmmm nostalgia sgt bila berada dlm dewan bersama ilmuan ini. lin dan kawan2 yg sama grad dr UTHM masa master dulu dok tersenyum2 mengingat kenangan kami semasa berada di dalam dewan kuliah di UTHM... feeling2 jd student balik. grad tahun 2007 dan sekrg ni almost 8 years time ago.. hmmm tua dah mak.

genap 3 hari hati dah rasa syahdu... Prof dah nak balik. Bengkel Prof memang kebabom...bangga menjadi anak didik UTHM dan bila kawan2 puji Prof lin rasa terharu. kami di didik oleh pakar dalam bidang education...

Semoga panjang umur dan murah rezeki Prof.Madya Dr. Asri Bin Selamat, begitu juga barisan pendidik berkaliber dari UTHM yg sgt2 lin hormati, Dr.Noraini Kaprawi, Dr.Wahid, Dr.Maizam, Tuan Hj. Sapon, Tuan Hj Ali, Dr. Jailani, Mr. Tan King Hiyang (my dearest lecturer ni), dan ramai lagi cerdik pandai ilmuan yang dihormati...

Prof.Madya Dr. Asri Bin Selamat yang pakai neck tie warna merah di barisan hadapan...ni gambar kami lepas habis kursus....lecturer academy ni memang pantang tgk kamera....mcm2aksi...may Allah bless all of us as an educated academician. Aamiin...
 

Monday 21 April 2014

World Time Zone vs GMT

hahahah skrg umur dh 32 tahun...belajar pasal GMT dan world time zon ni masa geografi tingkatan 2 kot. la ni nak ajar balik student cara pengiraan time zone berdasarkan GMT...uiii jenuh nk cari note2 kat internet. selamat la ni zaman teknologi..tk payah gi kedai buku mcm zaman2 sekolah dulu..maklumat dihujung jari...

naik sheikh gak ngajar ngira2. sampai 2 minggu tk tukar topik lagi..syok pulak MATH. nape dulu tk jd lecturer MATH..hahahah (sedor diri sikit yerrr u tu tk minat math). bila sama2 buat dgn student kami jd excited bila dpt jawapan.. hmmmm selamat masa PMR geografi ngan math dpt A.... masa SPM Math pun dpt A tp dah tk de geo sebab amik sains gunaan.... Iols budak civil engineering dulu masa kt Sekolah Teknik Port Dickson...

amik subjek lukisan kejuruteraan, subjek kejuruteraan awam, fizik kimia n bla bla bla....nk tersenget rasanye amik 10 subjek tough2 sumernya. alhamdullilla cemerlang masa SPM. Masuk University tukar course.. pasal apa? haaaaa gi baca kat label Alam Universiti...hehehehehehe. syukur juga mampu jd "manusia" pd hari ini.

apa2 pun i suka jd pendidik. hari tu masa check up kat klinik nurse tanya.. " puan ni cikgu yer" ekkk cikgu....
aku pun jawab " ha ah...." terus nurse tu excited "tula saya dah tau dah puan ni mesti cikgu sebab aura cikgu nampak sgt...mak saya pun cikgu jugak" hihihihih aura? boleh la dik. cikgu dgn lecturer tk byk beza pun..  tp i cikgu yg garang tau...

hmmmmmmmm wonderful education world.....

 

Thursday 17 April 2014

LIEC 2014

buat readers yg mencari maklumat berkenaan LIEC 2014 di sini ada sedikit info berkenaan acara tahunan sukan lasak ini

Tarikh     : 26-29 Oktober 2014
Kategori  :  Kategori 1 (Institusi) & Kategori 2 (Open & International)


Acara akan dilakukan selama 3 hari dimana peserta akan diuji ketahanan mental dan fizikal sehingga keperingkat yg paling extreme dan lokasi cabaran adalah di sekitar Langkawi dan Pulau Tuba.
acara pada hari pertama : Trailblazer Challenge
                                         - River Crossing
                                         - Cabaran mendaki Gunung Mat Chincang
                                         - Cabaran laluan paya bakau
                                         - Renang
                                         - Kayak (dari Pantai Kok ke Pantai Bontton)

acara pada hari kedua    :  Kayak dari Pantai Kuala Muda ke Pantai Taman Lagenda
acara pada hari ketiga    :  Cross country Orientering ( Pulau Tuba)- menggunakan Sistem Dibber

surat jemputan Kedua akan di edarkan secepatkan mungkin kepada institusi yg telah menghantar pengesahan penyertaan sebelum ini.

sekian untuk makluman.

bicara soal hati: hadirnya ...

pengikat kasih sayang suami isteri bila dikelilingi cahaya mata yg bijak dan cerdas.. keletah anak2 yg kuat berceloteh dan suka bertanya mcm2. si kakak bila pulang dari sekolah akan terus cerita apa yg dipelajari hari ini, apa yg berlaku di sekolah, siapa kawan2 yg rapat dgn dia dan apa yg teacher lakukan hari ini. setiap hari minta ummie semak bacaan iqra' nya... yg geli hati si anak pulak yg pegang rotan bukan si ummie....

keletah mu wahai sang puteri buat mabuk alahan ummie ni berkurang sikit....

si adik sementelah pulak anak lelaki sgt meminati superhero nya "spiderman". si adik selalu bertanya "bila tangan iqi nk keluar tali mcm spiderman kat TV tu mie...bila dah keluar tali iqi nk loncat2 mcm dia". prevention strategy yg boleh lin lakukan daripada dia melompat-lompat dari meja ke sofa dari tangga ke lantai ialah bg tau bila tgn dia dah ada tali baru boleh lompat2....hehehehehehe alhamdulillah si kecik ni mendengar kata. tp tk larat nk jawab bila dia tanya "bila tali ni nk ada mie" . si ummie ini pun menjawab "sabarla sayang...tunggu ek..."

keletahmu wahai sang putera buat ummie yg mabuk alahan ni makin mabuk..............hehehehehe

dua beradik ni asal nampak bukit jer mereka akan panggil Cameron Highland. suruh abah drive nk pegi Cameron Highland.. kalau mereka pergi Genting Highland lagi gembirala dua beradik ni...kami suka pegi bercuti tempat yg sejuk2 sebab dah duduk kat area panas berdenting ni kenala cari suasana yg nyaman utk bercuti. tahun ni belom ada kesempatan utk kemana2 lagi. masing2 bz...dan lin sendiri pun dlm condition yg agak tk larat sekrg ni..tunggula bila semuanya selesai in syaa Allah pegi bercuti dgn ahli keluarga baru pula lepas ni....

k readers...bye bye


 

Sunday 13 April 2014

bicara soal hati: Putus Cinta?

putus cinta????

ramai pelajar baik di IPT dan peringkat sekolah mengalami masalah ini. ramai yg kecundang melayan perasaan kecewa sehingga melibatkan diri dengan perkara2 yg tidak bermoral serta membahayakan diri sendiri. bagi lin yg bertugas sebagai pendidik ada juga terpaksa handle kes student yg nak berhenti belajar  sebab putus kasih, nk tukar course sebab nk ikut pasangan dan macam2 lagi.

nasihat lin yg paling utama....pelajaran NOMBOR SATU.

perasaan yg terbuai dgn janji2 manis dan impian yg direka di alam halusinasi semasa perasaan kasih sayang itu berada dipuncak amatlah berbahaya kepada insan yg bergelar pelajar. ada yg mampu handle perasaan sehingga menggenggam kejayaan (alhamdulillah) dan ada juga yg menjadi mangsa keadaan dan merosakkan segala impian yg di hajatkan semasa mula2 memijakkan kaki ke institusi pendidikan.

kepada yg berasa hayut dgn perasaan sedih, dendam dan amarah akibat di tinggalkan, rasanya adlah lebih afdal untuk menghentikan tindakan itu. tiada faedahnya. cuba kawal emosi, cari semula tujuan utama hidup ini dan yakinlah bahawa pertemuan dengan insan yg salah tidak bermakna kita adalah seorang insan yg useless, tak pandai menjaga hubungan atau tidak sesuai sebagai seorang kekasih.

semalam lin ada terbaca satu coretan di FB berkenaan seorang ibu yg dalam dilema untuk memberikan anaknya bermain pisau atau tidak. dia sgt mengasihi anaknya dan anak itu pula sgt gemar dgn pisau tersebut. meraung-raung si anak  sambil berguling-guling kerana hajtnya tidak dipenuhi. akhirnya si ibu membuat keputusan utk tidak memberikan pisau itu kerana dia nampak bahaya yg mendatang.

samalah juga dgn Doa yg kita panjatkan kepada Allah swt berkenaan Jodoh. kita memohon beria-ia sambil menangis supaya diperkenankan hidup bersama org yg dihajati tetapi kita tidak berjaya dlm usaha tersebut. KENAPA? MENGAPA? yesssssss!!! kerana Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk setiap hambanya. Yakini fakta itu. insya Allah hati akan tenang dan aman. cuba menjadi org yg redha.

untuk yg menghadapi depressi akibat putus cinta, jgn terlalu ikutkan perasaan. fikir secara rasional dan kembali semula kepada pencinta yg lebih mencintai kita setiap saat dan detik. Siapa? yessss!! Allah swt.


kasih Allah adalah abadi.

Tips hadapi depressi:
  1. stop dgr lagu2 cengeng putus kasih
  2. jgn menyendiri , buat aktiviti yg digemari bersama kawan2
  3. buka minda untuk menerima nasihat
  4. buka hati untuk menerima hubungan yg baru
  5. perbanyakkan solat sunat di sepertiga malam, paling  penting ialah solat taubat
  6. jgn simpan  brg2 yg boleh mengingati kenangan2 lama
  7. jgn pergi ke tempat2 yg boleh mengimbau kenangan
  8. belajar bertenang


diharapkan tips ini dpt membantu insan2 yg memerlukan.

percayalah dlm 10 tahun selepas peristiwa itu atau dgn izin Allah mungkin lebih cepat lagi anda akan mengetahui dan memahami percaturan yg telah Allah tentukan buat anda. yg penting sabar, redha dan tawakal. Perbanyakkan berdoa dan meminta dari Allah. Insya Allah jodoh anda akan sampai jua dan kemanisan disebalik kepahitan itu akan ketara apabila jodoh ketentuan Allah itula sebaik-baik pemberian buat diri anda.........alhamdulillah.

Thursday 6 March 2014

dinner with family

thank you my darling....mr Hubby kerana memenuhi selera isterimu dan anak2...

Khabsa Chicken
Mandy Lamb
Hummus with Lamb

mmmmm yummy yummy

so delicious...terbaik dari Arabica Restaurant

masa mula2 perkahwinan kami lin tak berapa suka makanan arab ni. first time makan pun masa berbuka puasa dgn mr.hubby (masa tu tunang lagi) di KLCC. nama restaurant tu tk ingatla... hubby begitu selera sekali..tp bg beginner mcm lin ni slow sikitla sebab baru nk mencuba-cuba menu apa yg menarik selera dan tk berapa pandai nk matchkan makanan ni dgn tekak hehehehe. pas dah bertahun hidup bersama dan menjadi menu wajib setiap bulan...lin pulak yg asyik teringat-ingat nak makan Arabian delicacies ni....sodap wehhhh.....cuba try test.....

favourite kami suami isteri sudah tentunya Lamb....tp kalau kari lamb lin tk boleh....tk tau kenapa.. tp cubalah bagi lamb chop, lamb rack, lamb grill, khabsa lamb or mandy lamb....dgn sukarelanya lin makan sampai habis...hihihihihi...sodap wehhh...ehhh apasal citer pasal makan jer ni.......

anak2 pun suka... kata org lamb lg elok dari beef. alhamdulillah tk rasa pening pun lepas makan lamb.

ada satu restaurant makanan Arab yg best di area Mergong, Alor Star. Restaurant Makah.... ni lokasi wajib keluarga lin bila bertandang ke rumah in laws.. my sister in law la dok promote...hmmmm not bad...not bad at all.. memenuhi citarasa keluarga betul...cumanya kat restaurant ni dia fokus pada menu Mandy jerr tp side dish yg lain pun best gak.. cubala minced meat yg dimakan dgn roti arab sebagai appetizer dan air Barbican sebagai pembasah tekak. lin suka Barbican Strawberry....

hihihih..mesti readers pun dah terliur... cer try...best wooo...

bye bye 

Bersangka baik..."Keep Moving Forward"

sukar mendidik hati agar sentiasa positif
adakalanya berjaya dan adakalanya sentiasa ada cabaran

kehidupan sebagai seorang ibu dan isteri
mempunyai pelbagai rasa
namun jika hati itu cekal dan tabah
in shaa Allah
kejayaan dalam tangan

bila hidup telah terurus dan tenang adakalanya cerita lama diungkit semula
dengan tulisan yg amat dangkal pemikirannya
si penulis mengungkit semula kisah2 dulu dgn lagak yg agak sinikal
seperti dendam yg tiada berkesudahan

lin cuma memandang enteng provokasi yg cuba dibawakan
dan mengambil pendekatan bahawa usaha penulis itu adalah kebudak budakkan
yg penting pada lin sekrg ialah apa yg ada di depan mata

sementelah lin amat meminati cerita kartun
baru2 ni lin telah menyaksikan cerita "Meet the Robinson" bersama anak2 tersayang
ada ayat power yg membuatkan lin terus menerus membuka mata.

ayatnya "KEEP MOVING FORWARD"
"Person who has  bad moments in past and keep thinking about the sadness will be nothing,
but the person who r facing with the sadness and keep moving forward to achieve something special in their life will be succeed..."

hmmm walaupun hanya sebuah cerita kartun namun messagenya amat baik sekali...

so the readers yg pernah mengalami cerita2 sedih sebelum ini cubalah bangun dr kesedihan itu.... tinggalkan dan lupakan nama2 yg pernah menyakiti anda. Allah lebih tahu apa yg terbaik dan serasi buatmu kerana perancangan Allah itu lebih baik.Yakinlah.... segalanya telah diaturkan dgn amat cantik oleh Allah swt...

jika ada provokasi yg mahu menjatuhkan maruah anda atau menceritakan perkara yg bukan2 berkenaan anda usah dilayan. memang hati tu akan geram dan rasa nak buat bukan2 pada yg menulis...cuma ingat satu perkara.. kita  ada anak perempuan, ada saudara perempuan dan ibu kita juga perempuan. takut apa yg kita ungkit tentang buruk org lain akan terjadi pula pada waris2 kita. yg buruk jdkan sempadan yg baik jdkan tauladan.

cubala menjadi seorang yg pemaaf dan hanya fokus pada apa yg ada di dalam tangan sekarang. jaga penampilan diri sebaik mungkin, jaga tutur kata, jaga penulisan, jaga pasangan, jaga karier, jaga anak2, jaga ibu bapa, jaga siblings, jaga in laws dan  jaga sahabat2 sebaik mungkin.

jangan juruskan insan2 yg kita sayang ini untuk membaca dan mengomen tulisan kita yg memberi dosa kepada mereka. ingat! yang betul itu mengumpat dan yang tidak betul itu fitnah. kedua-duanya ada balasan dari Allah swt. perbuatan mengadu domba tak sesuai untuk yg bergelar manusia. buruk padahnya. lebih baik penulisan yg mempunyai pengikut yg ramai di urus sebaiknya ke arah kebaikan. ia akan mendatangkan pahala untuk semua.

hmm panjang pulak tulisan ni.... diharap kita akan mendapat sedikit manfaat daripada coretan ini....

coretan dari insan yang masih perlu belajar erti hidup dan masih memerlukan kasih sayang Allah swt sebanyak-banyaknya....

bye bye...
 

Monday 17 February 2014

opisssss

hari ni berjaya siapkan FRP ..fail rekod pensyarah dgn jayanya...
pas submit kat boss lin gi check plak FRP pensyarah dlm unit Room Division..
sorry pd lecturer yg FRPnya di komen. lin hanya menjalankan tugas...ampun beribu ampun...sila kemaskini fail anda k... mana dokumentasi yg ditegur sila buat penambahbaikan...

pagi td sebelum sibuk ngan FRP lin  dok menanda paper final student sem 1... hmmm not bad...clever anak2 mak...
bagus k... nampak gayanyer uols baca dan faham semua study notes yg mak edarkan. soalan tricky pun boleh jawab. cam tu la bagus... good good good..

sem 2 tk tau apa citer lg... baru start final exam minggu ni..  harap2 semuanya ok...
hari ni cam ceria jerrr masing2...insya Allah moga semua urusan dipermudahkan Allah swt. dari jauh dah tegur dgn muka yg sgt ceria.....Puan Lin!!!!!! katanyer. mudahkanlah usaha anak2 didikku ya Allah. aamiin...

bye bye




 

Sunday 16 February 2014

Bakal adik ipar org Pahang

alhamdulillah...kalau takde aral bulan 3 ni akan terima adik ipar yg kedua. manis orgnya.. ingat lagi kami kelam kabut di dapur masa siapkan makanan untuk meja pengantin masa majlis perkahwinan angah dulu.  tk cukup tgn nk buat hiasan.

kalau tk silap bakal adik ipar ni anak sulung dari 4 beradik. tkpela janji beragama dan hormat org tua. itu sudah memadai. dtg dri keluarga berada atau tidak itu tidak menjadi masalah kerana semua insan adalah sama disisi Allah swt.

mak sgt gembira setiap kali nk terima menantu. pangkat dan darjat tidak pernah menjadi masalah. semua mak layan sama rata. kalau masuk yg ni nampaknya mak akan ada 3 menantu la lepas ni. ni menantu perempuan mak yg tunggal. satu je bakal menantu ni kena terar.. "buat tea susu". kami ni org kampung dan dari Negeri Sembilan..kegemaran kami sekeluarga ialah tea susu yg piau pekatnyer...so cik menantu kena terar buat ni sebab akak  n angah sangat tak reti buat teh susu..hahahah kantoi... tp mak cakap teh susu bakal menantu beliau  LULUS...hehehehehe. ok..boleh buat geng.. cik menantu berguru ngan mak baik2 k... untung tau..

readers ada dgr tak lagu Dato' Hattan dgn Waris yg latest..

Kejelobak Kejolobu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau  kono komat jolobu
Tk mati badan merasai
 
Gurindam dulu2
jangan ponah dipertikai
tak tau tanyo dulu
jgn ghoma memandai mandai...

part memandai mandai ni secara tepatnya adalah pd org luar yg tak tau adat pepatih negeri sembilan dan memandai mandai kata kami ni akan ambik harta dorang la..adat kami ni mcam2 la.. hehehehe
harta utk anak perempuan negeri sembilan ni adalah harta warisan daripada ibu bapa mereka sendiri
tidak ada kena mengena dgn harta suami atau mak mertua atau pak mertua..

ada org terlalu sinikal dgn adat kami.. tkpe...org luar tk faham dan tk perlu faham..cuma perlu belajar dan buat pembacaan yg lebih sebelum bercakap yg bukan2..

kla...my darling dtg opis plak..sat ekk nk gi mengadap Tuanku Sultan Al-Hubby...bye bye

 

Friday 14 February 2014

Putrajaya

Perjalanan express ku minggu ini...

memulakan journey pada hari rabu pukul 2.30 ptg bersama sahabatku Aisyah. tiba di Jeti Kuala Kedah pukul 4 n dok tunggu driver pick up hampir 1 jam setengah. driver n my big boss kena attend meeting di kolej komuniti padang terap..

pas driver sampai kami pun bertolak ke putrajaya.. pukul 12 kami tiba di Everly Hotel. nice lodging... bagus hotel ni sebab modern design n selesa bg pengembara express seperti kami.

besoknya kami memulakan sesi mesyuarat sehingga pukul 2.30ptg... hati dh tk tenang dah sebab nk rush ke KLIA pulak flight pukul 4 lebih... dah big boss ajak makan kat Subway yg ada di Groundfloor bangunan ni so kami pun menurut jelah...tk pastila nama bangunan ni ape... kalau readers familiar dengan bangunan kerajaan di putrajaya bangunan ni ada restoran Subway dan Rasa Utara di area groundfloor. big boss kata pas ni  akan ada byk lg meeting aku bersama pihak pengurusan di sini. hmmmmmmmm ok jer asalkan tk berhari-hari sebab tk boleh berjauhan lama dgn anak2 n mr hubby.

mr driver Berjaya sampai ke KLIA pukul 3.30...hahahaha logho ati den... pas settle hal2 luggage kami pun gi shopping Victoria Secret.

selamat tiba di pulau cantik hati tertarik ni pada pukul 6 ptg....Alhamdulillah...

lega hati bila dapat tgk wajah ceria anak yg menanti di dlm kereta bersama wajah handsome mr hubby yg sentiasa senyum (abg tetap handsome n comey di mata Bie) hihihi. anak2 tk boleh tunggu kat dlm airport ni kang habiis dirayaunya semua area especialy kedai chocolate. so perintah berkurung dilaksanakan n tunggulah anak2 sekelian di dlam kereta sajer....hehehe.. ummie love u my kiddos.

express rakyat...........bye bye readers
 

Tuesday 11 February 2014

Hiking Gunung Mat Chinchang

setelah sekian lama tk hiking...hari bersama team teknikaL LIEC 2014 kami memulakan hari yg indah ini dgn sesi cross country dari anak sungai telaga 7 ke persisiran pantai teluk burau. kemudian kami meneruskan pendakian ke Gunung Mat Chinchang dimana terletaknya Telaga 7 yg penuh dgn mitos di pulau yg indah ini...

aku setelah bertahun tidak mendaki hari ini dgn figure yg telah beranak dua ini berjaya mencabar diri sendiri utk turut serta dgn team teknikal LTA... syabas buat diri sendiri....hehehehe k laaaa bye bye

Friday 7 February 2014

GAYA PENULISAN KITA LAMBANG PERIBADI KITA

Dalm penulisan perlu ada adab dan tatacara yg perlu dititik beratkan. penulisan kita menunjukkan siapa diri kita yg sebenar... oleh itu berhati2 la pd setiap kata2 yg dicoretkan agar kita tidak nampak dumb n ugly walaupun status education tinggi melangit.

provocation pd lin tk perlu la...tk berminat nk layan. baik kita focus pada penulisan yg lebih bermanfaat pada keluarga, kawan2 dan pelajar2 (bg tenaga pendidik) itu lebih berfaedah.

ada org berperangai ke anak2kkan dan mengadu domba ni nampak sgt comel tp ada org pula nampak sebalikya bila berkelakuan begitu.

kita jaga apa yg kita ada baik2 ,  memberi pada yg memerlukan dan JGN KACAU HIDUP ORG. kalau kita rasa diri kita sentiasa betul dan org lain semuanya salah, "SILA AMIK CERMIN DAN RENUNG SAMPAI PECAH"...hahahaha..itu sudah cukup memadai.... okla...nk masak lunch...

jumaat Kedah cuti meh....

 

Thursday 6 February 2014

siapppp

hahahahaha kalut2 akhirnyerrr siap juga touch up paper final exam utk my students..

jgn la si pierre ni suruh buat amendment kat mana2 lagi...wehhhhh ahad ni dah nak exam tau..and today i ade revision class ngan my beloved student pukul 3 pm and kedah ni hari khamis keje sampai pukul 3.30 sahaja...

any amendment tk mau layan....

soalan tu dipusing2 sampai pening...tp i rasa ok kott kalau bebudak tu baca notes..

i selalu pesan IQRA' IQRA'  IQRA' IQRA'................. kat dorang
maksudnyerrr baca baca baca bacaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
lotih dah mulut ni posan
tak tau laaaa progresss mcm mana bebudak ni. harap2 bertambah lg la student 4 flat utk programme iols semester ni. aamiin....

kla nk gi solat... kang kalut plak nk gi kelas... byebye....

I'm realy adore with Her Royal Highness Sultanah of Terengganu....

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah
 
Daulat tuanku..setiap hari patik akan search gambar dan berita terbaru berkenaan Tuanku. Sangat mengagumi keperibadian dan kejelitaan Tuanku. Semoga Tuanku dilimpahi keberkatan dan kebahagiaan oleh Allah swt.  Dirgahayu Tuanku.......



Subhanallah, So Gorgeous....
 
 
 
 










Realy love her eyes...



















Disebabkan terlalu minat pada Tuanku lin dedikasikan nama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah   pada nama anak sulung lin.

 Fadzlin Aimy Zahirah...

(Zahirah  bermaksud Berseri dan Cantik)










 

 
(Lin berharap suatu hari nanti akan berkesempatan berjumpa dengan Sultanah yang sgt2 jelita ini. The other reason is...Tuanku org Kedah n my hubby pun dari sana...  apa2 pasal Kedah semuanya Lin suka)
 
 
 

Wednesday 5 February 2014

Sekadar tazkirah ringan untuk my readers di petang hari......





Hayati lirik lagu ini..... semoga kita mendapat kejayaan semasa di akhirat nanti. setelah puas berhempas pulas semasa di dunia utk mengejar segala kebaikan yg disajikan. kita diberi kenikmatan hidup, berpelajaran, berpasangan, berzuriat dan berharta. segalanya kita tumpukan untuk memberi kesenangan pada generasi selepas kita dan generasi sebelum kita (parents). Namun dalam kesibukan itu jgn lupakan persiapan bekalan kita di alam yang kekal abadi. pastikan bekalan itu mencukupi supaya kita akan juga KAYA di akhirat nanti. seorang yg kaya di dunia adalah org yg mampu MEMBERI semula ke jalan Allah...bukan hanya MENERIMA. wallahualam.... hayatila dan selamat beramal.

lagu Tema Kelas Seksyen 4 Masters in Technical and Vocational Education, UTHM, Batu Pahat,Johor. 2005-2007.





lagu ini pembakar semangat kami...dinyanyikan semasa program bersama adik2 sekolah teknik alor gajah melaka dan semasa Majlis Makan Malam final year course kami......... ingat kat kawan2 sumerrrrrrr...love uolssssss...

Abah a.k.a tok daddy

semalam masa call abah n borak2 tetiba abah tanya bila nak pindah sana semula...sayu rasa hati bila abah tanya mcm tu.

bukan tk nak pindah..ikutkan hati ni besok juga nk pindah tp belum bersedia lagi la...
hidup dipulau ni aman dan damai...
nk gi keje traffic jammed tu just in my dream
anak pulak mesra dgn pengasuh
 kalau nk pindah area selangor atau putrajaya
byk benda nk kena dipertimbangkan

seriusly cost sara hidup di pulau ni sgt tinggi
harga makan pakai dan peralatan rumah almost 50 to 70% over than mainland
sebab tu bila balik selangor rasa heaven giler time shopping
beli mcm2 sampai SUV tu penuh.
kalau pindah maunyer angkut barang pakai trailer..hahahahah (tipu je tu)

cumanya duduk disini tenang...
ketenangan tu susah nk cari
kami duduk area taman tp dlm suasana kampung
kepadatan penduduk atau jammed atau tol yg merepek tk pernah di alami..

anak pun terjaga dgn elok oleh org yg boleh dipercayai..jaga kedua2 anak ku dari lepas pantang lagi..
anak2 sgt rapat dgn mereka dan dah jadi mcm kampung dorang dah tempat ni.
kalau aku lambat amik, sure si bongsu ku (nama manja: IQI MOK) dah pegi ronda dengan "abah" (suami pengasuh yg mereka panggil ibu)
seronok bermotosikal keliling kampung, gi lawat umah jiran baby sitter dorang, gi tgk kapal terbang touch down (rumah dekat ngan airport)...kalau aku pindah???? hmmmmmmmmmm

si kakak pun dah tadika... sekolah yg moden dan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. walaupun mcm tu anak diasuh utk berdikari serta ada kelas iqra' pada waktu petang. bulan ni anak dah start kelas amali solat. syukur sangat tgk perubahan dia yg lebih teratur dan berdisiplin. bila di rumah semasa mengaji bersama dia dah boleh kenal huruf. aku tk expect dia boleh menghafal surah2 buat masa terdekat ni. buat permulaan biar dia kenal huruf dulu... doa2 harian pun sudah ada yg dihafalkan dgn baik. alhamdulillah...slow2..dulu. tp kalau dia hafal surah al fatihah lepas ni akulah org yg paling gembira....  so tacing..hehehehehe

kla readers... nk touch up draft paper final bebudak ni haaaaa..si pierre dan cantas2 so kenala repair balik......... mat saleh ni suka fikir beyond the expectation tp kita nak menggapainyerrr pulak yg beyond the ability........hmmm apo2 yola...

k nk buat keje...byebye..

 

Tuesday 4 February 2014

birthday

hepi bezday to meeeeeeeee
hepi bezday to meeee
hepi bezday to
meeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
hepi bezday to me....

hehehehehehe 32 tahun sudah umurku...
hope to be more mature, belonging, sweet, and full of blessing from Allah swt with a lot of joy and prosperity..


Perbanyakkan mengingati Allah dan kekasihNya, Nabi Muhammad swt....
Semakin bertambah usia semakin dekat kita padaNya dan semakin dekat kita akan menemuiNya
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
 

love my hubby, kiddos, tok daddy, nek mummy, siblings and friends......moga Allah beri kekuatan utk terus beribadat dan perbanyakkan amal sebagai bekalan di alam sana...aamiin..

Wednesday 29 January 2014

free...

hari ni hari senggang...freee day...

tkde kelas n takde meeting (setakat nila)
so hari ni leh buat notes utk becoming semester atau check gantt chart dari jawatankuasa LIEC 2014.

mungkin jugak hari ni nk kemas bilik utk perbaiki teguran jawatankuasa 5s... dah dok bilik sendiri ni mcm2 la dibawak. seb baik tk bawak microwave, TB, freezer bla bla bla.... heheehehehe....bersepah tu idak lerrr tp kertas ade mcm2 dlm bilik ni. mcm2 dokumen. kalau nak sisih pun kena hati2. takut tersisih dokumen penting...haru nanti... (tunggu level rajin sampai tahap maxima baru la kemas..laaa ni low level lagi)..

yg penting 5 feb ada revision class utk sem 2 student. depa ni bila dah ada CGPA baru tau langit tinggi rendah. masa dorang sem satu dulu kita membebel suruh belajar elok2 utk dpt result power sumerr buat dek jerrr sebab belom terkena.

bila result sem 1 keluar ada yg terloncat2 gembira dan ada yg mengalir air mata touching to the max kat board tepi unit exam nun..hmmmmm baru UOLS tau. sesi ni penyakit sem 1 masih lagi belum dpt diubat dan yg sem 2 dok sibuk suruh buat revision class la nk extra assignment la utk jaga CGPA. geli hati pun ada tgk dorang gelabah..

kita akan tgk batch sem 1 sesi ni jd apa kat tepi board unit exam tu bila result keluar nanti..tkpelaaa belajar dari kesilapan...semoga Allah permudahkan usaha anak2 didikku utk menjadi insan yg berjaya. aamiin...


k readers.. bye bye

Tuesday 28 January 2014

LIEC 2014

bahang telah mula terasa.........2.30 meeting with technical committee members.... ...ku mohon agar dipermudahkan segala urusan.. aamiin...   uiii 3.00 pm ade meeting academic pulak...harap2 sempat nk capai apa2 kata sepakat. 100% trust n confident with committee. delegating task n manage it to the max............ chaiyok lin...you can do it.........

preparing final exam question n pilihan raya JPP

mua hahahaha...hari yg cukup indah ini dimulakan dgn persediaan kertas final exam bg student CRD sem 1.. Bismillah..............

td dh gi jenguk proses pihanraya JPP. walaupun dah bertukar tanggungjawab n  bukan di bawah iols lagi tp kehadiran iols di sana sekadar menghormati jemputan penyelaras JPP yg pernah berada di bawah penyeliaan iols satu ketika dulu. nk bagi sokongan moral... harap semakin bersemangat di bawah kepimpinan Ketua Unit HEP 2.... kami di Unit HEP 1 akan menyokong segala usaha kalian...

pukul 1 pengiraan undi rasanya tk patut iols ada. ini sebagai menghormati Ketua yg baru. biarlah ketua itu tahu jatuh bangun anak buah dari a-z tanpa campur tgn sesiapa. biar dia rasa sense of belonging bersama anak buah.......

pukul 3 ada meeting akademik plak......sebagai Ketua Program i kena attend juga meeting ni. hmmm ok.. tk tau sampai pukul berapa pulak...okla baik iols touch up lagi soalan final ni biar kasi catchy sikit hehehehehe... pastu bg MR Pierre Louis Genier (Personnel Incharge from Taylor's University) check. dh approve baru bagi unit exam simpan.  k readers...bye bye... mulakan dgn bismillah........


kata2 pembakar semangat setiap kali rasa down................ biar mandi peluh jangan mandi darah..satu peluru satu musuh....

Sunday 26 January 2014

sudah terhantuk baru tengadah

"bila dah susah baru nk cari tuhan yerrr....masa disayangi semua tuhan pun dilupa...solat pun lalai..."

peringatan buat diriku dan readers yg lain.......
jgn SOMBONG dgn Allah...kerana hanya Allah yg maha kekal....
wallahualam...

sem satu done.......

harini last kelas student sem 1 sesi nov 2013 CRD.........waaaa release release............untuk satu kelas.

kelas sem dua dlm minggu depan pulak.. la ni kena pulun buat soalan final utk anak2 ini..harap2 dpt membantu mereka utk dpt result yg baik....

Saturday 25 January 2014

Era kecilku 1

"aku anak kampung tiada pelajaran"
terngiang ngiang lagu ni di telinga ku

alhamdulillah aku seorang anak kampung yg dibesarkan dgn baik oleh kedua ibu bapa yg begitu tegas dlm mendidik anak2 terutamanya anak perempuan dan alhamdulillah berpelajaran....

zaman kecilku penuh dgn cerita indah anak kecil yg lasak dan aktif. ke sana kemari dgn kawan2.. masih segar lagi kenangan di Kem Sri Miri Sarawak (kem tentera). aku duduk beret tentera blok baru. best kawan2 kat sini . bak kata org2 sekarang havoc havoc....

kami panjat pokok jambu, masuk semak cari buah susu, gi mengail, main longkang, ponteng kelas fardhu ain, naik basikal ramai2 pusing kem sampai ke blok sarjan, cari inai, curik lesung mak masing2 utk sesi tumbuk inai pas tu pijar tangan sebab lesung tu pedas.. hehehehe

paling syok zaman kecik2 ni main masak2 main kawen2. bila bergaduh sumer masuk rumah...kejap jerrr...pas tu gi main balik...

zaman ceriter Mero Attack lagi best...sumer pakat nak main bola tampar...habis dinding rumah jiran yg corner lot bertanda2 dgn bola....

time ni tk risau pasal kena culik ke apa...dok dlm kem tentera nk takut ape. pegi sekolah tadika sekali jer mak hantar pastu sampai ke sudah pergi sendiri jalan kaki dgn kawan2...jauh gak laa...pegi sekolah pun sama dari darjah 1 sampai darjah 2...

tapi bila start pindah ke Kem Seberang Takir, Terengganu tahun 1993 kot..(tak ingatla) suasana berubah. walaupun untuk 7 bulan tp semuanya bertukar. TOTALLY BORING...nama sekolah -tut- tak mau ingat...!

kawan2 kat sekolah rendah time tu very close minded. tu baru first time gi sekolah yg ramai anak Civilian so cabaran tu kurang. semua benda tk boleh. semuanyaaaa!!!! kita dok buleh wat gitu..kito ni puang!!! hok alohhhhhhhhhhhhhh boring! penat pun ade sebab time sekolah petang. balik sekolah je hari dah malam. pagi pulak nk buat homework. bosang bosang bosang.  tak suka sekolah dan duduk terengganu. kawan2 pun dok blok jauh2 nk gi bersosial pun malas sebab nanti keje sekolah pulak tk buat.

1994 abah dapat posting ke Port Dickson.. syok syok....abah jd jurulatih rekrut di PULADA pusat latihan tentera darat. aku suka sgt2 la... tk suka dah dok ganu yg boring tu.

tp kena duduk kampung sekejap untuk habiskan darjah 3. uiiiiiiiiiii dok ngan atuk ngan wan di batu kikir kuala pilah nun.. jd cucu tunggal yg pernah dok bersekolah di kampung. best gak dok situ tpppppppp laaaaaaaaaagi tk boleh buat karut2 sebab atok ade. nanti kena ceramah...hahahaha balik sekolah sorang2 jln kaki pun kena ceramah ni kan pulak nk berbasikal keliling kampung ngan kawan2. maunyerrr kena sesah kaki den. hahahaha.. jd cucu mithali la dok sini.... rumah kawan lagi jauh giler.. ntah kat mane2 ntah rumah dorang..rumah kampung di negeri sembilan ni lain. duduk dalam area Perut masing ber Buapak. so org suku lain duduk area lain..restricted area untuk Perut masing2.. hehehehe ntahla tk habes study lagi pasal adat pepatih ni.

masa yg ditunggu2 dah tiba....sekolah di PD. Sekolah Rendah Si Rusa. zaman kegemilangan telah kembali..setelah zaman Ice Age berlalu..kuangkuangkuang................hahahahaha.. kembali ligat dgn kawan2 yg sekepala. agaknyer jiwa aku ni masuk ngan anak army jer kot.. KAMI TAK CENGENG....hahahaha jiwa kental. duduk di area Kampung Baru dekat dgn Kem Garissen. wuiii yo geng2 kat sini memang best. lagi ligat berbasikal, masuk hutan n buat mcm2 kat situ...best memang best sangat2.

masa pindah ke beret tentera di Kuarters Batu 5 pun giler ramai kawan kat situ...tp time tu dah nk jadi anak dara sunti so tk boley lebey2 sebab abah suka libas aku hahahahahaha...lasak cam jantan hahahaha... last2 sebab selalu kena libas aku dok umah jela... fokus study chewahhhhhh....yola tu...tk dapat lasak kat umah aku lasak kat sekolah pulak. tiap2 petang nk pegi sekolah..stay back memanjang...mcm2 buat kat sekolah. main bola jaring sudah semestinya. sukan, koir, chorus speaking, PBSM mcm2 lagi laaa....

sampai la aku darjah 6 disitu...byk kenangan yg best2 bersama2 kawan2..tp kawan kat terengganu sorang pun aku tk ingat.ihihihihihi kejam kejam...lembik2 tk mau kawan...tp tu pemikiran zaman budak2.....


aku ni sgt independent. tk suka dikongkong atau diambil berat berlebih lebihan. dari kecik suka buat hal sendiri...tk suka diganggu terutama sekali time buat homework.. (rumah akan menjadi zon larangan buat bising especially bila aku tgh buat MATH ). silent please!! perangai terbawa2 sampai aku kat university and time keje ni...sebab tu ramai kawan2 gelar aku straight women. tp aku ni bukan anti sosial la.... kawan2 juga tp aku byk utamakan family...everything n anything family come first... zaman2 nk huha huha dah habes...(buat aku la) org lain aku tk mau tau........hihihihihihi...

k readers nanti kita sambung citer kat label lain....bila idea dtg aku akan menulis lagi..........psssttt sebenarnya hari ni ade gotong royong kat opis tp sebab kan keje dah delegate awal2 so tk tau buat ape la ni...hihihihii syuuhhhhhh.....diam diam...

bye bye...

adik

Mac ni adik kedua pulak nk kawin...
sorry tk dpt nk sertai banyak perkara dalam persiapan kawin adik lelaki tunggal ni
jarak memisahkan kami

tp takpe
harap semuanya dlm keadaan baik2 saja....

hmmm macam mana la pula  pengalaman beradik ipar perempuan ni... tahun lepas dah ada sorang adik ipar lelaki... feel the extreme...hahahahaha
harap semuanya OK...

Thursday 23 January 2014

Pesanan buat adik2 siswi...

hmmm rasenyer time belajar  ni memang tak sesuaila for those yg nak bercinta sambil belajar.
sebab org2 yg gifted jerr boleh asingkan stress belajar dgn stress nk jaga hubungan. lagipun there's a lot of choices bila dah berjaya n dah bergaji besar. hehehehe


Currently of me
tp iols dulu pun pernah terjebak jugak alam cinta monyet di university ni . zaman2 Diploma pun ada zaman2 Degree pun ade. tp paling kronik zaman degree la.. terbawa2 sampai jejaskan study...bila kena dumb rasa mcm nk pengsan.. nak ku tumbuk anak org pulak.. bercinta mcm dah confirm2 nk kawen sgt2 dan last2 nan hado.. clash n terus tk baik sampai sekarang.

selamat lepas tu mampu bangkit semula n dpt CGPA 3.63 masa zaman Masters. Zaman degree result hancus! hahaha padan muka aku.

nanti bila aimy dan harith dah melangkah ke alam sekolah dan University (amiin) aku akan cuba nasihatkan supaya tumpukan lebih pada pelajaran dan beri dua anak bertuah ini kasih sayang yg secukupnya sehingga tk perlukan org luar untuk sayangkan mereka melebihi kasih sayang Allah, abah dan ummie mereka.

cuma bila jodoh telah sampai (ku doakan setelah mereka habis study dan bekerjaya) barula aku akan beri galakkan dan panduan untuk mereka berjaya dalam hubungan itu pula. (itupun jika dipanjangkan umur).
Padaku tk sesuaila alam yg indah dgn gelak ketawa bersama kawan2..buat aktiviti hiking, camping atau ape2 pun terhalang dgn hubungan yg adakalanya bersifat sementara dan tk menjanjikan apa2 pun. buat pening kepala adeler.....uiii nyesal gilerr. heheheh padan muka aku lagi....




My Precious Mr Deary Chubby Hubby
Mujurla suami ku mula mendekati ku setelah aku habis belajar dan sudah bekerja. kami mula2 berjumpa zaman aku semester ke 5 Diploma tahun 2002 di UiTM...3 bulan je couple pas tu clash.  kami jumpa balik  masa aku semester kedua Master tahun 2007... tp dah jodoh kan...semua tu urusan Allah. kami berhubung semula tp aku tk mau jumpa dia selagi aku tk habis study.. takut kalau anything happen aku yg frust menonggeng lagi. result aku gak yg jd mangsa nanti.







my family....
akhirnya jumpa balik lepas dah habis final exam n tgh practical akhir mengajar di Kolej Komuniti Bukit Beruang. hihihihih kekok giler masa pertama kali jumpa.. dulu masa mula2 kenal perangai budak2 lagi masa tu baru 20 tahun. bila jumpa balik umor dah 25 tahun.. 5 tahun woooo tk jumpa dia. hahahaha.. hampir setahun kami hanya bercinta di telefon saje lepas berhubung semula. time tu tgh practikal mengajar di Politeknik Merlimau itupun pasal terjumpa nombor phone pelik kat dlm kamus. try call and taadaaaaaa now he is my hubby. he got me again at HELLO.  thanks to Celcom.5 bulan pas tu bertunang n 6 bulan pas tu kawen..haaa sonang keje kan....alhamdulillah...


so pada readers yg masih lagi belajar... tetapkan pendirian dalm diri utk berjaya gapai keputusan yg baik. girls or boys bayk kat luar tu dan sudah semestinya ada yg telah dijanjikan untuk kita. jangan risau.... kalau sudah jodoh tk kemana.  just focus dgn study dulu..........boleh???

 



Colaboration with Taylor's University

Meraikan kecemerlangan pelajar-- diberi penghormatan untuk mengiringi mereka semasa majlis penyampaian anugerah kecemerlangan pelajar kolej komuniti tahun 2013

my little princess schooling



Sesi fitting baju nk gi Iqra'

 

Aimy dah kolah.....seronok tgk dia pegi sekolah....first day schooling relax jer...makan2 main mainan..for 2 hours x 5 days trial session. org kata sekolah makan...umur dia baru 4 tahun lebih rasanyer elok gi sekolah yg enjoy2 dulu...

Orientation week aimy start dah meragam sebab stay back sampai pukul 5. adakalanya kesian jugak tgk dia sbab tk cukup tido. tp cekalkan hati tunggu lagi seminggu.

Wah dah nak sebulan dah dia gi school. ada peningkatan dari segi disiplin la.... ingat jerr homework kalau tk siap. mewarna pun dah kira ok..acceptable. siap cakap lagi "ummie...org yg sabar je boleh buat ni"... hihihihi tazkirah dari budak kecik ni....






Boxing boy
Pagi sampai tengahari dia belajar mcm biasa...pastu teacher mandikan n sesi tido..petang dalam pukul 3 sesi Iqra' pulak... hmmm dia dah hafal Alif sampai Ya. bila sesi ummienya mengaji di rumah dia pun ikut amik muqaddam nak mengaji sama2..alhamdulillah dah kenal huruf sikit2...sejuk hati ummie. si adik yg terikut2 kakak juga dah hafal Alif sampai Ya.... alhamdulillah....adik baru 2 tahun lebih........  terangkanlah hati anak2 ku dalam menuntut ilmu Ya Allah Ya Rahim....





My BFF...

something horror

pengarah program yerrrrr......

rasanyer byk dah event yg diarahkan tp tk se horror yg ni..harap semuanya ok jah.....
hmmmmmmmmmmm klaa terima jerrr. nk follow follow...tk mau follow hmmmmmm mak menanges...kuikuikui....