Wednesday 30 December 2015

AWAL PAGI TADI...





Hati cukup tersentuh dgn alunan selawat dari surau berdekatan....di awal pagi yg hening....cukup menenangkan.. Alhamdulillah.

Aduhai menyentuh qalbu...





First time dengar masa final pencetus ummah 2015. terus jatuh cinta...............

Thursday 17 December 2015

apa cerita hari ni?





suka lagu ni tp tk pernah tau tajuk...hmmmmmmmmm semoga terhibur reader



release sikit stress lepas berhempas pulas siapkan report Majlis Konvo..... itupun bos tk check lagi tu.. kalau tk de pembetulan okla...kalau ade pembetulan kena settlekan secepat mungkin.



minggu ni juga pertambahan kawan2 yg baru naik pangkat. wah makin ramai la team 44 kolej. semoga semakin maju dan cemerlang kita berkhidmat di sini.



kla.. nk check FRP staf pulak. cepatla tahun depan. katanya nk reshuffle jawatan Program Director. okla tu bg peluang org baru mentadbir. lin  try buat task lain pulak. rasanya tahun 2016 ni nk pulun buat research pulak la.. dh 2 tahun stop ni. masa 2014 dpt baby tecik tome lote tu lg la tk mau fikir pasal research yg hazab nk dibuat tu. so 2016 I'm ready to feel dizzy again. dizzy with data dizzy with questionnaire statistic n etc..........



matlamtnya by the end of 2016 nk pegi present kat seminar mana2 yg sesuai...mesti buat at least satu research tahun ni. tajuk dah ada data pun dah ada.....hmmmmm target n preparation  for the battle of filing  DH48 in 2018.



hihihihih 2018..lambat nyerr wehhh cer target cepat sikit.. hmmm itu bergantung pada darjah KEMALASAN iols... kalau terlebih rajin insya Allah target tu akan jd cepat sikit kot. skrg masih dlm tempoh bertenang...bila dh nak start battle nanti baru announce the war...hehehehehe. Pokoknya sekarang mek dlm mode MALAS nk pening paler hehehehe. tgh try to push the right button. insya Allah tk lama dah....



k aaaaaaaaaaaa...bye

Tuesday 15 December 2015

Ya Allah rindunya

Hari ni hati rasa rindu sangat dgn mak
rindu nk borak2 dgn mak dekat2
rindu nk makan masakan mak
rindu dgn bau badan mak

sayu sgt rasa hati ni mak
akak rindu mak
akak sayang mak

selalu kalau akak tgh runsing akak akan call dan telefon mak
untuk luahan perasaan
walaupun kadang2 masalah akak tu mak tak faham pun
tapi mak layankan juga
mak sudi  juga dengar

mak akak rindu mak
akak rindu mak sangat2

bila dah ada anak sendiri ni
baru akak faham kenapa masa kecik2 dulu
mak larang akak buat mcm2
rupanya mak sayang akak sangat2

tapi masa tu akak tk faham

sekarang bila anak2 akak dah besar baru akak faham
susahnya hati bila anak buat sesuatu yg akan bahayakan diri

mak akak nk peluk mak
akak nk cium mak
tp jarak kita skrg ni jauh beratus batu
tak tercapai tangan nk pegang mak hari2

nk call mak hari2 takut mak boring pulak...

doak akak sentiasa ada untuk mak dan abah
semoga Allah sentiasa melindungi kedua mak dan abah ku
panjangkan umur keduanya(belum puas nk bermanja dgn mak abah)
dikurniakan rezeki sebanyak2nya
dikurniakan khusnul khatimah pd pengakhiran usia mereka.
aamiin ya Allah.

 

Tuesday 8 December 2015

3 minions in my house.........



hahaha ni real story of my kids. kalau sorang2 semua nya sopan santun mendengar kata ..bila dah  cukup regu dia hmmmmmmmmmmmmmmm rumah jd tunggang terbalik. kita bersihkan ruang tamu dia sepahkan bilik pulak. kita bersihkan bilik dia sepahkan dapur. hmmmmmmmmmmmmmm sabarkanlah ummie ni byk2...

skrg ni adik yg kecik pun dah join. so 3 minion comel ni perlu di sekolahkan oleh ummie utk behave. ketua darjah atau mama rap dorang off coursela si kakak.  ummie dah belikan white board sebesar besarnya utk tujuan menconteng dorang conteng tempat lain jugak...abah as usual pot pet pot pet. hahahahaha adoi....

setiap kali balik kerja kena pesan dgn diri sendiri supaya kawal emosi tak mau bising2 etc. tp bila start je sampai depan pagar rumah..... hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm bertabahla wahai hati.


 

Wednesday 11 November 2015

Aduh mengalir air mata dengar lagu ni...





adik2 diluar sana terutama student2 ku... carila ubat pengubat luka itu. Memang bila Allah takdirkan bila kita tiba2 teringat luka itu air mata akan mengalir. kuatkan hati. cuba lupakan lagi dan cuba lagi insya Allah hati akan damai.



ni gara2 tgk gegar vaganza la ni. hmmmmmmmmmm berjurai air mata keluar. tergambar di depan mata betapa seksanya satu perjuangan untuk melupakan dan betapa sukarnya utk cuba mengubat luka itu.



Alhamdulillah skrg sudah sembuh sepenuhnya. sudah boleh menerima dgn redha setiap apa yg berlaku. kebetulan lagu ni famous   time2 tu. hmmmmmmmmmmmmmm jahat laa gegar vaganza ni. .. dah tua2 ni touching buruk tau. hihihihi.hmmmmmmmm Alhamdulillah aku sudah mampu tersenyum bila mengenangkan luka itu.



bila kita fikir benda itu baik untuk kita tp sebenarnya tidak

bila kita fikirkan benda itu buruk utk kita tp sebenarnya itulah yg terbaik utk kita

tawakal ku hanya pada Allah........bye bye bye

Tuesday 29 September 2015

BRAVO 5, Filem Aksi 5 Komando ATM





Sangat2 kena dgn jiwa i ni...walaupun tk dpt tgk kat wayang disebabkan budak2 kecik itu sibuk nk tgk Polis Evo. akan lin tgk jugak kat astro...hmmmm filem ni dh masuk astro dah semalam. akhirnya ditayangkan jugak setelah lama menunggu............. "walaupun aku nakal jgn pertikaikan kesetiaanku pada Negara" gicccieewwwwwwwwwwwwww.......... like like like .....

paper final

ya Allah nape berat sgt hati nk buat paper final niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.............
hmmmm idea idea idea..come to mama please
satu je paper pun sem ni
hmmmmm nk bg susah ke nk bg senang
atau nk soalan catchy sikit

hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

mohon petunjuk Allah supaya siap hari ni jugakkkkkkkkkkkkkk.. idea please come to mama.....

Sunday 13 September 2015

cabaran mendidik anak

ya Allah kurniakanlah kepada hambamu ini ketabahan dan kesabaran dalam mendidik anak2 kecilku. kadangkala hambamu ini kalah dan tangisan berjujuran kerana begitu sedih bila anak2 tidak mahu ikut acuan kehidupan yg cuba ku terapkan pada jatidiri dan sahsiah mereka.  hambamu ini sedar ya Allah bahawa mereka masih terlalu mentah. doa hamba ini tidak putus2 ya Allah. berikan hambamu ini seribu kekuatan untuk menghadapi kerenah anak2 kecil ini.  

Tuesday 8 September 2015

Motor..

Hati ni tersentuh setiap kali tgk ibu atau bapa bawa anak2 kecil naik motor. Teringat zaman2 kecil dulu. motorla pengangkutan utama kami sekeluarga dari pada start bernyawa hinggala lin dah masuk kerja mengajar di Politeknik Merlimau barula abah dpt bernafas lega memandu kereta sendiri. begitu lama sekali motor itu setia dgn keluarga kami.

ingat lagi motor pertama abah. SUZUKI warna biru. masa kecik2 dulu abah selalu bawa pegi taman permainan di Seremban. seronoknyerr naik motor. pegi pasar malam naik motor. dulu lin suka tgk bulan. duduk dlm raga motor sambil tgk bulan dan akan selalu Tanya kat abah kenapa bulan tu ikut kita? . lin belajar menunggang motor buat kali pertama pun dgn motor legend ni la. ada lagi dikampung abah simpan bawah rumah nenek...

motor abah yg kedua YAMAHA warna merah. byk jasa motor ni...selepas abah pencen abah tukar motor KERIS lepas tu yg latest YAMAHA 125.. hehehehe

lin dgn adik yg nombor dua masing2 ada kisah sedih bila kami bercerita tentang motor abah. kenangan pulang ke asrama naik motor dari Kuala Pilah ke Port Dickson. penuh dgn tangisan. org lain balik asrama naik kereta sekali dgn ibu dan adik2. tp kami naik motor dgn muatan beg yg penuh depan belakang. kami redha dgn kesusahan itu dan kami tetap sayangkan abah kami sepenuh hati.

kenangan balik asrama masa hujan lebat dekat highway paling buat kami nak berusaha jadi budak pandai dan dpt keputusan yg baik masa SPM. bila hujan lebat abah tak akan berhenti sebab nanti lewat pulak sampai ke asrama. perjalanan tetap diteruskan walaupun kadangkala kami bermandi air jirusan lopak air yg dilanggar kereta lain. ya Allah. aku redha ya Allah............ walaupun airmata mengalir deras.

hasil dari didikan abah dan mak. semangat yg mereka beri pada lin Alhamdulillah tahun 1999 lin adalah antara pelajar terbaik SPM Sekolah Menengah Teknik Port Dickson bg jurusan Pengajian Kejuruteraan Awam. Masa hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah ini pun lin dah berniat supaya menjadi antara pelajar terbaik SPM dan masa hari anugerah lin nak mak abah yg ambik hadiah sebab time tu lin dah sambung study kat university. Alhamdulillah jd kenyataan. terima kasih ya Allah.

Masa masuk UiTM Shah Alam pun lin masih kehulu kehilir naik motor dgn abah tersayang. kebetulan lin masuk diploma abah pun dpt keje kat UiTM Shah Alam . setiap hujung minggu abah jemput lin balik naik motor jugak. tp adik yg nombor dua abah tk jemput dia balik naik motor la sebab dia masuk UiTM Machang. jauh betul kalau naik motor tu....

Cuma tragedi masa tahun pertama Degree tk dpt lin lupakan. mcm biasa abah jemput lin petang tu. malang tk berbau kami mengalami kemalangan. ya Allah inikah kemalangan ya Allah sakitnya Ya Allah kakiku berdarah ya Allah mcm mana dgn abah. ya Allah siapa yg hantar aku ke hospital ni. ya Allah nanti sampai kat hospital dorang buat apa kat aku.......hmmmmmmmmmmm Allah memberi dugaan itu. Alhamdulillah lin dn abah masih lagi bernafas hari ini walaupun masa jatuh di atas highway kebetulan trailer lalu betul2 disebelahku. Kami masih dipanjangkan umur...Alhamdulillah

kini Alhamdulillah kenderaan utama keluarga kami adalah kereta. start dari adik nombor 3 & 4 mereka dihantar pulang ke asrama dgn kereta. tak pernah berhujan berpanas mcm kami. Alhamdulillah yg Allah. kepayahan itu membuatkan  kami tidak leka dan patah semangat. Sesungguhnya kami telah dikurniakan emak dan abah yg terbaik di dunia. Semoga Allah memberi setinggi tinggi penghormatan buat kedua ibu bapa kami. aaminn............

 

Sunday 6 September 2015

bz....

hai readers...

lama lin tk menulis . bz sikit lately. Academy ada 3 event besar, satu baru habis Jumaat lepas. Lawatan rasmi Dato' Seri Idris Jusoh. pasni Konvokesyen LTA 2015. Julung kali diadakan dan kami buat asing dari kolej lain. 10 hari lepas tu LEC pulak. tahun ni org lain pulak jadi Pengarah Program. hmmmmmmmmmmm help help help...hahahah bz but happy.

Syukur ya Allah kerana bagi peluang untuk cari rezeki.  k bye..nk siapkan FRP (fail Rekod Pensyarah). tk siap2 lagi..baru buat sikit dh nak kena meeting la lari sana lari sini. so hari ni concentrate 100%... hahaha boleh ker...? takpe lin cuba juga nk bagi settle. kalau tk siap takut kena cerca pulak..hahahaha. takutttttttt mek.

bye..nanti bila ada story lin share lagi ngan readers k. Alhamdulillah dpt feedback yg positif dr readers. tq sudi baca blog lin. pas ni lin nak buat pengisiannya lebih ilmiah dan bermanfaat untuk kita semua. tips2 penjagaan rumah, linen, pengunaan chemical untuk buat housekeeping pun akan lin share dgn semua. ilmu dlm bidang housekeeping selama 15 tahun ini akan bermanfaat buat semua.. tunggguuuuuuu....... hehehe bye..(ntah berapa kali bye lerrr...lin ni kalau dh start menaip tk boleh nk berenti la pulak). bye bye readers..........

Thursday 20 August 2015

Pindah

hmmmmmmmmmmm dua tiga hari ni rasa nk pindah tu membuak buak pulak. terkesan dgn tangisan mak masa nk balik ke langkawi hari tu kot. lepas salam2 dgn mak n cium2 mak pas tu mak peluk lin lagi sekali sambil cakap "ntah bila la lagi dpt jumpa" sambil mak menangis. mmmmmmm keadaan waktu tu buat lin terpempan.. ya Allah sarat sebenarnya rindu mak padaku. Ya Allah...sakit betul bila lin tgk mak menangis..

kawan2 juga turut adukan benda yg sama. masa reunion bersama alumni komander hari tu dorang kata lin terlalu lama sangat BAWAK DIRI... ayat tk boleh tahan dari sorang BFF.. "lama betul tk jumpa ko lin..sejak2 ko bawak diri gi dok pulau tu."  ayat bawak diri tu memang tak menahan...

betul ke aku merajuk dan bawak diri sampai sanggup duduk di pulau ni.....hahahahahahahaha...

tak la..ini semua soal tanggungjawab pada suami. kerjaya nya lebih cemerlang di sini di pulau ini. memang la kalau org yg biasa hidup dibandar akan rasa tak tahan duduk di sini. almaklumla kawasan pulau.mula2 lin duduk sini dulu pun rasa pening juga. tp dah lama2 tu ok jer..


Alhamdulillah jadual seharian tu padat. tk sempat nak mengelamun pun. time cuti sibuk hal2 rumah pulak. time kerja sibuk dgn student dan hal2 pengurusan. tido paling awal pukul 12.30 malam. lepas dah siap2 barang anak2 nk pegi sekolah esoknya dan masakkan porridge baby. lin masak porridge baby setiap hari supaya sentiasa fresh utk si manja montok2 tu. kalau nk berangan pun time drive jela.. tetiba keluar pulak lagu yg menggamit memori tu. at least sempat gak nk berangan.. hahahaha


pindah tu tetap pindah la...tp tk tahu bila..biarla Allah saja yg tentukan. tk nak merancang. bila masanya sudah tiba in shaa Allah pindah la lin sekeluarga. lin dan hubby berangan nk duduk kat tanah lot. buat rumah ikut idea kami sendiri ada laman dan ada kawasan kebun buah kat belakang rumah. mcm rumah kat kampung2 tu.  bila ada laman yg besar boleh ajak keluarga dtg rumah selalu makan2 n BBQ. bila ada kebun buah nanti cucu senang nk makan. chewahhhhh cucu pulak..anak darjah satu pun belom..hehehehe tk salah kita berangan satu doa yg baikkan tu.


sekarang lin nk hidup dgn aman dan damai. hanya memandang ke depan. semua yg jadi semalam kemarin setahun lepas dan bertahun2 lepas lin tak mau tengok dah. yg penting pd org2 yg menyenangkan hati, akan sentiasa terjaga dgn kemas dlm hati lin. bersama doa2 yg baik buat mereka.

 Buat org2 yg menyakitkan hati lin tk nak jumpa sampai bila2. selisih bayang pun lin tak nak. lin selalu berdoa pada Allah supaya jangan lin berjumpa lagi dgn siapa2 yg pernah buat lin terluka. keturunan lin dan keturunan org2 itu pun lin doakan janganla berjumpa atau ada apa hubungan. janganla anak2 lin berjumpa dgn anak2 mereka. jangan satu sekolah jangan satu university jangan satu tempat kerja dan paling takut sekali janganla berjodoh pulak dgn mereka. jauhkanlah kami dari mereka ya Allah. sejauh-jauh yg mungkin. aamiin......

k la bye bye readers.......





 

Tuesday 14 July 2015

Selamat hari Raya Readers!!!!!!!





tahun ni lin beraya di kepulauan ini...tk balik la sebab hubby keje di pagi raye. tk sampai hati nk balik dan tinggalkan cik abang raya sorang2. nanti mlm raya confirm hubby call n tanya masak apa? baju dah gosok ke belum? tadi makan apa? hmmmmmm tk mau tak mau mcm tu dah. anak2 pun sibuk tanya abah mana? kenapa tk balik sekali? hmmm cukuplah sekali beraya tanpa cik hubby...tk mau dah rayer yg mcm tu. so in shaa Allah akan balik ke sg buloh 2 minggu lepas raya..hehehehehe  tk pela.... Terima kasih mak abah kerana memahami tanggungjawab anakandamu ini.



tapi plan nk beraya tu penuh schedule...semua rumah sedara mare n  kawan2 lin nk pegi start dr aloq staq- perak- klang hinggala ke Melaka. giccciewwwwww.....



tp utk masa2 ni  tersangatla tk boleh dgr lagu siti ni... menangis dibuatnya. tkpela...semoga Allah memberi pahala yg banyak kerana mendahulukan suami dlm segala hal. aamiin...



ampun dan maaf jika ada penulisan2 lin yg mengganggu emosi readers. happy hari raya celebration semua.......

Thursday 2 July 2015

Churros



Churros lin yg pertama...hahahahahaha jadi uols.walaupun rupanyer tk senonoh tp rasa dia MABELES...so lin akan KIPIDAP utk buat yg lebih cantik lepas ni. anak2 makan byk2..abg hubby pun puji. kami berdua tk berapa suka puff pastry tp kalau yg ni mmmmmm makan byk2 pun tk pe.

resepi malas nk taip la..nanti la lin bg... ptg ni plan nk buat roti sosej berkeju sebagai menu buka puasa. abg hubby nk makan sambal ikan bilis campur petai.. hmmmm kalau mcm tu baik lin buat set nasi lemak terus.  plus udang goreng tepung hmmmmmmmm sodap2.. k bye nk balik dah bye bye.

Ramadhan Kareem

assalam semua

selamat berpuasa semua. lama sgt tk jenguk blog ni. Alhamdulillah dikurniakan oleh Allah aktiviti yg padat semasa di office dan juga di rumah. fikiran ni tk de masa nk melamun pun. cuma tme2 senggang tu ada la juga melayan instagram, fb and whatsapp.

instagram tu memang baru la utk lin tp best gak sebab suka2 hati je nk upload ape gambar yg berkenan di hati. may be ade readers yg gelak guling2 sebab lin ni lambat betul pasal IT. ek elehhh kalau zaman2 bercinta dulu alam cyber ni memang penting la buat lin tp bila dh tua2 ni cyber tech tu byk digunakan utk berhubung dgn ahli keluarga dan students jerrr.  ngan abg hubby tk perlu la nk high tech sgt...luahan secara inperson tu lg bermakna hehehehehehe.

baju raye readers semua dah siap ker? lin beli siap jerr..kat sini ada kedai yg kita boleh pilih tone warna n semua saiz disediakan utk satu family..tp kena siapkanlah duitnya..Alhamdulillah memudahkan sgt. rancang2 tahun ni nk pakai baju warna biru laut....tp bila sampai kedai mr hubby decide nak hijau lumut plak.. adoi warna ala2 army la kami tahun ni..

kuih raya semua pakai tempah jer. tahun ni giliran hubby kat alor star.. so tema  nyer adalah kuih muih org utara la. pagi raya lin dah siap tempah tapai pulut...mr hubby plak order nk makan pulut kuning di pagi raya dgn rendang. so temanya pulut...hehehe plus dgn lemang pulak..so raya pertama kami akan jd super duper mengantuk sebab byk makan pulut... kalau bukan bulan puasa pun lin ngan hubby suka makan pulut ayam masa breakfast. hubby kata kita ni mcm keje kat bendang sebab suka mkn heavy breakfast hari2.... hehehehe okla tu. kenyang sampai ptg.

dah tua2 ni tk de la beria sgt buat persiapan raya. yg ptgnya anak2... okla selamat berpuasa semua....ramadhan kareem........doakan yg baik2 utk kesejahteraan lin dan family ya... harap2nya kita semua mendapat keluarga yg dirahmati dan disayangi Allah. semoga dimurahkan rezeki semua....aamiin..

Thursday 14 May 2015

"My Little Lady" nk tukar nama

kenapa panggil my little lady kenapa tk my little girl..

Disebabkan princess sorang ni the only little girl in my home sweet home so dia ni very fussy and very dominant. semua nk kena ikut rentak dia jer termasukla adik2 yg lain. perangai dah mcm lady2 sgt. belum tgk bab dia bersiap kalau nk keluar berjalan2. baju tk nak yg ni nk yang tu.. rambut mesti buat mcm ni tak nak buat mcm tu. kasut nk pakai yg ni tak nak yg tu.......adoiiiii. ikutkan jela.

semalam dia kata nk tukar nama panggilan dia pulak...katanya tk mau dah org panggil dia dgn nama Aimy..

"ummie boleh tak kalau kakak nk tukar nama kakak"

"kakak nk tukar nama?? aku dh start ler nk ceramah ni...

"a ahh....kakak nk org panggil kakak mimi boleh tak?"

hmmmm mimi...betul juga sebab nama dia aimy so dia pendekkan lagi jd mimi

"tak boleh la kakak" jawabku

"nape mie....nama mimi tu kan best"

"tk boleh la yang sebab nama aimy tu ummie lagi suka...nk tau kenapa? nama aimy tu bawa maksud yg baik utk kakak. kalau org panggil kakak dgn nama mimi tk de maksud. jd bila org panggil kakak dgn nama aimy maksudnya org pun doakan kakak dengan maksud nama kakak tu"

hmmmmmm dia start buat muka confius...tk faham la tu...tp dia balas balik " eiiiiiiiiii ummie ni semua tak boleh"

hahahaha budak kecik pun tau nk nama glamer..hmmm mcm2 zaman sekarang ni.........

My Little Lady

My two little best friend

Thursday 7 May 2015

Puding Cream Caramel

mmmmmmmm dap nyer... ni dessert yg paling mak n abah lin suka.



Picture from Google image

 













Bahan A
  1. Susu full cream           500ml
  2. Telur ayam                  5 biji
  3. Esen vanilla                 1 tbsp.
  4. Gula psir                      100 gram

Bahan B

  1. Gula pasir                     100 gram
  2. Air                                 2    cawan

Cara membuatnya:

Bahan A
Pukul telur bersama gula kemudian masukkan telur, esen vanilla dan susu. Pukul lagi hingga telur betul2 hancur n adunan jadi sebati.

Bahan B
Panaskan kuali masukkan gula dan air. biarkan sehingga perang

Tips utk penyediaan bahan B:
  1. Jangan digaul  gula tersebut kerana jika digaul  ia akan berubah menjadi bentuk Kristal (mcm kita nk sira kuih keria). anda boleh mula menggaul ketika gula itu hampir 80% menjadi perang
  2. Sediakan acuan. tuangkan gula caramel td di dalam acuan, dan ratakan dgn cara memusing-musingkan acuan. jngan guna tangan jika anda masih sayangkan tangan anda....kemudian masukkan bahan A.
  3. boleh dikukus atau dibakar. lin biasanya akan bakar pudding ni dlm suhu 180-190 darjah Celsius  selama 1 jam. cucuk dulu dgn lidi kalau dh tk melekat bolehla diangkat.

Tips untuk membakar:
  1. Perlu menggunakan dua acuan dan salah satunya lebih besar. letakkan air di dalam acuan yg pertama (yg lebih besar) barula diletakkan acuan kedua yg berisi adunan tadi ke dalam acuan yg pertama. mcm double boiler.
  2. Semasa membakar pula pintu oven perlu dibuka sedikit, sendal dgn apa2 yg tidak membahayakan supaya udara steam panas tidak terperangkap dan membuatkan pudding kita ada byk bubble. Nanti rupa dia tk cantik n tk licin. (tgk seperti dlm gambar, comeykan rupa mcm tu)

bila dan siap bolehla disejukkan sebelum dihidangkan. mmmmmmmmmmmmmmmm dapnyerrrr..

bubur nasi...resepi utk baby

Sekarang baby zarif dah boleh makan solid food
tp untuk permulaan ni lin masakkan bubur nasi yg lembut utk si manja musyuk2 ni



Bubur Nasi

Picture from Google Image














Bahan-bahan
Kentang               1#
Ayam                   100 gram
bawang putih       1#
bawang merah     1#
air                         secukupnya
Secubit garam
Minyak                 sesudu

Cara memasak
- Tumis bawang putih dan merah
- Bila tumisan  sudah agak layu masukkan kentang dan ayam
- Biarkan  seketika sehingga daging ayam berubah menjadi warna putih
- Masukkan air dan garam.
- Tunggu sehingga mendidih dan biarkan lagi selama 5 minit  dan siapppp
- Tunggu hingga sup ini sejuk sedikit kemudian di blend bersama nasi putih
- Teksturnya akan sama seperti nestum. (bergantung pd kualiti blender anda)

*Ayam juga boleh ditukar kepada isi ikan/sea food/daging atau telur.

Tips:
  1. Bagi ibu2 yg bekerja anda boleh masak sup ini pada malam hari dan simpan dlm peti sejuk.
  2. Nasi  putih juga boleh dimasak siap2 pd waktu malam (lin selalu masak nasi putih utk baby pada pukul 11 malam).
  3. Pagi nanti boleh panaskan sup dan campurkan sekali dgn nasi putih td. 
  4. Biarkan mendidih sekejap tutup api dan biarkan sejuk.
  5. Bila dah agak sejuk boleh terus di blender n bagi pada pengasuh.

so tk payah la nk bangun awal2 semata2 nk masak sup dan nasi baby di pagi hari. Anak pun dapat bubur yg fresh setiap hari. lin tk sampai hati nk masak banyak2 n bagi pada pengasuh utk stok 2 ke 3 hari. takpelah nak...biar ummie masak hari2 asalkan anak ummie makin gumukk n sihat.

kenapa letak garam?? janganla letak byk2 n sesedap kita org dewasa ni makan. letak sikit je. byk kebaikan garam ni kalau anda faham cara penyediaan makanan yg betul. cuba google tentang khasiat garam pd tubuh manusia jika diambil dlm kuantiti yg betul. begitu juga dgn  penggunaan bawang merah dan putih. apa khasiatnya untk sistem penghadaman  . google laaa....

k bye Nampak!!!!!!!

 

Monday 20 April 2015

Preggy

hmmm best moment as a women...
have a great journey for the pregnant  women out there
may Allah give a full blessing to u n your baby

when is my turn....
me? again?
hehehehe take a break for 2 years (Caesar )
may yes or may be not
only Allah knows everything...
if its really happened so it must be my 4th session... hmmm 4th little pumpkin in my house...
hmmmmmmmmmm quite interesting..

syuhhh...lately I felt dizzy...some sort of vomiting in the  early morning. is it my 4th session becoming true...hehehehe .. not ready yet laaa..



 

Thursday 16 April 2015

kepimpinan

hmmm susah nk jd pemimpin ni lebih2 lagi nk jd bos pada staf yg pelbagai ragam.
yg penting hati kena sabar..mental kena mantap..jgn cepat melatah.

ibaratnya kalau ada sepuluh staf...disitu ada 10 ragam... nk kena handle satu2 supaya tk jd conflict. hmmmm kadangkala kesabaran diuji juga bila ada staf yg suka menguji...tp bykkan senyum n terima kelebihan dan kelemahan manusia sebagai satu perkara yg common. nobody perfect same as myself.

pernah tgk satu rancangan tentang kejayaan Dato' Seri Vida.. dia kata "dulu saya selalu redah sorang2. tak perlu teman2. buat apa2 sendiri pergi sendiri". hmmmm ada betulnya juga kadang2 ada yg perlu ditemankan utk buat apa2 urusan..takut nk pergi sendiri. so statement tu penguat semangat utk tempoh apa saja halangan sendiri. KENA BERANI..jgn takut.

kadang2 tk  mau campur ngan org ni, nak pegi mana2 nak pegi dgn geng2 sendiri. sampai bila nk jd org yg mengekor??? bila pulak nak diekori? bila?? hmmm lin kalau berdepan dgn spesis ni memang bye2 la. ko tak mau ada org lain yg mau. n bila buat sesuatu walaupun sendiri kita cuba buat yg terbaik..sehabis baik. supaya kebergantungan kita pada org lain itu menjadi ZERO. hanya kebergantungan pada Allah swt sahaja yg menentukan kejayaan. jd tawakal dan usaha.selebihnya Allah akan tolong kita tanpa prejudis.

sama mcm lin kt pulau ni la. mana ada saudara mara, mak abah pun dok jauh. selain dari hubby n anak2 serta kawan2 rapat.lin ni ibaratnya tinggal sebatang kara tanpa ada saudara mara berdekatan. tp nk buat mcm mana dah tanggungjawab di situ lebih byk pahalanya. berkhidmat dan taat pd suami. tk kirala jauh mana pun suami tu berkhidmat lin akan setia di sisinya. In shaa Allah hingga hujung nyawa lin. kita isteri kena dekat dgn PEMIMPIN a.k.a en.somi...

bila mengharapkan sesuatu yg positif dr manusia biasanya perkara itu perlukan timbal balik. dan
perasaaan yg pelbagai. tp bila mengharapkan sesuatu dari Allah biasanya kita akan dpt perkara yg diharapkan dlam keadaan clean n clear tanpa ada kegusaran. tk payah susah2 nk jd hipokrit..dpn kawan cakap lain belakang dia kita cakap lain. ini satu pengkhianatan yg sgt kejam sbg seorang kawan. sahabat yg baik akan bergaul seikhlasnya. tk perlu bermuka2 semata nk jaga hati org n tak mau tinggal seorang. bila berkwan walaupun tk ramai jadikan perhubungan itu BERKUALITI dan membawa ke jalan syurga. didik hati jadi ikhlas supaya talian silaturrahim itu memberi byk kebaikan dari keburukan. tk guna kawan yg berpuluh, gelak yg berdekah2 tp hati masing2 terselit pelbagai isu yg negative. quality important than quantity...

hmmm k bye! Nampak......

 

Wednesday 15 April 2015

first day WP3 bagi tahun 2015

wahhhh kekalutan melanda setiap pagi...
jadi terpaksala pilih WP3...hmmm hari ni rasa aman dan damai nk pegi kerja. siap sempat buatkan bekal anak2 nk pegi sekolah lagi...tp menu biasa2 jela...jumbo grill chicken sausage, scramble egg dengan toasted bread. siapp!!!!

tp hari ni tk sempat nk call mak pagi2 masa tgh drive on the way nk gi keje.hari ni kena cepat sikit sebab ada class pukul 9.00. so tk boleh lengah2... sebab tu bila permulaan minggu keje hari Ahad lin tk akan rasa n tiba2 je dah hari khamis. bzzzzzzzzzzzzzzzzzz....

Alhamdulillah Allah memberi rahmat kesibukan ini....

Wednesday 18 March 2015

Tak selesa

bising dan gegak gempita setiap kali jet ni lalu...sungguh tk selesa...............

Sunday 15 March 2015

Jupiter Indonesia LIMA 2015

Dua pesawat dari Indonesia terhempas hari ini semasa sesi latihan LIMA. Berita, gambar dan video boleh ditoton di laman Facebook Langkawi Sana Sini. 

Thursday 12 March 2015

lagu terbaik dari alyah





lin minat sungguh lagu ni...hari2 dgr pun tk jemu...kalau time ambil anak2 lepas keje n lagu ni kuar kat radio kami nyanyi ramai2 dlm keter..melodi lagu ni sedap di dengar...maksud lirik lagu tu kami tk ambik tau pun. yang penting melodi dia lembut so release la penat pas balik keje tu...hehehehe

Nak jadi askar





cita2 masa kecik2 dulu dah besar nk jadi askar.. tp bila dah dpt peluang dulu lin tolak pulak...time tu tgh gigih nk sambung study lagi. masa kat UiTM  ada juga peluang nk join PALAPES tp takut tk boleh nk carry study. lin ramai juga kawan2 budak ROTU n tau la serba sedikit aktiviti dan time latihan dorang. bagi lin org yg betul2 komited jer boleh jd ROTU ni.. masalahnyerr lin ni selalu hilang focus so cita2 hanya tinggal cita2. hehehe



yg menjadi pembakar semangat nk jd askar ni Abah lin la. Husband pun kata lin ni bila nampak askar tu excited semacam. Tau la bie tu anak askar..hehehehehe. suka tgk jerr tu pun jeles ker?? hehehe



pagi tadi masa kami tgk jet buat latihan untuk LIMA lin sampai cakap kat abg yg lin mengharapkan salah seorang dari 2 org hero lin  akan jd pegawai tentera satu masa nanti. bagi lin itu satu pekerjaan yg MULIA. mcm mana rupa anak lin si abang atau si adik dlm uniform tentera. wahhhhhhhh akan kah menjadi kenyataan... tapi si abang siang2 dh cakap nk jd Master Chef..  alamak!!! tp hubby kata semula kat lin kita tunggu dan lihat je nanti..mana tau si abang yg akan memenuhi cita2 lin satu hari nanti..



anak2ku kalau setakat pakai uniform tentera masa join ROTU masa anak2 study kat University pun jadila sebagai pengubat impian ummie yg tk terlaksana dulu. tapi kalau anak2 ummie semuanya sambung study  abroad pun still tk leh penuhi impian ummie. tkpela...mesti ada hikmahnya tu... ummie doa yg baik2 je utk anak2 ummie semuanya. tak kirala nk jadi apa bila  dh besar nanti yg penting berbakti pada kedua ibu bapa n berguna untuk Agama Bangsa dan Negara.



ada la perancangan utk anak2 lelaki lin ni...kalau boleh nk masukkan anak2 ni ke maktab tentera bila dorang sekolah menengah nanti.. waaaaaahhhhh..mampu ke? hihihi...teruskan berangan wahai ummie. semoga niat yg baik ni  Allah makbulkan. hehehehe aamiin...

Thursday 5 March 2015

Jet dah start buat latihan..Welcome LIMA 2015

 
Sepanjang lin duduk kat pulau ni  masuk ni dah 3 kali LIMA... setiap kali jet tu terbang di ruang udara kolej mesti rasa gegaran tu hingga ke jantung.. rasa mcm jet tu terbang seinci je dgn bumbung kolej ni... hahahahahaha
 
 
Rasa kagum sgt bila jet ni lalu..tp terus saya sayu di dalam hati memikirkan mcm mane la di negara yg jet ni lalu bukan untuk demo tp untuk perang....nauzubillah. Tolong selamatkan saudara seagamaku di negara2 yg bergolak ya Allah...
 
Kat bawah ni ade  video masa LIMA sebelum ni.. nak rasa feel kami yg hari2 kena tadah telinga dgr jet ni lalu readers kena buka maximum sound kat PC or HP masing2...kalau rase mcm tk tahan dgn ngaumannyer...itulah perasaan kami hahahahaha.. dah le kolej sebelah airport memang bila time mengajar tu bila jet ni lalu kita mcm bercakap sorang2 la sebab student tk dgr ape2 hehehehe.  pada readers yg nk dtg pulau ni time LIMA dinasihatkan minum air byk2 and jgn direct berjemur kat tgh panas semata-mata nk tgk jet. panas berdenting kat sini takut ada yg collapse plak nanti.. gunalah ape2 protection supaya tk teruk sgt kesannya bila kena panas nanti.
 
 

harith...my boyfriend


alolo..boyfriend ummie ni kenapa la tiap hari buat concert kat sekolah nak..... jgnla nangis sayang...kesian kat ummie. sampai je kat traffic light sebelum sampai school dia pun start enjin tangisan syahdu di pagi hari tu.  mula mengarut kata hari2 dah pegi sekolah, kenapa hari2 kena pegi sekolah, semalam dah pegi sekolah, iki batuk tak boleh pegi sekolah, badan iki panas  ni tk boleh pegi sekolah. ada je alasan dia tk mau pegi sekolah...


ha tu dia si cengeng ummie...


hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm... kena byk bersabar dgn si angah  ni... manja sangat. Anak lelaki lin yg sgt2 cengeng....

berbeza dgn kakak yg super bz girl...pagi pegi sekolah petang ada kelas computer pas tu ada kelas iqra' sampai pukul 5.30 petang. balik rumah rehat sekejap dinner pas tu pukul 8.00 malam pegi kelas Fardhu Ain dan Qiraati pulak sampai 9.15 malam. haaa penuh schedule anak dara ni. dia minat betul belajar. Ummie doakan yg terbaik buat kakak and iqi..



Kawan baik , kawan gado
 

 

Si kecit baby "Samurai X" ummie lom pegi school lagi...perangai mana satula yg bakal jd ikutan si bongsu tu nanti... ummie tunggu dan lihat je laa..



Kawan2 gelarkan si kecit ni "Baby Sado" hahahahaha tgk gaya dia tido. mcm body builder hehehehehe

Tuesday 24 February 2015

duty

hari ni jd ketua pengawas exam
rasa kekok pulak bila dh back to normal ni
every students smile at me
dorang teruja nampak lin
sebab dah lama tak jumpa katanyer
dalam hati lin berkata
"what a beautiful surprise...hmmmm bahagianya hati ni bila di treat mcm ni...hmmmm berbunga-bunga rasa hati ni"

buat tahun ni dan tahun2 akan dtg lin berniat utk jd seorang yg lebih lembut dgn pelajar2
lebih bersifat keibuan dgn mereka

kalau dulu lin tau nk menang jer
muka susah betul nk senyum
sampaikan pelajar jd stress
lin pun stress jugak
bila pelajar salah sikit lin membebel potpetpotpet hihihihih

tahun ni tk mau dah jd mcm tu
lately ni lin baru tersedar yg lin bukan nak latih askar tp nk latih hotelier
lin tak mau dah strict mcm askar
tak mau dah

lin berniat nk jd motherly 100%
treat org as a human
normal human
selalu memaafkan dan ramah dgn semua org
terima yg manusia ini bukan perfect dan ada kelemahan masing2
permudahkanlah ya Allah

in shaa Allah jika diizinkan lin mahu jd seorang yg lebih penyayang
murah dgn senyuman dan paling2 penting sekali bersangka baik dgn Allah dan manusia
lin mahukan ketenangan
tk mau stresskan diri pd benda2 yg tk patut
nk relaxkan minda n jd org yg tenang

resepi untuk hidup sihat tu.

semoga Allah mengizinkan niat lin yg baik itu utk termakbul
semoga Allah memudahkan semuanya.. Aamiin....

Thursday 29 January 2015

Kursus Tatacara Penyediaan Bed Making dan Teknik Asas Pengemasan Bilik (Sekitar Langkawi)

Tawaran kepada pengusaha Homestay, Motel atau hotel berskala kecil (pengusaha kecil-kecilan) di sekitar Pulau langkawi Kedah.

Jika anda memerlukan khidmat latihan kepada pekerja atau diri sendiri berkenaan Tatacara Penyediaan Bed Making dan Teknik Asas Pengemasan Bilik anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. Saya juga menawarkan Kursus Asas Gubahan Bunga kepada yang berminat.

Sila emailkan sebarang pertanyaan ke dynnlynn.fynn@gmail.com





Katil yang bersih dan bilik yg selesa menjamin pulangan yang lumayan  - Photo dari Google.com







"Berilmu, Terlatih & Berdisiplin" 

Readers sudah boleh post comment (Ummie2 seluruh dunia, Hospitality Educator and hospitality owner, all of you are most welcome to visit my blog)

assalam. readers diluar sana sudah boleh post comment pada blog lin. don't worry tiada compromi. lin sudah mula menguatkan hati untuk membaca apa saja comment dr readers semua. sebelum ni lin belum berseedia lagi.

jika ada readers yg terlibat dalam bidang Hospitality Education atau Hospitality industry, anda amat dialu-alukan untuk berkongsi pendapat dan ilmu pengetahuan dlm bidang tersebut di dlam blog ini.

Jika ada yg nak jemput lin untuk bg talk tentang Hospitality Education pun lin akan pertimbangkan.

 lin major dlm topic Housekeeping,  Front Office and Food and Beverage. so jika ada student2 IPT yg nak bertanyakan sesuatu topic tentang bidang Hotel Management lin sedia membantu.

Alhamdulillah..setakat nk bantu anak bangsa sikit2 tu bolehla.. lin nk juga buat pahala.

 

Ummie

cabaran sebagai seorang ummie.... seorang yg bergelar ummie..seorang yg dipanggil ummie.

pada lin satu jerr cabaran yg paling besar untuk menjadi ummie yg terbaik....iaitu SABAR...

ya Allah..bila anak2 dah semakin membesar ni bermacam-macam kehendak mereka perlu kita penuhi...terutama sekali dlm soal pelajaran. kita sebagai ibu bapa sentiasa mendoakan kejayaan anak2 di dunia dan akhirat. cabaran mendidik anak pada masa sekarang bukanlah calang2 hebatnya. salah asuhan anak2 boleh hilang panduan.

semoga Allah sentiasa memberi lin ilham yg baik dalam mendidik anak2.


rotan bukanlah wajib utk menjamin anak2 itu jadi baik tp ianya satu cara untuk membentuk disiplin. this method is proven . tp kalau dah ibu bapa  rotan sampai anak2 luka parah atau sebagainya itu sudah masalh mental. itu sudah disekalikan dgn masalah2 lain yg tidak perlu pun dilepaskan kepada anak2. itu sudah totally wrong.

sebagai manusia yg waras pandai2la kita menyesuaikan keadaan dlm mendidik anak2. ia perlu disekalikan dgn doa usaha dan tawakal kepada Allah swt.

Wednesday 28 January 2015

selesa

aku selesa begini..biarla apa saje org nk kata tp aku selesa berada di ruang lingkup ku sendiri. aku selesa berada di ruang privasi ku sendiri. tidak mengganggu sesiapa dan tidak diganggu sesiapa. Alhamdulillah....

semoga cara aku tidak mendatangkan kesusahan pada org lain. membuatkan hati suami ku aman kerana isterinya suka duduk dirumah, suka uruskan rumah  dan suka berbuat apa saja untuk mengamankan rumah. hehehehehehehe

setiap pagi jumaat aku akan ke pasar. sudah menjadi rutin ku... pukul 11.30 baru aku pulang dgn bermacam2 benda yg aku beli. aku selesa pergi sendiri sebab senang nk bergerak. suami biar dirumah tgkkan anak2 dan baby. balik dari pasar aku sibuk bersihkan bahan2 makanan utk kegunaan seminggu pas tu masak secepat mungkin supaya mr.hubby sempat makan sebelum pergi kerja selepas solat jumaat.  pas tu aku  uruskan hal2 rumah sampai ke malam.

aku tk pernah duduk di luar rumah berborak2 kosong.sebab aku selalu tk cukup masa. dgn jiran bertegur sapa sebelum pegi tempat kerja tu adalah. tp kalau nk melepak berborak sakan...hmmmm tk pernah buat lg.

sabtu hari laundry sedunia...aku selesa iron baju seluruh ahli keluargaku sendiri. tk payah hantar dobi.dpt bersenam bakar lemak. hahahahaha sekali iron 25 pasang baju...hihihihi so aku jadi iron lady di hari sabtu...

weekdays..rutin biasa di tempat kerja. selesa bersarapan bersama hubby sebelum masuk kerja. makan tgh hari pun sama. mungkin org kata aku manja. biarlaaaaaaa.......hihihihi

hmmmm pendek kata aku suka hidup di dlm ruang family ku sendiri...... Alhamdulillah. I love my family especially my hubby. hehehehe

Tuesday 20 January 2015

my little baby "boyfriend"




Suka bergurau

posing pun dia minat juga
Muka time mula2 nk buat perangai
Anak manja abah

Permata hati ummie

Cita2 nk jadi Masterchef

 

my little baby boyfriend ni skrg dah besar...makin keletah dan banyak cakap. Teacher dia pun selalu cakap pasal kerenah anak bujang yg suka sgt berceloteh ni. Iqi nama gelarannya. permata hati yg sgt suka bergurau. si kecit ni suka menyakat ummie. suka cakap tk mau pegi sekolah...

Hensem tak sayer....


dialogue pagi2 hari yg dah immune di telinga ummie ni...

"tak nak pegi sekolah la ummie..semalam iqi dh pegi sekolah..kenapa hari2 nk kena pegi sekolah"

hmmmmm ummie balas....

"iqi...ummie ni dari kecik sampai ke tua hari2 pegi sekolah nak....ummie tk boring pun...ummie ok jerr"

hari2 lin kena siapkan kata2 pujukan utk memotivasikan dia utk pegi sekolah....

Mmmmmm ngade nyer...
iqi tk macam kakak nyer si Aimy yg excited setiap kali nk ke sekolah. cuma liat nk bangun pagi. ni lg sorang talkative person. pot pet pot pet.... mcm ummie dia jugak...

Wednesday 14 January 2015

Zaman Master 2005-2007 UTHM

 
 
 
 
Zaman kegemilanganku dlm pelajaran. Masa awal2 sem jer masih dibelenggu dgn masalah zaman Degree lepas tu merdeka merdeka merdeka....hahahahahah. Cemerlang gemilang terbilang...terima kasih kawan2 (kakak2 & adik2) kerana menyokong dan menguatkan semangat lin. tq so much semoga Allah membalas jasa kalian dan mempermudahkan segala urusan kalian. Aamiin....
 
 
 




Ilmuan Seksyen 4 MBV 2005-2007 UTHM



Zaman PhD....tak tahu bila tahunnya itu..........doa2kanlah...

Zaman Degree 2003-2005 UiTM Shah Alam

Zaman2 serius

Tak berapa suka zaman Degree ni . kalau boleh tk nak ingat byk perkara. cuma zaman ni boleh dikatakan zaman gelap la...hahahahah sebab result pun so so...tekanan pun byk...n tk aktif mcm zaman diploma.

Lin byk bersendiri. konon nak jd muslimah sejati...tk join ape2 yg lagha dan sebagainya sebagainya sebagainya..... stop!!! tk mau ckap dah pasal zaman degree ni...ngeri nk kenangkan. tp Allah sentiasa ada...walaupun result down gila dari zaman diploma Allah masih bukakan pintu rezeki utk sambung master.

Zaman Diploma yg meriah (UiTM Shah Alam 2000-2003)

Zaman diploma dulu memang kebabom la.. dpt kawan2 yg gila2 dan result exam selalu power. zaman tu lin memang aktif di university. join Kesatria, so selalu la gi camping, hiking dan manage event2 besar untuk Company D.

syok la...ramai kawan dri fakulti lain. tp tk nk cabar diri jadi MPP (Majlis Perwakilan Pelajar). hihihihi belum ada keberanian dan suara pun takde la selantang mana. takut tk terbawa dgn study.

namun se aktif mana pun lin pada zaman tu lin susah nk bergaul dgn kawan2 yg social. lin lebih suka bergaul dgn group yg buat kerja berfaedah. biarla org kata lin kolot atau anti social, takpela. janji tatasusila terjaga.

zaman ni happy go lucky. tk de ape msalah yg nk difikir. cinta monyet tu normal. tp just kenal2 biasa n tk de komitmen pun. budak2 biasa la......

hihihihi...k bye.


CLASSMATE DIPLOMA ..kami semua gegirls jerrrrrrrrrr. boys not allowed

ceria sepanjang zaman

Tahun baru 2015

Agak lewat nk post pasal tahun baru ni..
hari ni dah 14 jan...hehehehe
ilham menulis baru sampai nk buat mcm mana

Azam dan cita2 paling utama tahun ni ialah nk beli rumah baru.
memangla mr.hubby dah sediakan rumah utk lin dan anak2 berteduh tp lin bercita2 punyai kediaman yg dibeli dgn duit titik peluh sendiri. walaupun rumah yg hubby beli tu atas nama lin tp hmmmmmmmmm tiada kepuasan disitu. heheheheh.

lin mahukan satu legend untuk pencapaian diri sendiri. Ia boleh menjadi motivasi untuk lebih kuat  bekerja dan menguatkan lagi inspirasi untuk sambung PhD.

target sekarang ialah di Saujana Utama. Sg.Buloh.  itupun setelah me "riki" byk tempat bersama consequences yg pelbagai. lin membuat kesimpulan kawasan komuniti tersebut amat sesuai.  berada di tengah2 antara Kuala Lumpur, Putrajaya, Selayang, Kuala Selangor, Shah Alam dan Damansara. hmmmmm menarik2... lin dah tak target nk kerja di Putrajaya pun. lepas dgr pengalaman kawan2 yg dh pernah berkhidmat di sana hmmmm lin jd berat hati nk mencuba nasib di sana.

so lepas ni mungkin lin akan mencuba nasib di Poli Metro KL atau KK Selayang.  kalau ter "kerja" di putrajaya pun tak de masalah tp lin n hubby kena cari maid yg betul2 boleh take care anak2 kami kalau lin kena byk keluar out station. Mr. Hubby pun kalau pindah akan still dlm line hospitality n carier hubby lin  ni kerja tk tentu masa. so kami perlu cari maid yg boleh dipercayai utk uruskan anak2.

hmmmm cabaran agak besar di situ. so sementara masih di kepulauan ni lin boleh la merancang mcm2 strategi kehidupan sebelum betul2 berpindah ke kawasan yg super duper bz dan tekanan tu. kami tak selamanya nk duduk sini..
permudahkanlah Ya Allah...aamiin...

Wednesday 7 January 2015

zarif batuk..

baby kecik kalau batuk memang la comel jerr bunyi nyer
tp kalau dah kerap sgt batuk nk dengar pun dah tk sampai hati
bila bg ubat dia cirit pulak

ya Allah sembuhkanlah baby hambamu ini.....

Tuesday 6 January 2015

assalammualaikum...i'm back...

setelah 3 bulan bercuti...
facebook tk layan blog pun tk layan
bz melayan si kecik siang dan malam
Alhamdulillah semakin besar family lin
apa2 pun azam lin utk tahun baru 2015 ni ada banyak sgt

salah satunya nk simpan duit byk2
dan mula berjimat sejimat yg boleh
bukan disebabkan si kecik perbelanjaan makin meningkat
tp lin ada matlamat utk tahun 2015 ni..
lin nk buat saving sebanyak mungkin

duit gaji yg diterima selama ini selalunya habis buat shopping
menyimpan pun kadang2
so tahun ni nk cuba menyimpan
buang tabiat suka berbelanja benda yg bukan2
dan disiplinkan diri utk simpan setiap bulan

hihihihi org lain dah lama mula menyimpan tp lin baru la kali ni nk sedar
hehehehehe
selalunya tabiat shopping till drop lin akan lebih menjadi2 bila cik husband bagi elaun lebih. tq abg..
so hmmmm as a big mummy lin lepas ni lin mesti kena lebih disiplin. kena capai target.

perkara pertama yg perlu diubah ialah kurangkan makan di luar
kena jadi good mummy utk masak setiap hari di rumah
sekarang pun lin ada simpan niat utk tak makan nasi bila waktu malam.
so masak utk anak2 n hubby je. lin nk jaga kesihatan baik2 supaya dpt jaga family sebaik mungkin. tu pun cik hubby dah remind yg dia pun nk kurangkan makan nasi sekrg ni. nk jaga kesihatan.

kedua, kena asingkan siap2 saving setiap kali dpt gaji

ketiga, rancang budget 2015 sebaik mungkin

ke empat simpan elaun yg hubby bagi. (mampu  ke lin menahan godaan ni...)

hahahahahaha Nampak agak kejam sikit tp kalau Berjaya capai target lin tahun ni and berterusan selama 2 ke 3 tahun hmmm lin akan mampu tersenyum bila melihat hasil simpanan yg terkumpul tu..

yg penting zakat jgn lupa bayar... in shaa Allah.

mungkin ada yg kata "ek elehhhhhhhh aku tiap2 bulan simpan."
tp kesedaran tu sampai pada lin bila dah tua ni nk buat mcm mana...
so kena disiplin n tahan godaan..hahahahahah