Thursday, 2 July 2015

Ramadhan Kareem

assalam semua

selamat berpuasa semua. lama sgt tk jenguk blog ni. Alhamdulillah dikurniakan oleh Allah aktiviti yg padat semasa di office dan juga di rumah. fikiran ni tk de masa nk melamun pun. cuma tme2 senggang tu ada la juga melayan instagram, fb and whatsapp.

instagram tu memang baru la utk lin tp best gak sebab suka2 hati je nk upload ape gambar yg berkenan di hati. may be ade readers yg gelak guling2 sebab lin ni lambat betul pasal IT. ek elehhh kalau zaman2 bercinta dulu alam cyber ni memang penting la buat lin tp bila dh tua2 ni cyber tech tu byk digunakan utk berhubung dgn ahli keluarga dan students jerrr.  ngan abg hubby tk perlu la nk high tech sgt...luahan secara inperson tu lg bermakna hehehehehehe.

baju raye readers semua dah siap ker? lin beli siap jerr..kat sini ada kedai yg kita boleh pilih tone warna n semua saiz disediakan utk satu family..tp kena siapkanlah duitnya..Alhamdulillah memudahkan sgt. rancang2 tahun ni nk pakai baju warna biru laut....tp bila sampai kedai mr hubby decide nak hijau lumut plak.. adoi warna ala2 army la kami tahun ni..

kuih raya semua pakai tempah jer. tahun ni giliran hubby kat alor star.. so tema  nyer adalah kuih muih org utara la. pagi raya lin dah siap tempah tapai pulut...mr hubby plak order nk makan pulut kuning di pagi raya dgn rendang. so temanya pulut...hehehe plus dgn lemang pulak..so raya pertama kami akan jd super duper mengantuk sebab byk makan pulut... kalau bukan bulan puasa pun lin ngan hubby suka makan pulut ayam masa breakfast. hubby kata kita ni mcm keje kat bendang sebab suka mkn heavy breakfast hari2.... hehehehe okla tu. kenyang sampai ptg.

dah tua2 ni tk de la beria sgt buat persiapan raya. yg ptgnya anak2... okla selamat berpuasa semua....ramadhan kareem........doakan yg baik2 utk kesejahteraan lin dan family ya... harap2nya kita semua mendapat keluarga yg dirahmati dan disayangi Allah. semoga dimurahkan rezeki semua....aamiin..

Thursday, 14 May 2015

"My Little Lady" nk tukar nama

kenapa panggil my little lady kenapa tk my little girl..

Disebabkan princess sorang ni the only little girl in my home sweet home so dia ni very fussy and very dominant. semua nk kena ikut rentak dia jer termasukla adik2 yg lain. perangai dah mcm lady2 sgt. belum tgk bab dia bersiap kalau nk keluar berjalan2. baju tk nak yg ni nk yang tu.. rambut mesti buat mcm ni tak nak buat mcm tu. kasut nk pakai yg ni tak nak yg tu.......adoiiiii. ikutkan jela.

semalam dia kata nk tukar nama panggilan dia pulak...katanya tk mau dah org panggil dia dgn nama Aimy..

"ummie boleh tak kalau kakak nk tukar nama kakak"

"kakak nk tukar nama?? aku dh start ler nk ceramah ni...

"a ahh....kakak nk org panggil kakak mimi boleh tak?"

hmmmm mimi...betul juga sebab nama dia aimy so dia pendekkan lagi jd mimi

"tak boleh la kakak" jawabku

"nape mie....nama mimi tu kan best"

"tk boleh la yang sebab nama aimy tu ummie lagi suka...nk tau kenapa? nama aimy tu bawa maksud yg baik utk kakak. kalau org panggil kakak dgn nama mimi tk de maksud. jd bila org panggil kakak dgn nama aimy maksudnya org pun doakan kakak dengan maksud nama kakak tu"

hmmmmmm dia start buat muka confius...tk faham la tu...tp dia balas balik " eiiiiiiiiii ummie ni semua tak boleh"

hahahaha budak kecik pun tau nk nama glamer..hmmm mcm2 zaman sekarang ni.........

My Little Lady

My two little best friend

Thursday, 7 May 2015

Puding Cream Caramel

mmmmmmmm dap nyer... ni dessert yg paling mak n abah lin suka.



Picture from Google image

 













Bahan A
  1. Susu full cream           500ml
  2. Telur ayam                  5 biji
  3. Esen vanilla                 1 tbsp.
  4. Gula psir                      100 gram

Bahan B

  1. Gula pasir                     100 gram
  2. Air                                 2    cawan

Cara membuatnya:

Bahan A
Pukul telur bersama gula kemudian masukkan telur, esen vanilla dan susu. Pukul lagi hingga telur betul2 hancur n adunan jadi sebati.

Bahan B
Panaskan kuali masukkan gula dan air. biarkan sehingga perang

Tips utk penyediaan bahan B:
  1. Jangan digaul  gula tersebut kerana jika digaul  ia akan berubah menjadi bentuk Kristal (mcm kita nk sira kuih keria). anda boleh mula menggaul ketika gula itu hampir 80% menjadi perang
  2. Sediakan acuan. tuangkan gula caramel td di dalam acuan, dan ratakan dgn cara memusing-musingkan acuan. jngan guna tangan jika anda masih sayangkan tangan anda....kemudian masukkan bahan A.
  3. boleh dikukus atau dibakar. lin biasanya akan bakar pudding ni dlm suhu 180-190 darjah Celsius  selama 1 jam. cucuk dulu dgn lidi kalau dh tk melekat bolehla diangkat.

Tips untuk membakar:
  1. Perlu menggunakan dua acuan dan salah satunya lebih besar. letakkan air di dalam acuan yg pertama (yg lebih besar) barula diletakkan acuan kedua yg berisi adunan tadi ke dalam acuan yg pertama. mcm double boiler.
  2. Semasa membakar pula pintu oven perlu dibuka sedikit, sendal dgn apa2 yg tidak membahayakan supaya udara steam panas tidak terperangkap dan membuatkan pudding kita ada byk bubble. Nanti rupa dia tk cantik n tk licin. (tgk seperti dlm gambar, comeykan rupa mcm tu)

bila dan siap bolehla disejukkan sebelum dihidangkan. mmmmmmmmmmmmmmmm dapnyerrrr..

bubur nasi...resepi utk baby

Sekarang baby zarif dah boleh makan solid food
tp untuk permulaan ni lin masakkan bubur nasi yg lembut utk si manja musyuk2 ni



Bubur Nasi

Picture from Google Image














Bahan-bahan
Kentang               1#
Ayam                   100 gram
bawang putih       1#
bawang merah     1#
air                         secukupnya
Secubit garam
Minyak                 sesudu

Cara memasak
- Tumis bawang putih dan merah
- Bila tumisan  sudah agak layu masukkan kentang dan ayam
- Biarkan  seketika sehingga daging ayam berubah menjadi warna putih
- Masukkan air dan garam.
- Tunggu sehingga mendidih dan biarkan lagi selama 5 minit  dan siapppp
- Tunggu hingga sup ini sejuk sedikit kemudian di blend bersama nasi putih
- Teksturnya akan sama seperti nestum. (bergantung pd kualiti blender anda)

*Ayam juga boleh ditukar kepada isi ikan/sea food/daging atau telur.

Tips:
  1. Bagi ibu2 yg bekerja anda boleh masak sup ini pada malam hari dan simpan dlm peti sejuk.
  2. Nasi  putih juga boleh dimasak siap2 pd waktu malam (lin selalu masak nasi putih utk baby pada pukul 11 malam).
  3. Pagi nanti boleh panaskan sup dan campurkan sekali dgn nasi putih td. 
  4. Biarkan mendidih sekejap tutup api dan biarkan sejuk.
  5. Bila dah agak sejuk boleh terus di blender n bagi pada pengasuh.

so tk payah la nk bangun awal2 semata2 nk masak sup dan nasi baby di pagi hari. Anak pun dapat bubur yg fresh setiap hari. lin tk sampai hati nk masak banyak2 n bagi pada pengasuh utk stok 2 ke 3 hari. takpelah nak...biar ummie masak hari2 asalkan anak ummie makin gumukk n sihat.

kenapa letak garam?? janganla letak byk2 n sesedap kita org dewasa ni makan. letak sikit je. byk kebaikan garam ni kalau anda faham cara penyediaan makanan yg betul. cuba google tentang khasiat garam pd tubuh manusia jika diambil dlm kuantiti yg betul. begitu juga dgn  penggunaan bawang merah dan putih. apa khasiatnya untk sistem penghadaman  . google laaa....

k bye Nampak!!!!!!!

 

Monday, 20 April 2015

Preggy

hmmm best moment as a women...
have a great journey for the pregnant  women out there
may Allah give a full blessing to u n your baby

when is my turn....
me? again?
hehehehe take a break for 2 years (Caesar )
may yes or may be not
only Allah knows everything...
if its really happened so it must be my 4th session... hmmm 4th little pumpkin in my house...
hmmmmmmmmmm quite interesting..

syuhhh...lately I felt dizzy...some sort of vomiting in the  early morning. is it my 4th session becoming true...hehehehe .. not ready yet laaa..



 

Thursday, 16 April 2015

kepimpinan

hmmm susah nk jd pemimpin ni lebih2 lagi nk jd bos pada staf yg pelbagai ragam.
yg penting hati kena sabar..mental kena mantap..jgn cepat melatah.

ibaratnya kalau ada sepuluh staf...disitu ada 10 ragam... nk kena handle satu2 supaya tk jd conflict. hmmmm kadangkala kesabaran diuji juga bila ada staf yg suka menguji...tp bykkan senyum n terima kelebihan dan kelemahan manusia sebagai satu perkara yg common. nobody perfect same as myself.

pernah tgk satu rancangan tentang kejayaan Dato' Seri Vida.. dia kata "dulu saya selalu redah sorang2. tak perlu teman2. buat apa2 sendiri pergi sendiri". hmmmm ada betulnya juga kadang2 ada yg perlu ditemankan utk buat apa2 urusan..takut nk pergi sendiri. so statement tu penguat semangat utk tempoh apa saja halangan sendiri. KENA BERANI..jgn takut.

kadang2 tk  mau campur ngan org ni, nak pegi mana2 nak pegi dgn geng2 sendiri. sampai bila nk jd org yg mengekor??? bila pulak nak diekori? bila?? hmmm lin kalau berdepan dgn spesis ni memang bye2 la. ko tak mau ada org lain yg mau. n bila buat sesuatu walaupun sendiri kita cuba buat yg terbaik..sehabis baik. supaya kebergantungan kita pada org lain itu menjadi ZERO. hanya kebergantungan pada Allah swt sahaja yg menentukan kejayaan. jd tawakal dan usaha.selebihnya Allah akan tolong kita tanpa prejudis.

sama mcm lin kt pulau ni la. mana ada saudara mara, mak abah pun dok jauh. selain dari hubby n anak2 serta kawan2 rapat.lin ni ibaratnya tinggal sebatang kara tanpa ada saudara mara berdekatan. tp nk buat mcm mana dah tanggungjawab di situ lebih byk pahalanya. berkhidmat dan taat pd suami. tk kirala jauh mana pun suami tu berkhidmat lin akan setia di sisinya. In shaa Allah hingga hujung nyawa lin. kita isteri kena dekat dgn PEMIMPIN a.k.a en.somi...

bila mengharapkan sesuatu yg positif dr manusia biasanya perkara itu perlukan timbal balik. dan
perasaaan yg pelbagai. tp bila mengharapkan sesuatu dari Allah biasanya kita akan dpt perkara yg diharapkan dlam keadaan clean n clear tanpa ada kegusaran. tk payah susah2 nk jd hipokrit..dpn kawan cakap lain belakang dia kita cakap lain. ini satu pengkhianatan yg sgt kejam sbg seorang kawan. sahabat yg baik akan bergaul seikhlasnya. tk perlu bermuka2 semata nk jaga hati org n tak mau tinggal seorang. bila berkwan walaupun tk ramai jadikan perhubungan itu BERKUALITI dan membawa ke jalan syurga. didik hati jadi ikhlas supaya talian silaturrahim itu memberi byk kebaikan dari keburukan. tk guna kawan yg berpuluh, gelak yg berdekah2 tp hati masing2 terselit pelbagai isu yg negative. quality important than quantity...

hmmm k bye! Nampak......

 

Wednesday, 15 April 2015

first day WP3 bagi tahun 2015

wahhhh kekalutan melanda setiap pagi...
jadi terpaksala pilih WP3...hmmm hari ni rasa aman dan damai nk pegi kerja. siap sempat buatkan bekal anak2 nk pegi sekolah lagi...tp menu biasa2 jela...jumbo grill chicken sausage, scramble egg dengan toasted bread. siapp!!!!

tp hari ni tk sempat nk call mak pagi2 masa tgh drive on the way nk gi keje.hari ni kena cepat sikit sebab ada class pukul 9.00. so tk boleh lengah2... sebab tu bila permulaan minggu keje hari Ahad lin tk akan rasa n tiba2 je dah hari khamis. bzzzzzzzzzzzzzzzzzz....

Alhamdulillah Allah memberi rahmat kesibukan ini....